Pengikut

Khamis, 18 Februari 2010

MACAM ANJING!!!

Semua dah tahu, dan dah biasa tengok. Anjing sentiasa menjelirkan lidahnya. Samada disebabkan kepanasan badannya atau menambah oksigen dalam tubuh badannya.

Allah membandingkan golongan cerdik pandai, alim ulama, para ilmuan dan yg semaksud dengannya, yg mencari kekayaan dan kemegahan dunia tanpa rasa puas dan cukup seperti anjing yg sentiasa menjelirkan lidahnya.Iaitu yg menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya.

Firman Allah :
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat- ayat kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al- A’raf: ayat 175-176).

Dlm masyarakat melayu, istilah Anjing sering diguna pakai untuk menunjukkan betapa anjing adalah suatu perbandingan yg paling cocok bagi sifat2 tertentu. Sebagai contoh,

1-Anjing dan bayang-bayang = Menunjukkan sikap tamak.
2-Seperti melepaskan anjing tersepit = Kebaikan dibalas kejahatan dan sifat tidak boleh dipercayai.

Ini contoh gambar2 anjing yg boleh kita ambil iktibar.




Setiap makhluk yg dicipta Allah tidak sia-sia, semuanya ada peranan dan hikmah yg tersendiri. Jadilah orang2 yg sentiasa memikirkan ciptaan Allah yg Maha Agung.
Begitulah adanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan