Pengikut

Isnin, 26 April 2010

BUKAN SETAKAT PENGAKUAN

Iman merupakan pokok segala kebajikan.
Dengan beriman, segala amalan baik yang kita lakukan itu akan dipandang baik.
Tetapi sebaliknya kalau kita tidak beriman segala perbuatan yang kita lakukan tidak dianggap baik dan tidak membahagiakan seseorang hamba Allah (s.w.t).
Ini berikutan matlamat kebahagiaan ialah untuk mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dua tempat iaitu di dunia dan di akhirat.
Kebahagiaan yang dicapai di dunia adalah bersifat sementara dan bukan kebahagiaan yang hakiki.
Firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-Nahl 16:97:
Maksudnya:
Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.

Allahu Akbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan