Pengikut

Selasa, 10 Ogos 2010

PERANGAI YAHUDI: MENCIPTA FITNAH !!!

Memang perangai jenis mereka ini dah terbukti tak boleh dipercayai, dulu, kini dan selamanya.
Amat rugi dan amat malang jika masih ada yang nak percaya pada dakwaan golongan ini.
Bertambah teruk jika kita menjadi menyokong dan pembela mereka dengan membeli prodak mereka secara berterusan dulu, kini dan selamanya...

BEIRUT: Pemimpin Hezbollah mendedahkan rakaman intipan dari udara yang mengaitkan Israel dengan pembunuhan Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri, pada 2005.

Bagaimanapun, Sheik Hassan Nasrallah yang bersembunyi sejak peperangan antara Hezbollah dan Irael pada 2006, mengakui rakaman itu bukan bukti muktamad.
“Ini adalah bukti, petunjuk...yang membuka lembaran baru dalam siasatan ini," kata Nasrallah dalam sidang media menerusi hubungan satelit.
Nasrallah berkata rakaman yang dibuat dari 1990-an hingga 2005 itu adalah intipan Israel terhadap kawasan yang dilalui Hariri, termasuk lokasi di mana beliau terbunuh, dan dipintas Hezbollah.

Beliau berkata, ini membuktikan Israel memantau pergerakan Hariri untuk tujuan membunuh.

Pendedahan itu dibuat ketika tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Belanda dijangka mengumumkan hasil siasatan itu.

Hariri dibunuh dalam letupan bom trak pada Hari Kekasih yang banyak pihak menuduh Syria bertanggungjawab.
Syria yang menyokong perjuangan Hezbollah, menafikan sebarang pembabitan dalam pembunuhan Hariri. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan