Pengikut

Khamis, 2 September 2010

SAAT DUKA SEEKOR KATAK...


Mengenang nasib diri yang makin terdesak,
Kedukaan yang melanda tidak jua kunjung padam,
Adakah ada lagi mendung pada hari-hari mendatang,
Mengharapkan hujan turun mencurah-curah...
Merawat segala kepiluan hati...uuuhhhhhhhh

Rabu, 1 September 2010

PAS MAKIN KETINGGALAN..

Tentu pelik..
Hairan dan tentu ada yang tertanya-tanya...
Dalam keadaan semakin mendapat sokongan pelbagai kaum dinegara ini, PAS dilaporkan ketinggalan. Malahan PAS kalah dengan Umno dan DAP.
Mengapa dan kenapa?
pakat baca la pasal apa :

PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi.

Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR.

Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara.

Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini.

Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.

“Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta,” katanya.

Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama.

“Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu.

“Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007,” katanya.

Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak.
sumber kat SINI

Selasa, 31 Ogos 2010

BERJAMBOL DAN BERBONGGOL..


*-Gaya berjambol dari bukan muslim...boleh agak gaya sapa yang dia tiru... mcm wanita melayu yang berpakaian sopan semata-mata...

*-yang ini pulak Gaya berbonggol... Gaya ni pun ramai pengikutnya...
hingga ramai yang lupa pasal hadis Nabi.Apa yang sering diingat dan diamal cuma dari fatwa sesat golongan jahil dan berlagak beriman...Pakat tengok anak isteri sendiri la ye...Mudahan tiada diantara kita yg tergolong dalam golongan ini.


Sempena menyambut hari kemerdekaan, sama-sama kita merdekakan jiwa raga kita dari belenggu penjajah dan jahiliyyah.
Bila beramal tanpa ilmu, sesat...

HAHA..ORANG ITU KURANG TAKWA..ORANG INI?

AITT YANG INI TAKWA ATAU JAHIL?
Beberapa ketika ia memberi tahu khalayak bagaimana nak mengenal manusia yang beriman dan kurang takwanya..
Dan beberapa ketika juga ia memberi cadangan betapa undang-undang tertentu yang perlu digubal segera..
Tidaklah diketahui samada saranan agar undang-undang ini digubal lahir dari Iman dan takwa yang tinggi atau lainnya...
Pasni kena ramai-ramai pakat tanya dia ni, samada ini cadangan orang bertakwa atau terlampau...
Takde ke yang nak buat report polis?

Ceritanya kat SINI

*membaca jambatan ilmu

Isnin, 30 Ogos 2010

BUKAN LUPA BLOG SENDIRI..TAPI...

*Ini gambar orang yang dikatakan rendah takwanya oleh seorang lelaki melayu yang tidak diketahui tahap ketakwaannya...entah tinggi entah rendah...kena tanya tuan punya badan aaa...

Salam diambang penghujung Ramadhan...
Dah 5 hari tak mengemaskini blog ini...Bukan lupa blog sendiri, tapi tertinggal laptop kat kampung...memang terbengkalailah blog ini buat seketika waktu.
InsyaAllah selepas ini ia akan berfungsi seperti hari2 yang pernah dilalui..

Rabu, 25 Ogos 2010

BILA LUPA...

Bila bermusafir kesesuatu tempat yang jauh, memang tidak dinafikan akan ada barang-barang atau benda yang sering tertinggal.
Kita dah berusaha sedaya mungkin bagi mengelak barang-barang dari tertinggal, samada sebelum bermusafir atau bila kembali dari musafir.
Hakikat yang kena terima, manusia tidak boleh lari dari lupa dan alpa.
Itulah sebabnya Disaran dan disuruh supaya kita saling memperingati dan saling tegur menegur antara sesama kita.
Hari ini, Umat Islam makin lupa pada Agama sendiri. Hingga sampai menolak arahan agama demi kepentingan diri dan dunia semata-mata.
Alangkah hina dan kejinya manusia yang lupa kemudian diberi peringatan dan teguran tapi masih enggan kembali kejalan yang lurus dan diredhai Allah Taala...
Memang ramai yang lupa pada kepastian Hari kebangkitan. Hari yang tiada manafaat segala harta, isteri, anak pinak, dan segala isi dunia melainkan manusia bertakwa yang datang dengan hati yang suci.

Isnin, 23 Ogos 2010

AWAT TAK BAWAK LARI TERUS JE?!!!

Ada kaitan dengan kisah kat SINI

Manakala kisah kat bawah ini pula adalah dari pengalaman pembaca blog ini.
Mai pakat-pakat baca dan mengambil iktibar dari kisah ini...
"saya pernah menjadi mangsa peragut dipasaraya belibelah dikl,tatkala diragut saya ada membawa sedikit wang untok dihantar kepada anak yatim piatu yang amat memerlukan.tatkala kena ranggut ucapan dari hatiku ialah wala ya ud duhu hifzuma wa huwal aliyulazim.saya amat terkejut serta ketakutan pabila peragut berpatah balik dengan pisau masih ditangan memulangkan beg yang telah diragutnya sebentar tadi.peragut berkata,kak saya bersalah tapi saya amat terasa lapar,saya minta maaf.lantas saya memberikan wang untok sekadar keperluanya.masahaallah hebatnya kalimah allah swt."