Pengikut

Rabu, 11 Januari 2012

MEMALUKAN!!! APA KOMEN DEWAN ULAMA PAS?

Aku dah tengok video tentang wanita yg dok nyanyi2 dan bersorak-sorak tu..
Bagi aku amat tidak wajar melebih-lebih.
Seolah tidak ingat tentang adab dan akhlak.
Bahkan ianya memang /telah mengundang fitnah.
Kesannya besar.
Video ini akan disiarkan kat serata tempat. Akan diusung ke kampung2, felda, dan dalam hutan pun akan ditayangkan jika ianya memberi manafaat pada pihak yang tahu ambil peluang dari kesilapan pihak yang melaungkan kemuliaan Islam dan Akhlaknya.
Jangan lebih kurang sama je dengan puak yg tak ambil kisah tentang hukum.
Sebagai genarasi yg akan menggantikan wanita UMNO, Golongan yang terleka dengan kemenangan menjadi lupa dan alpa seketika.
Geng yang tak tahu hukum dan tak endah tentang soal hukum tu lantak dia orangla..
Ni sebab golongan yang nak bimbing manusia kenal kebenaran dan menolak kezaliman kenalah berbeza dengan ahli maksiat dan ahli yang tak kenal dosa dan pahala..
Apapun tunggu komen Dewan Ulama PAS..
Tapi belum sempat Ulama bagi pandangan dah ada yang bagi jawapan.. kat SINI
Kita pakat fikir pastu rujuk ahli ilmu dan asas panduan semua manusia..
Jika salah bertaubatlah dan betulkan... Usahlah menyokong mana-mana yang ada unsur cenderung pada kezaliman. Apa makna Zalim?
Cenderung pun tak boleh, tambahan sokong!!!

Harakah kena pi tanya segera dan siarkan segera...

TUAN GURU HJ HADI BAGI PENJELASAN...

“Wahai tuan-tuan !, Saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya berlaku baik tolonglah saya, sekiranya saya melakukan kesilapan perbetulkan saya, benar adalah amanah, bohong adalah khianat “.
Ini ucapan sulung Khalifah Abu Bakar RA setelah dipilih menjadi Khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.


















Baca kat bawah ni :

Media dan pilihan raya adil

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi “dēmokratía” yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – “rule by the people” atau “pemerintahan oleh rakyat”. Pemahaman terhadap maksud demokrasi ini yang pada pandangan Barat tidak mempunyai kaitan dengan Tuhan Yang maha Pencipta, telah diperkembangkan dan disuntik roh hubungan manusia-Tuhan menerusi pandangan para sarjana Islam dalam bentuk penulisan di sepanjang zaman kegemilangan Islam. Antaranya kitab-kitab hasil karangan para ulama Islam dalam aspek politik seperti karya tersohor Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun (1332-1406 M), Al Mawardi (972-1058 M), Al Ghazali (1058 - 1111M), Imam Al Haramain Al Juwayni (1028 -1085M ), Ibnu Taimiyyah (1263 -1328M), Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1292-1350M) dan lain-lainnya yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Encyclopaedia Britannica (15th ed.,Vol.9, p.148) antaranya memuatkan testimoni ahli sejarah British, Arnold J.Toynbee, memperakukan bahawa karya Muqaddimah adalah “membicarakan aspek falsafah sejarah yang paling hebat pernah ditulis oleh sesiapa di sepanjang zaman”.

Seterusnya kat SINI

Isnin, 9 Januari 2012

MIMPI PUN TAK BOLEH!!!

Abg Asan tak salah.
Cuma dia tidak menjangka sampai begitu sekali kesannya.
Begini kisahnya :
Satu pagi yang bening, Abg Asan terjaga dari tidurnya yang panjang. Dari pagi dia terus tersenyum hingga ke petang.
Isterinya pun hairan bercampur pelik.
Abg ni kenapa? soal isterinya.
Takde apalah, cuma abg bermimpi malam tadi...
Mimpi apanya sampai senyum meleret-leret tu? cuba cerita kat ayang ni haa.. tanya isterinya inginkan kepastian.
Malam tadi abg mimpi kawin dua..hahahaha ketawa abg Abg Asan sambil mencuit pipi isterinya.
Isterinya lantas melenting, Abg jangan cari pasal!!! abg ni saja nak sakitkan hati ayang, macam takde mimpi lain!!
Aitt, mimpi pun tak boleh?!!! Abg Asan memang betul-betul terkasima...

*gambar hiasan

ANWAR, SAIFUL DAN HASAN...

Kedua-dua pemimpin utama PAS, Mursyidul Am, TG Nik Abdul Aziz dan Presiden, TG Haji Abdul Hadi Awang turut hadir. Sia, sia je depa ni hadir ujar Hasan Ali..Hehe
Akhirnya..
Kes dah menang.
Jangan terkena macam kes kat perak dulu dah la..
Nizar dah terkena dulu...
Soalnya dimana Saiful?

Ahad, 8 Januari 2012

MEMANG BENAR...DIA TAK TERCALON LAGI...

Terkini..
Nak tengok video kat SINI
Memang sah dia tidak lagi menjadi calon mewakili PAS pada pilihanraya akan datang...
Kalau calon untuk parti lain atau parti bebas sebebasnya, Wallahu a'lam..
Dihabarkan sebulat suara setuju dengan tindakan yang telah diambil.

Khabarnya kat SINI

Sabtu, 7 Januari 2012

ADA PHD TAPI...

Wahai kekandaku...hehehe nak tergelak la pulak... gelak gelak jugak!!! kenalah ingat...
Walau ada PHD sekalipun, ada ketika kita kena terima nasihat dari orang lain. Pandangan kita tak semestinya sentiasa betul, dan terkadang tu pandangan kita jauh tersesat dari jalur kebenaran dan melencong dari panduan sebenar.
Oleh itu janganlah cenderung pada kezaliman.
Menyokong kezaliman hanya kerana kita sukar menerima pandangan pihak lain, hingga menzalimi diri kita sendiri... oleh itu bacalah apa yg ditulis ini.. Teruk kena belasah...

baca kat SINI
moga ada unsur nasihat berguna untuk kita...

Isnin, 2 Januari 2012

TOLONG LA JANGAN TAK PERCAYA...

Kena percaya dan tolong jangan tak percaya.
Jika tidak akan ada tindakan dikenakan.
Tapi kalau tak nak percaya pun tentu ada sebab, alasan dan bukti. Yang kena tentu tahu sapa yang auta..

Video Demo Pelajar UPSI Tidak Menunjukkan Keganasan Polis

PETALING JAYA: Sebuah video yang disiarkan di YouTube berhubung demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Ahad memaparkan adegan huru-hara ketika polis cuba menyuraikan himpunan itu.

Bagaimanapun rakaman lebih lapan minit itu tidak menunjukkan kumpulan pelajar berkenaan diserang pihak polis seperti yang didakwa banyak pihak.

Rakaman pada minit keempat menunjukkan keadaan huru-hara mula berlaku apabila ahli kumpulan berkenaan bertindak mencetuskan kekecohan dengan mengingkari arahan polis.

Sebelum ini pemimpin politik pembangkang dan aktivis mendakwa bahawa beberapa orang pelajar dipukul pihak polis selepas enggan bersurai daripada perhimpunan berkenaan.

Malah pihak polis turut menafikan dakwaan keganasan tersebut.

SUMBER : SINI