Pengikut

Sabtu, 7 Ogos 2010

BELAJAR SELAGI ADA NYAWA..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani...

Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama umat Islam. Perlulah diketahui dan dipahami bahawa ada beberapa perkataan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang mempunyai lebih dari satu maksud.
Dalam kaedah usul fiqh, ianya dikenali sebagai Lafaz Musytarak. Daripada perkataan yang satu ini, ada yang memahaminya dengan satu maksud manakala ada yang memahaminya dengan maksud yang lain.

Contoh yang paling banyak dibicarakan ialah perkataan Quru’ dalam ayat:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci. [al-Baqarah 2:228].

Quru’ mempunyai dua erti, iaitu haid atau suci; dan juga tempoh haid atau tempoh bersih dari haid.
Dalam mengeluarkan hukum dari ayat di atas, para imam mazhab berbeza dalam memahaminya. Malik dan al-Syafi‘e berpendapat bahawa perkataan Quru’ mewakili tempoh bersih dari haid, manakala Abu Hanifah berpendapat ianya mewakili tempoh seseorang itu berada dalam haid. Ahmad dalam pendapatnya yang pertama mengatakan ‘Quru’ itu adalah masa suci kemudian dalam pendapatnya yang kedua mengatakan ia adalah masa dalam keadaan haid.

Dalam contoh ini kita dapat perhatikan bahawa walaupun merujuk kepada satu dalil yang sama, para imam mazhab mempunyai tafsiran hukum yang berbeza. Ini adalah kerana sifat ayat Allah ‘Azza wa Jalla yang adakalanya mempunyai makna yang lebih dari satu.


Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan