Menipu bila dah jadi tabiat, memang payah nak ditinggalkan.
Tak kiralah samada di mana atau waktu bila.
Sampai satu peringkat, kalau tak menipu dalam sehari, ia akan jadi susah hati, resah dan gelisah.
Puasa memang menjadi bulan tarbiah dalam memulihkan tiap insan yang mahu pada perubahan dan rela bertaubat.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Untuk mendapatkan kebaikan dan ketakwaan, antara lain betapa pentingnya kita mengikis segala kata-kata dusta dalam bicara...
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
*-sekadar gambar hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan