Pengikut

Khamis, 22 Oktober 2009

NAIB PRESIDEN PAS MENGHARGAI PANDANGAN PROF. AZIZ BARI

Assalamualaikum.

Agak menarik juga jika mengikuti isu kritikan Prof. Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang, kemudian pandangan ini disangkal Ust. Idris Ahmad selaku KPP pusat.
Terbaru ulasan yg dibuat oleh Naib Presiden Pas, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sama2 pakat baca : Kata beliau :

PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI

Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti....

Panjang lagi sebenarnya.. anda bolehlah melayari laman blog beliau untuk mendapat maklumat dan ulasan lanjut:

http://tuanibrahim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan