Pengikut

Isnin, 15 November 2010

DAGING KORBAN BAGI KAT ORANG KAFIR?

DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR
Soalan;
Adakah boleh daging korban diberikan kepada orang bukan Islam? Ada pendapat mengatakan jika ada org kafir yg makan maka tidak diterima korbannya?


Jawapan;
Imam Nawawi menaqalkan bahawa Imam Ibnu Munzir berkata:
” Ulama telah sepakat bahawa harus diberikan daging korban kepada org Islam yg miskin. Adapun ahli Zimmmah (bukan Islam), ulama berselisih pendapat mengenainya. Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Tsur (seorg mujtahid mutlaq spt Imam Syafei dll)membenarkannya. Imam Malik pula memakruhkannya, malah beliau memakruhkan memberi kulit binatang korban atau dagingnya kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith (mujtahid mutlak) memakruhkannya, dan beliau berkata: Jika dimasak dagingnya tidak mengapa kafir zimmi makan bersama.” (1)
Ulama hanabilah (mazhab Imam Ahmad) juga membenarkan daging korban yg sunnat diberikan kepada org kafir. Adapun korban yg wajib ia tidak dibenarkan (2)
Adapun pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie;
a) Imam Nawawi mengharuskannya jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib.
b) Adapun ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang lain –antaranya Syeikh Khatib as-Syarbini- mereka tidak mengharuskan daging korban diberikan kepada orang kafir. (3)
Wallahu a’lam.
Ust Khairul Azmi AlMuqry
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 8, hlm. 404.
2. AlFiqh Islami Dr Wahbah Jil 3 hlm 633
3. Al-Iqna’, Imam as-Syarbini, jil. 2, hlm. 825.

SUMBER KAT SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan