Pengikut

Jumaat, 9 Julai 2010

PAM WANITA INI DALAM MANGKUK!

Ulasan : Memang banyak kelebihan pada wanita ini dan yg pernah buat kerja macam ni.

Memang lebih...
"Lebih hina,lebih jahat, lebih buruk dan macam2 lagi kelebihan yg tak terungkap dengan kata2. Binatang pun tak bersikap sedemikian.
Maha benarlah firman Allah tentang kejahatan manusia ini mengalahkan binatang.
Patutnya wanita ini yg kena pam dlm mangkuk tandas.
Baca kisah ini :

NEW DELHI: Seorang wanita India yang melahirkan bayi dalam tandas sebuah pesawat penumpang antarabangsa cuba mengepam bayinya itu ke dalam lubang tandas.

Bayi terbabit ditemui tersangkut dalam lubang tandas selepas pesawat terbabit mendarat di Amritsar, utara India dan dikejarkan ke hospital bersama mangkuk tandas, kata polis dan doktor kepada Press Trust of India.
Seorang doktor di Hospital Escort berhampiran lapangan terbang itu, H.P Singh berkata sepasukan doktor bedah terpaksa menggunakan pemotong untuk mengeluarkan kepala bayi terbabit daripada mangkuk tandas.
Ibu berusia 22 tahun itu dilaporkan meninggalkan pesawat sebaik saja ia mendarat, tetapi ditahan di lapangan terbang selepas krew kabin Turkmenistan Airlines menemui bayi terbabit.

Doktor dan hospital berkata bayi terbabit dalam keadaan kritikal.

Akhbar melaporkan ibu terbabit, pelajar perubatan yang tidak berkahwin pulang ke rumahnya selepas menamatkan pengajian di luar negara.
Sumber : kat sini

*-Binatang tak mampu mengatasi kezaliman manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan