Pengikut

Rabu, 1 Disember 2010

Adun kena halau dakwa BN takut

ADUN dihalau dakwa BN takut

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan yang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, menganggap keputusan itu membuktikan ADUN Barisan Nasional (BN) takut dengan beberapa perkara yang akan didedahkannya.

Menurutnya, ketika tamat masa diperuntukkan untuk menjawab soalan lisan, beliau bangun mahu mendapatkan penjelasan sama ada soalan dikemukakan itu akan dijawab oleh kerajaan atau tidak.

Katanya, isu dibangkitkannya serius iaitu membabitkan pemilikan tanah rancangan perkampungan tersusun di Simpang Empat, Hutan Melintang yang diberikan kepada pemimpin UMNO Bagan Datoh dan beberapa pegawai kerajaan.

"Beberapa kali saya kemukakan surat kepada kerajaan negeri, tetapi mereka tidak mahu jawab melalui surat saya kepada Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak.

“Adalah wajar bagi saya mendapatkan jawapan secara lisan daripada menteri besar supaya saya boleh beritahu rakyat di Hutan Melintang mengenai isu itu,” katanya ketika ditemui media sebaik diarahkan keluar daripada dewan, semalam.

Kesavan yang menafikan berkelakuan tidak sopan ketika persidangan itu berkata, isu dibawanya mempunyai bukti kukuh yang diperoleh melalui jawapan pada persidangan lalu terhadap isu sama.

Menurutnya, disebabkan isu itu, ADUN BN mengusulkan supaya beliau digantung daripada menghadiri sidang DUN menyebabkan undi berbelah bagi terpaksa dilakukan.

Beliau berkata, Speaker DUN, Datuk R Ganesan telah menganiayanya kerana dipengaruhi oleh ADUN BN yang takut dengan perbahasannya.

“Saya minta menteri besar menarik balik kelulusan ini kerana yang terima tanah ini melibatkan orang kaya dan pemimpin UMNO Bahagian Bagan Datoh.

"Saya rasa tidak adil bagi saya kerana ini adalah suara rakyat miskin di Hutan Melintang dan mereka minta jawapan daripada kerajaan negeri, tetapi BN menyekat,” katanya.
sumber : sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan