Pengikut

Jumaat, 19 Jun 2009

YANG MANA NAK KENA PATUH?!!


Salamullahi alaikum...

Sapa yg mengaku beriman, mestilah menerima ketentuan Allah dan Rasulnya.
Hanya Allah dan Rasulnya sajalah yg harus dipatuhi, tidak bererti bahawa kita tidak boleh mendengarkan perkataan dari siapa pun.

Tapi maksudnya ialah bahawa kita tidak boleh mengikuti perkataan orang begitu sahaja, tapi mestilah kita selalu memeriksa apakah orang yang menyuruh kita melakukan sesuatu itu berdasarkan ajaran2 Allah dan Rasulnya. Bila perkataan orang itu memang sesuai dengan ajaran Allah dan Rasulnya, maka kita harus mengikuti perkataannya, kerana hal itu bererti bahawa kita mengikuti Allah dan Rasulnya. Bukan orang itu sendiri.

Tetapi bila perkataannya itu tidak sesuai @ tidak bertepatan dengan ajaran Allah dan Rasulnya, maka kita tidak boleh mengikut perkataan siapa pun selain datang dari ajaran Allah dan Rasulnya..
Perintah2 Allah yg disampaikan kepada Rasul tersimpan dalam Al-Quran dan perintah2 Rasulullah yang berdasarkan perintah Allah tersimpan dalam Hadis. Tetapi Al-Quran dan Hadis bukanlah manusia, yang bisa pergi ke mana-mana dan memberikan perintah dan arahan.
Al-Quran dan hadis tidak boleh datang kepada kita dan memberikan perintah untuk melakukan hal2 tertentu dan melarang melakukan hal2 tertentu. Dalam hal ini hanya manusia sajalah yang dapat membantu kita menyesuaikan tingkah laku kita sesuai dengan ajaran Al-Quran dan hadis. kerana itu , tidak ada jalan lain bagi kita selain mengikuti petunjuk2 dari orang yg tahu akan kedua sumber tersebut, yakni para ulama dan mempelajarinya dari mereka. Bila kita menerima bimbingan dari mereka yang paham secara mendalam tentang kedua2 sumber tersebut, maka makin jauhlah kejahilan @ kebodohan dalam setiap pegangan kita, perkataan kita dan gerak kerja kita. Sesiapa yg Allah mahukan kebaikan pada seseorang,maka Allah akan muliakan dia kepahaman yg mendalam dalam agama...
mudahan kita tidak berkekalan dalam kejahilan...
kejahilan adalah suatu kerugian..
sekian wassalam..

wanzs12@yahoo.com

1 ulasan:

  1. Salam AhsanulKalam!
    Blog anda sungguh bermanfaat.
    Elok gunakan perkataan as-Sunnah menggantikan al-Hadith. Kerana ia lebih syumul dan menggambarkan keseluruhan Rasulullah.
    Blog anda pada senarai Pemaya A dalam blog FSS saya.
    Tahniah dan teruskan kerja murni ini.

    BalasPadam