Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Jumaat, 15 Oktober 2010
MADU, BERMADU DAN SENGAT LEBAH
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu,
dan di tempat yang dibuat oleh manusia" [Surah An-Nahl, ayat:68]
"Dari perut lebah itu keluar minuman [madul yang bermacam macam
warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar
benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi
orang-orang yang memikirkan."
[Surah An-Nahl ayat:69]
lebah memberikan madu yang baik, dengan cara yang baik iaitu tidak merosakkan bunga, malah membantu proses pendebungaan, dan lebah hanya memakan makanan yang baik baik sahaja (sari bunga). Tetapi ada hal lain dari lebah ini yang menarik dan memberikan pelajaran berharga bagi manusia.
Antaranya, lebah madu hidup berkumpulan dan mengeluarkan salah satu makanan paling sempurna di dunia, iaitu madu. Mereka menyimpan madu dalam sarang (kantung) yang mereka buat dalam betuk segi enam. Pernahkah kita terfikir, mengapa lebah membuat kantung madu dalam bentuk segi enam? Para ahli matematik mencari jawapan atas persoalan ini, dan setelah melakukan penghitungan yang panjang ditemukanlah jawapan yang menarik.
Rahsia Kantung Segi Enam, antaranya:
Cara terbaik untuk membangun gudang simpanan dengan kapasiti terbesar adalah dengan membuat dinding berbentuk segi enam. Andaikan lebah membuat sarang penyimpan tersebut dalam bentuk silinder atau seperti prisma segi tiga, maka akan terbentuk 'gap' [celah] antara kantung yang satu dengan yang lain, dan lebih sedikit madu tersimpan di dalamnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan