Pengikut

Selasa, 28 Julai 2009

HUJJAH TV9 : KITA BELUM MERDEKA.


HUJJAH TV9 : Natrah:


Bagi sesiapa yg menyaksikan HUJJAH di tv9 sebentar tadi akan dapat menilai secara rasional betapa hakikat sebenar Malaysia masih belum merdeka dalam ertikata yg sebenarnya...
Peristiwa Natrah banyak mengajar kita betapa usaha berterusan penjajah untuk mengikis dan menghancurkan akidah ummat Islam merupakan suatu agenda yg tiada hentinya.
Menurut Prof. Dato Dr Zaleha Kamaruddin sebentar tadi peristiwa Natrah yg membangkitkan kesatuan Ummat Melayu yg beragama Islam untuk menyatakan rasa kecintaan pada agama dan mempertahankan agama dengan tenaga, harta dan nyawa mereka... Biar darah merah mengalir tumpah, jgn biar agama diperlaku sedemikian rupa...Itu dulu.. Penjajah melihat isu kesatuan ummat Islam dalam mempertahankan akidah merungsingkan mereka. Oleh itu penjajah berusaha, mengkaji, mendalami dan mencari dimana kelemahan ummat Islam, hasilnya apa yg kita lihat sekarang bagaimana keruntuhan nilai dan kekuatan akidah ummat makin hari makin longgar.Ini membentuk jiwa ummat melayu yg mempunyai permikiran mcm penjajah. Merasa kekok untuk mempertahankan maruah Islam, merasa kolot bila berpegang pada kesyumulan Islam dan macam2 lagi. Kita pun tahu unsur2 penjajahan itu terus bertahan dari dulu sampai kini.
Serangan permikiran yg melanda ummat Islam, menyebabkan Ummat Islam berhadapan dengan krisis keyakinan dalam hidup beragama seperti mana yg diajar oleh Nabi Akhir Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pada penutup HUJJAH tv9 tadi,ahli panel telah mengajak kita semua besatu kembali di bawah ISLAM. Inilah asas utama keutuhan dan kejayaan kita sebenarnya.
Ada hati dan akal fikiran pakat fikir, ada mata pandanglah kebenaran lantas mengikut jalan2 kebenaran dan ada telinga kena sering dengar hujjah2 kebenaran, ada cahaya pada kebenaran.. Allah jua pemimpin bagi org2 yg beriman...
Dulu, kini dan selamanya

sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan