Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

REFORM, REFORM, REFORM!!!... ALAMAK!, LUPA KAT TIANG.

Assalamualaikum.

Ramai ummat Islam yg melaungkan slogan2 perubahan, pembaharuan dan ketelusan. Berani menyatakan kebenaran dan melawan segala bentuk penindasan, kezaliman dan kemaksiatan.
Sebenarnya, segala bentuk perubahan, pembaharuan dan segala istilah yg semaksud dengannya tak akan bermakna tanpa ada kekuatan dalaman dalam diri penyokong dan pembela kebenaran.
Antara perkara yg merosak dan memusnahkan segala amalan baik adalah apabila ummat Islam mengabaikan soal Solat fardu.Solat itukan tiang agama...
Sebaiknya dan sepatutnya ummat Islam memulakan perubahan dalam diri sendiri, Mengubah sikap dan perangai yg suka tinggal solat, melewatkan solat dan lalai waktu solat...

Oleh itu ketahuilah dan hayatilah antara 4 siksaan orang yang meninggalkan solat :

1-ketika hidup didunia :
-Keberkatan hidup hilang
-Seri pada wajahnya akan hilang
-Jiwa raganya tidak pernah tenang

2-ketika hendak mati :
-Mati dalam keadaan kelaparan yang amat sangat
-Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat, sehinggakan jika diberi minum seluruh air laut tidak akan dapat menghilangkan dahaganya
-Malaikat mencabut nyawanya dalam keadaan yang sangat dahsyat.sakit yang teramat sangat.
3-Ketika berada didalam alam kubur :
-kubur akan menjadi sempit dan tulang rusuknya berselisih dihimpit bumi yang murka
-tidak mendapat belas ihsan dari malaikat.

4-ketiga bertemu dengan Allah :
-Allah tidak akan memandang wajahnya dengan belas ihsan
-Menjanjikan azab yang amat dahsyat
-Segala amalan baiknya tidak akan diterima

Itulah antara lain peringatan dan nasihat untuk diri ini.
Mudah-mudahan aku sentiasa membuat dan menambah kebaikan demi kebaikan, hari demi hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan