Pengikut

Ahad, 13 Jun 2010

HAMBAR TAMBAH BORING vs MATANG DAN ADA PENINGKATAN

Masing-masing ada penilaian sendiri.
Hambar, boring, matang atau penuh adab?

Kalau hari jumaat waktu khatib berkhutbah dengan penuh lantang dan bersemangat, biji matanya merah menyala,bukan sebab mengantuk, tapi nak mengambarkan betapa kesungguhannya menyampaikan ingatan dan ancaman bagi yg ingkar...
Masih ada yg tetap tidur lena. Bila ditanya kenapa tidur? pantas dijawabnya, Isinya hambar dan tiada pembaharuan.
Bila ditanya pada yg khusyuk mendengar : Khatib ini lain dari yg lain, ini baru berkhutbah, penuh isi dan meliputi isu semasa...
Kalau terjumpa yg tak pergi solat jumaat pula,apa katanya : Kalau pi dengan niat nak menunjuk lebih baik dok umah tengok TV.

Itulah ragam manusia... Berbeza pendapat dah menjadi rutin.
Petunjuk sebenar dan pemandu arah adalah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan