Pengikut

Khamis, 27 Mei 2010

KAMI AKAN BERTINDAK BALAS!!!

Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata pihaknya akan mengebom sasaran tentera, penduduk awam dan kapal komersial menuju ke Israel sekiranya satu perang baru meletus dengan negara Yahudi itu.
“Jika anda (Israel) melancarkan satu perang baru di Lubnan, jika anda menghalang pantai kami, tentera atau kapal komersial menuju ke Mediterranean untuk menduduki Palestin akan menjadi sasaran,” kata Nasrallah dalam satu ucapan disiarkan melalui pautan video kepada penyokongnya di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.
“Sama ada sepanjang utara atau selatan pantai Israel kami akan menyasarkan kapal, mengebom mereka dan menyerang mereka dengan izin Tuhan,” katanya bercakap pada satu majlis ulang tahun ke-10 pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan selepas 22 tahun pendudukan.

“Bila dunia melihat bagaimana kapal ini dimusnahkan tiada siapa akan mahu ke sana (Israel),” katanya.

“Maafkan saya jika satu daripada kapal berkenaan dapat lepas daripada serangan kami.” Nasrallah juga mengulangi ancaman sebelum ini untuk mengebom lapangan terbang Israel dan kawasan strategik lain jika perang baru meletus.


Ucapan beliau dibuat ketika dakwaan Israel bahawa kumpulan Syiah itu yang terbabit dalam perang sebulan dengan Israel pada 2006 melengkapkan senjata baru canggih untuk berhadapan dengan satu konflik baru.
Nasrallah dalam ucapan selama sejam berkata beliau tidak akan memberi ulasan mengenai keupayaan tentera Hizbullah, selain menyatakan ia bakal menjadi satu kejutan kepada Israel jika berlakunya satu konflik baru.

“Musuh ini akan takut dan kami akan terus menakutkan mereka,” katanya yang merujuk kepada Israel. “Tetapi anda (Lubnan) perlu merasa yakin kerana keseimbangan sudah berubah.

“Dalam perang akan datang, kita akan bertahan, mendapat kemenangan dan mengubah wilayah ini dengan izin Tuhan,” katanya.

Nasrallah mendakwa pemimpin Israel menyebarkan dakwaan bahawa Syria memindahkan peluru berpandu Scud kepada Hizbullah dalam usaha mendapatkan bantuan kewangan Amerika Syarikat. – AFP
SUMBER : BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan