Pengikut

Ahad, 25 Oktober 2009

KOMEN MENTERI BESAR PILIHAN RAMAI

Assalamualaikum.

Baca jgn tak baca ye:
Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com

ALOR SETAR 24 Okt. - Pas tidak perlu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti daripada kumpulan prokerajaan perpaduan kerana yang wujud hanya sedikit kekeliruan dan salah faham di kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, EGM yang dibuat oleh MCA dan UMNO berbeza, justeru beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk Pas juga mengadakan EGM.



"UMNO buat EGM sebab pemimpinnya nak perkasakan parti ini melalui pindaan perlembagaan parti.

"MCA buat EGM sebab masalah dalaman pemimpin mereka dan saya rasa Pas tidak ada masalah sehingga perlu ke tahap nak buat EGM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan EGM kerana mahukan Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.

Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut Azizan, apa yang berlaku dalam parti itu hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sedikit kekaburan mengenai sesuatu perkara.

"Perbezaan pendapat ini adalah satu rahmat dan ia tidak teruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak," katanya.

Komen penulis : Sebarang perbezaan pendapat atau berlaku pertelingkahan, adalah lebih baik bertemu dan mencari titik2 kesepakatan dan mencari jalan terbaik merungkai simpulan permasalahan sebenar. Taniah MB Kedah!!!

sekian. Wassalam

2 ulasan:

  1. For me if TGNA dah menyuarakan sesuatu dari hati kecilnya...we've to think and think kewajarannya..bukan masalah kecik lagi, tapi masalah yg kronik yg memerlukan tindakan segera..

    BalasPadam
  2. tak salah menyampaikan apa jua pandangan. Tapi status TGNA ada Mursyidul Am. Ruang untuknya menyatakan isi hati terbuka luas selaku jawatan yg disandang. Cuma bila ianya dibuat dalam blog akan menimbulkan polemik dan tafsiran yg pelbagai. dah terbukti kan?yg mengambil kesempatan lagila banyak. Apa pun ada hikmahnya. InsyaALlah selesai.

    BalasPadam