Pengikut

Rabu, 19 Disember 2012

BILA ISTERI SETUJU SUAMI KAWIN LAIN..

Bukan tak ramai isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lain.
Lebih ramai yang mengamuk sakan bila suaminya kahwin lain.
Tapi kebanyakan suami yang kahwin lebih, adalah tanpa minta kebenaran isterinya yang pertama.
"Bukan syarat sah" pun minta kebenaran isteri pertama, yang penting halal lagi berpahala ujar suami yang nak kawin 2,3 atau 4.
Dan amat ramai suami yang takut nak berkahwin lebih dari 1.
Ada  berbagai ketakutan :
1- Takut pada isteri  (Ramai yang macam ini )
2- Takut tidak berlaku adil.( Ada ke pertimbangan ini bila nak kahwin lebih?

Apapun, sapa yang berkemampuan, terutama yang masih bujang, agar bersegera berkahwin bagi memelihara kehormatan diri...

"Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Isnin, 3 Disember 2012

BUKAN BUDAYA UMNO... PERCAYALAH!!

Siapa pun boleh percaya :
1-Cantas mencantas bukan budaya Umno
2-Rasuah bukan budaya Umno/tiada tempat buat ahli yang rasuah
3-Berebut nak jadi calon bukan budaya Umno
4-Sabotaj member sendiri bukan budaya Umno

Soalnya seperti kata bekas PM kita :




Apa maknanya?!!!

Apapun mai baca tentang Budaya Sabotaj dalam parti melayu :

SHAH ALAM - Budaya lama Umno yang masih memikirkan habuan dan imbuhan yang bakal terlepas sekiranya tidak dipilih menjadi calon pilihan raya merupakan salah satu punca kepada perbuatan sabotaj yang berlaku dalam sesebuah parti.

Hal ini, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad, masih berlaku dalam Umno - yang menjadi kerisauan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak - masih berlaku dan terbukti berdasarkan pengalamannya sendiri.

"Masalah sekarang, ketua-ketua bahagian hendak bertanding. Kalau tak diberi tempat dia sabotaj... saya pun aktif di bahagian, bila sabotaj ini, jentera tak akan turun habis.

"Bila jadi ahli jawatankuasa bahagian ini, mereka fikir hendak dapat projek, jadi bila tidak dipilih ini, bila ramai-ramai ni (masa perhimpunan agung) semangatlah, tapi bila balik mula terfikir, apa yang saya dapat?" katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Semalam Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga jika ahli Umno sendiri tidak sabotaj terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya.

Kemudian sambung Najib "Sikit yang dikhuatiri itu, yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."

Najib kemudian mengemukakan satu soalan cepumas kepada ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya yang paling genting ini.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, budaya lama Umno ini perlu diperangi sekuat mungkin apatah lagi masa sudah suntuk kini.

"Jangan bagi amaran sahaja, jika ada bukti terus sahaja pecat. Kalau bagi amaran sahaja tak akan jadi apa dalam keadaan kita hendak berperang sekarang," katanya sambil menambah, "kalau tak ada sabotaj, insya-ALLAH, mudah untuk Umno-BN menang dengan majoriti."

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli Umno mengambil iktibar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan terdahulu dan semangat juang di zaman Rasulullah s.a.w, di mana tidak semestinya ketua yang akan mengetuai bala tentera di dalam sesebuah perperangan seperti dalam kisah Khalid al Walid.

Meski dilucutkan kuasa, namun terus berjuang atas nama Islam.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara paling penting kini ialah kebijaksanaan pemimpin tertinggi untuk meletakkan siapa 'winnable candidate' itu bagi mengelakkan daripada berlakunya sabotaj.

"Kalau kita lihat zaman (bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dulu beliau amat bijak meletakkan calon, walaupun beliau meletakkan calon yang tidak dikenali di kawasan itu, beliau berjaya meyakinkan di peringkat bahagian. Ketua bahagian diberikan peranan lain," ujar beliau.

Mengakui tidak ada mana-mana parti yang seratus peratus sempurna, Shamsul berkata, penerapan budaya politik dalam Umno yang berubah mengikut peredaran zaman adalah resepi Umno kejayaan parti itu yang harus dikekalkan.

"Mengurus sebuah parti dengan keahlian lebih tiga juta, di mana-mana bahagian dalam dunia ini akan mengalami masalah tetapi Umno sehingga kini mampu mengendalikannnya.

"Jika budaya (mengutamakan parti) dapat dikekalkan, itulah sebenarnya transformasi baru dalam parti itu sendiri untuk  bergerak ke hadapan. Kepentingan diri menjadi nombor dua dan parti diutamakan," kata Shamsul.

Beliau mengambil contoh bagaimana peralihan kuasa berlaku dari zaman Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kepada Najib.

Ditanya mengenai keyakinan Najib bahawa Umno-Barisan Nasional akan menang majoriti dua pertiga dalam PRU13 nanti, Shamsul berkata, "jika tidak ada sabotaj, Umno-BN akan memperoleh kemenangan berganda."
sumber : SINI



Jumaat, 23 November 2012

HASSAN ALI NAK PEKENA DR AZIZ HANAFI GAGAL

Bicara rakyat baru jap tadi abis.
Menampilkan Dr Hassan Ali sebagai pengerusi dan ahli panelnya Dr El-Muhammady dan Dr Aziz Hanafi.
Tajuknya: Doa tidak terjawab.
Rancangan ini tidak lain dan tidak bukan nak ulas tentang doa yang dibacakan oleh adik Nik Aziz aritu..tentang KO AMno Amno Ko..
Hassan Ali cuba nak provok Dr Aziz Hanafi, tapi rancangannya gagal. Dr Aziz menjelaskan tentang betapa terdapat usaha pihak ke 3 sengaja nak melaporkan secara salah demi nak jatuhkan pihak tertentu..sedangkan kehancuran itu bukan pada individu tapi pertubuhan...dan beliau turut menyatakan Nik Aziz tak pernah menuduh org lain murtad...
Menyatakan batas iman dan kufur tu memang patut la sebut selalu.. Sapa tolak Islam tak nak Islam, hukumnya murtad..
Akhirnya Hassan Ali dan RTM terkedu kerna usaha mereka gagal dan matlamat tidak tercapai..

Ulasan aku : Berdoa kepada kehancuran umat Islam memang la haram haram dan haram.
Tapi nabi pesan, takutlah pada doa orang yang kena zalim. Orang yang kena zalim pasti ada yang berdoa meminta supaya kehancuran pada yang berbuat zalim. Dan bukannya tak ada orang yang kena zalim mendoakan kebaikan pada orang yang menzaliminya..tapi amat jarang. Tabiatnya bila kita kena zalim, segera je kita doa pada Allah moga Allah bagi balasan yg setimpal pada yang zalim.. Wallahu Alam...

Selasa, 20 November 2012

ARAHAN TERKINI DARI TG HAJI ABD HADI

Ini arahan terkini dari Presiden PAS :
Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan,tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting... sumber : sini

Isnin, 19 November 2012

ANALISA SELEPAS MUKTAMAR : TAK SAMA KERNA AKU DAH TERKIPAI...

Memang  lain.
Dulu tak macam ni.
Dulu aku kat atas pentas.
Dulu aku ada peluang menghamburkan kata-kata perjuangan penuh semangat, hinggakan peluh bersambur-sambur...
"Tidak boleh tidak" aku rasakan ianya dah tak sama macam dulu...
Sebabnya aku dah terkipai..

Apapun mulia melayu kerna Islam. Tiada Islam apa hebatnya melayu?

tiada kaitan dengan kisah kat ATAS :

SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pas yang berakhir semalam disifatkan sebagai tidak menghayati dasar perjuangan Pas.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, pemimpin Pas tidak menyebut mengenai dasar perjuangan Pas seperti di tahun-tahun lalu.

Menurutnya, tiada pengisian penting seperti soal akidah, hukum hudud dan negara Islam seperti yang sering dilaungkan.

“Ia pastinya mengecewakan ahli Pas yang mencecah hampir sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, Pas menerusi muktamar kali ini tidak ubah seperti parti pilihan raya.

“Kepimpinan Pas, sama ada Presiden mahupun Mursyidul Amnya, seperti hendak lari daripada berbicara mengenai isu akidah yang saat ini menjadi kontroversi.

“Saya dapati, ucapan Presiden seperti di dalam persidangan DAP dan PKR sahaja,” katanya, yang kini Presiden Jati, sebuah badan untuk martabatkan umat.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu turut melahirkan rasa kecewa Presiden Pas juga hampir tiada menyebut perjuangan parti seperti jihad dan usaha melahirkan pemimpin muda.
“Kerana itu saya menganggap di muktamar kali ini, Pas hanya parti pilihan raya. Sungguhpun ada segelintir perwakilan menyebut perkara pokok perjuangan, namun ia masih tidak lari dari lingkungan untuk pilihan raya semata-mata. Ini benar-benar berlainan dengan muktamar lalu,” katanya.
Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menganggap terdapat kesilapan dan kelemahan pada muktamar kali ini kerana isu akidah tidak dibahaskan.

Menurutnya, pendirian Dewan Ulama Pas yang lebih selektif boleh menyebabkan masyarakat kurang percaya kepada pendirian dan perjuangan Pas.

“Mungkin Pas tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak berikutan isu akidah ini. Itu silap kerana sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas tidak harus gentar, berdepan isu sebegini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau memuji muktamar kali ini yang dianggap berjaya dalam menterjemahkan isu Negara Berkebajikan.
Sumber : Sini

Selasa, 13 November 2012

HEBAT TARA MANA PUN TAK MAMPU...

Tiada yang mampu dan berkeupayaan nak menghapuskannya...

"Cahata Islam tidak bokeh dipadamkan oleh sesiapa, walaupun diusahakan oleh mereka yang bersifat kuasa besar, kerana ia daripada Allah AzzaWa Jalla Tuhan yang maha esa.Pencipta alam, tuhan yang maha perkasa lagi bijaksana.
 Kita wajib menjadkan cahaya islam ini petunjuk kejalan yang benar, mengambil dan menimba daripada petunjuk yang terpelihara didalam Al Quraan yang teguh dan kuat." 
 TG Hj Abd Hadi

Jumaat, 9 November 2012

TG HJ HADI BAGI INGATAN : JANGAN TERJUN AWAL...

Ini pesanan dan peringatan..
Saling ingat mengingati. Saranan Allah, berpesan pada kebenaran dan sabar ketika menyampaikan pesanan..

"Kita mesti menyedari bahawa bahtera perjuangan Islam ini adalah bahtera yang teguh, bahtera yang kuat, bahtera yang tidak tenggelam, bahtera yang dipelihara oleh Allah. Cumanya Allah jadikan perjalanan bahtera ini dikelilingi lautan yang banyak gelombang, yang banyak ribut taufannya. 
Ada orang tidak tahan lalu mabuk dalam bahtera ini. Ada orang yang tidak sabar, nampak pulau terus terjun untuk berenang sendirian, maka putuslah ditengah perjalanan. Hanya mereka yang sabar, istiqamah akan kekal bersama bahtera ini" : Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang.

Rabu, 24 Oktober 2012

PILIH AWAL PUN BERGADUH JUGAK..

Serba salah.
Pilih lambat kena sabotaj.
Pilih awal, abis rahsia lama dibongkar.
Itulah yang sering berlaku dan akan berlaku.
Ubahlah sebelum parah!!!
Agak-agak Hassan Ali masuk senarai tak?


Mai baca kat SINI



Veteran Umno: Namakan calon lebih awal

24 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pucuk pimpinan Umno perlu menamakan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih awal bagi membanteras kegiatan sabotaj dalam parti itu.
Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata dengan cara itu anggota Umno yang melakukan kegiatan itu dapat dikenal pasti dengan lebih awal.
"Dengan ini tindakan ke atas pensabotaj ini akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dengan mengumumkan nama calon lebih awal, usaha memujuk juga boleh dilakukan dengan lebih berkesan terhadap mereka yang tidak terpilih kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata Majlis Tertinggi Umno bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Mustapha berkata pucuk pimpinan Umno juga perlu menangani perasaan tidak puas hati mereka yang tidak terpilih dengan berhemah, bijaksana dan penuh hikmah bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.
"Pemimpin yang dikenal pasti tidak akan bertanding patut diberitahu lebih awal bagi mengelak daripada mereka menanggung malu sekiranya mereka tidak terpilih di saat akhir sebelum penamaan calon.
"Cara ini boleh mengelak atau mengurang perbuatan sabotaj daripada mereka yang tidak terpilih terhadap calon yang dipilih bertanding," katanya. - Bernama

Rabu, 10 Oktober 2012

TINDAKAN TAK CERDIK@BANGGANG, MASIH NAK SALAHKAN ORANG LAIN...

Semua yang datang ada tujuan. Tujuannya jelas dan memang itulah tanggungjawab yang mesti dilaksankan bila tiba waktunya.
Bila Azan dan kemudiannya iqamah dilaungkan, tok imam pun terus kedepan.
Tidak jemu dan tidak lupa mengingatkan para makmum supaya membetulkan saf, jangan ada  yang masih terleka dengan suasana sekeliling, tumpuan pada saf, jangan bagi bengkang bengkok. Lurus dan rapat. Sesama jemaah saling merapatkan saf. Semua tahu dan dah paham sangat tentang perlunya merapatkan saf.
Tok Imam turut tidak lupa menyebut dan berpesan pada para jemaah agar meng off kan telefon bimbit yang dibawa. Ini supaya tiada yang terganggu dengan bunyi-bunyian yang tak sepatutnya ketika solat dilaksanakan.
Tidak cukup dengan itu, ditiang-tiang, dipapan kenyataan turut sama ada pesanan agar setiap jemaah mematikan suis telefon bimbit masing-masing.
Ada juga jemaah yang tidak berpuas hati dengan ingatan imam. Merungut-rungut dan menganggap pesanan itu remeh dan tak perlulah diulang-ulang... Macam orang tak leh fikir je.. tahulah aku! aku bukannya banggang..
Bila Solat sedang didirikan, memang ada jugak bunyi deringan telefon bimbit. Macam-macam nada.. Masa tu baru kelam kabut. nak jawab telefon ke waktu solat? Muka tuan empunya henpon dah merah padam.. Menyumpah-nyumpah dia pada orang yang menelefon waktu solat. makmum kiri kanan, depan belakang hatta  menyumpah-nyumpah jugak, apalah mangkuk mamat ni..tak paham-paham, tok imam dah pesan dah tadi.. Ini yang dikatakan sombong tapi bodoh tak leh ajar.

Tapi ada jugak aksi makmum yang berhenti solat demi kerna nak jawab msg atau panggilan telefon.. Tak cerdik ke atau banggang?
kesimpulannya,  masing-masing nak salahkan orang lain bila berlaku perkara sebegini.
 Setan gak yang kegembiraan bila imam dan makmum pakat tak khusyuk dalam solat... Setan walaupun dikenali ramai sebagai musuh, tetap ramai gak yang jadikannya sebagai kawan..
Begitu juga dalam politik... fikir-fikirkanlah..

Sabtu, 29 September 2012

:GOPOH DAN TUDUHAN MELAMPAU TERHADAP UST ZAHAZAN...ADA DENDAM SESAMA USTAt?

Baru-baru ni terbaca gak tentang tuduhan murtad dan laknat dari seorang ustatt/tuanagurus  yang mengaji tinggi hingga ke langit, hingga lupa nak kaji dan selidik sesuatu berita pastu terus keluar fatwa yang melampau, dengan tuduhan murtad dan beliau turut melaknat Ust Zahazan..
Akibat tidak cermat dan segaja mengabaikan soal kebenaran sesuatu berita yang dibaca tanpa bertanya pada empunya badan, menyebabkan tindakan seseorang tu nampak bodoh dan terlebih lalak bodohnya...
Moga-moga ruang permusuhan antara para ustaz dengan ustaz tidaklah menampakkan sifat kesyaitanan dalam diri.terserlah sifat mazmumah dalam diri, walau hari-hari bagi tazkirah suruh orang tinggalkan sifat buruk sangka,sifat2 keji dan jahat.Tapi alangkah buruknya bila terlupa tentang sifat jahat dalam diri sendiri.
Baca  : Amaran dan ingatan dari Abu Anas Madani :

Penjelasan: Tuduhan Jahat Terhadap Ustaz Dr Zahazan & Pendakwah Lain.


بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Kepada  golongan yang celupar mulut dan mudah membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti... anda sepatutnya lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang  sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata  sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas dan sahih.
Sahabat kita, Ustaz Dr Zahazan telah dituduh menghina Rasulullah SAW, lalu terus dikecam dan dijatuhkan hukuman di atas oleh mereka yang bersikap bukan seperti seorang muslim dan mukmin yang sepatutnya. Ini sebenarnya berpunca dari salah lapor/tulis dari pihak pelapor yang menemuramah. Kerana gugur sepatah perkataan telah mengubah makna yang besar, maka pihak mass media juga samada majalah/akhbar/radio/tv hendaklan cermat dan berhati-hati dalam menerbitkan makalah atau hasil interview seseorang, khasnya yang terlibat dengan hukum-hakam dan akidah.  Ini pembetulan yang dibuat oleh Majalah MIDI .

Sikap  orang beriman telah diajar oleh Allah swt ketika menerima berita:
لَولا إِذ سَمِعتُموهُ ظَنَّ المُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بِأَنفُسِهِم خَيرًا وَقالوا هٰذا إِفكٌ مُبينٌ
{Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata}  [An-Nur: 12].
Menuduh orang murtad tanpa pendakwaan & penjelasan adalah suatu jenayah yang besar, kerana  tuduhan ini akan kembali semula kepada si penuduh sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW:
. صحيح البخاري: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ! فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا)).
Bermaksud: “Sesiapa yang berkata kepada saudarany: Wahai orang kafir! Akan kembali kepada salah seorang mereka.” [HR Bukhari].
Iaitu jika orang yang dikatakan kafir itu bukan kafir sebenarnya, maka sifat itu akan kembali kepada penuduhnya.

sumber : sini

Selasa, 25 September 2012

PARA MUFTI DAN PARA PEMBERI NASIHAT...

EMM...ARTIS PUN TAHU HUKUM HAKAM...
Kenalah siasat dulu, kaji dan tengok cerita bagi habis, baru boleh keluarkan hukum..
Itu para mufti dan para alim ulama kena tahu.
Mereka bukan jahil murakkabbb. Bodoh dan sengaja buat bodoh.. Dilihat bodoh atau kelihatan bodoh bodohan..
Barangkalinya mereka semuanya tahu yang mana halal dan mana yang haram.
Kerna yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas.
Oleh yang demikian usahlah para mufti, para alim ulama, para ustaz atau ustazah atau rakan-rakan artis lain yang baru nak jadi alim menganggap mereka tak tahu hukum hakam.
Soal tutup aurat, soal nikah cerai, soal isteri dipeluk lelaki lain, soal suami dipeluk perempuan lain itu semuanya kami tahu hukumnya.... Usahlah hangpa semua sibuk dan jaga tepi kain kami.

 Banyak lagi kes-kes sosial yang perlu lebih diberi perhatian berbanding kami yang dah tahu hukum hakam ini. Usahlah para mufti atau para alim ulama, para ustaz dok asyik tengok filem n drama je.. pergi berdakwah kat pusat hiburan,asyik dakwah kat dalam masjid je.. Yang datang masjid tu orang yang sama je.. yang duduk kat rumah tak pi masjid lagi ramai dan berjuta-juta jumlahnya... Usahlah duduk syok sendiri dengan ceramah kat masjid aje..kerja tu memang la kerja mulia, tapi keutamaannya adalah menyampaikan dakwah pada golongan yang tak tahu soal hukum hakam.. yang tak pernah datang masjid, tapi bila nak tahlil suruh orang masjid datang, bila ada kematian suruh orang masjid gak solatkan jenazah.. Bila tok Imam boikot atau tak datang, pakat kutuk, mengata dan memfitnah tok imam dan sebagainya.
Salah sendiri lansung tak sedar. Kurap berselerak dalam seluar sediri lupa, tapi panau kat muka orang bising sekampung.
Cuba tok mufti dan para alim ulama bayangkan...dah la tak datang masjid, siap kempen orang ramai supaya jgn datang masjid, mengata kat tok imam, tok bilal, kat tok siak pun kata jugak. Pastu kutuk tok imam, tok bilal dan ahli masjid bila tak datang kenduri yang mereka adakan. Macamlah tok imam, tok bilal kebulur sangat dengan nasik kenduri depa tu... hehehee... apa la yang dok aku komen nie...

berita entah berkaitan atau tidak hangpa nilai la sendiri : SINI

Ahad, 23 September 2012

PENTINGNYA TUN M...

Positif...
Rasanya ramai dah ahli PAS yang dah baca.
Dan tentu ada lagi yang masih belum baca.
Kalangan ahli Umno dan sekutunya kena baca sama.
Begitu juga yang cenderung dan condong kepada Umno pun kena baca.
Tidak ketinggalan pada para penyokong PKR...

Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.

Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu’ dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :”Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami “. Allah berfirman kepada Adam :” ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya “. Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :” Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.


62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)


Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS 
Sumber : SINI

Rabu, 12 September 2012

ORANG PARTI PAS?... CEROI, LEKEH DAN PENINDAS?

 Panas, hangat dan makin terserlah syaitan yang dikenali...
Mana yang jahat jangan la tiru atau terikut-ikut.
Kaki Songlap, tindas, makn duit haram rasuah adu domba dan macam-macam lagi seperti mana yang DIKENALI...
Ini kisah orang parti yang menindas menurut Pemuda Umno ni..
Parti mana ye? PAS?PKR? DAP? tak pun PEKEMBAR?
Mai baca cerita panas ni..

BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya
sumber : SINI

Isnin, 10 September 2012

CALON BOLEH MENANG TAK TERCALON? HEHE

Nak jadi pemimpin kena berjiwa besar.
Tidak mudah kecewa dan sedia ditegur.
Sentiasa ikhlas dalam perjuangan dan bukan berhasrat nak jadi calon je.
Masa nak meraih kemenangan ramai yang berlumba-lumba nak jadi calon.
Usahlah belakon tak nak jadi calon tapi bila tak tercalon mulalah nak tendang betis kawan...
Pemimpin dan bakal pemimpin kena tiru sifat yang macam ini :

PADANG SERAI - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.
"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat sini, petang semalam.
Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan.
Ana Copy dari SINI

Ust Nasha jadi sebutan...

Ramai yang tertunggu-tunggu apa kenyataan rasmi dari Presiden setelah selesai Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS.
Aku ingatkan Ust Nasha pi Jerman seperti yang dilaporkan oleh blog tertentu.
Tapi berita lain melaporkan beliau hadir.
Antara 2 berita tu ada yang silap maklumat kot. Atau tak jadi pi. Nak tahu yang betul kenalah tanya tuan punya badan.

Apa pun samada Ust Nasha kekal jadi calon pada pilihanraya akan datang akan dibincangkan kemudian. Tiada keperluan untuk memaklumkan pada masa ini.

Agaknya Dr Hassan Ali puas hati ke dengan keputusan ini?

Rabu, 5 September 2012

BODOH DAN TIDAK BERTAMADUNNYA AHLI PAS jika......

Tidak bertamadun, tidak tahu adab dan tindakan bodoh berharam jadah...
Itu jika sekiranya ahli pas pi serang orang dalam masjid tempat yang mulia dengan membaling kasut atau apa jua objek yang tak sepatutnya.
Begitu juga tabiat dan budaya tunjuk punggung, goyang punggung, atau tarian punggung dikhalayak umum atau depan kamera. ianya tindakan tidak bertamadun dan memalukan.
Ini bukan budaya dan amalan kita. Yang paling penting ia Bukan ajaran agama kita.
Harap-harap tiada dikalangan ahli Pas yang buat perangai macam orang yang tak bertamadun dan bodoh tersebut.




Isnin, 27 Ogos 2012

HAJI HADI :DEPA HANYA TAHU BOLOT KUASA JE..

Bila dah berkuasa lupa nak bagi penerangan tentang keadilan dan kehebatan Islam, tapi memberi gambaran buruk dan menakutkan orang bukan Islam dengan kenyataan-kenyataan yang menyimpang dari kebenaran. Lebih dari itu ianya turut menghakis keyakinan orang Islam terhadapan Undang-undang Islam yang telah ditentukan Allah dan Rasulnya..
Kewajipan melaksanakan Islam bukan terhad pada ahli Pas semata-mata. Ianya adalah kewajipan setiap diri yang mengaku Islam dan beriman.
Mudah-mudahan Allah jadikan kita makin jelas dan paham agama, lantas mengurniakan kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya dan sentiasa berusaha mengajak orang lain turut sama menyertai kita...

Ini Penjelasan TG Haji Hadi : Mari pakat baca kat SINI

 

Sabtu, 18 Ogos 2012

BERAKHIRNYA...

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...
Ramadhan hampir saja pergi meninggalkan kita semua.
Segala amal yang kita lakukan semuanya akan dinilai oleh Allah dan diberi balasan dari sebesarnya hinggalah sekecil-kecil amalan.
Alangkah rugi dan amat malang sekali sekiranya Ramadhan yang datang dan hampir ke penghujungnya ini tidak memberi sebarang peningkatan dalam takwa dan iman kita. Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

Apa yang menanti kita ialah dengan kedatangan Syawal.

Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

  Menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”

SELAMAT AIDIL FITRI... MAAF SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG MENGENDALIKAN BLOG INI. SEGALA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH. SEGALA KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN ITU DARI DIRI INI. ALLAH PEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH...

Khamis, 16 Ogos 2012

UST. NASHA PATUT KENA BIMBING ATAU KENA HALAU?

Beliau adalah bekal Timbalan Presiden Pas.
Sudah pasti dah jenuh membimbing dan menerangkan pada ahli-ahli pas tentang ciri-ciri amal jama'e.
Sudah pasti rajin bagi tazkirah dan mendengarnya.
Tapi...
Manusia sering tersilap dan terlalai. Ianya boleh berkalu pada siapa saja, tak kira samada pada pimpinan atau manusia biasa.
Silap pada perkataan dan tindakan.
Lalai boleh terjadi dengan sebab kurang berhati-hati, leka, termakan pujuk rayu dan macam-macam lagi.
Bagi yang tersilap, bila ditegur ia segera membetulkannya. Ada juga yang agak lambat membetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada alasan dan asbab masing-masing.
Macam kes Ust Nasha ni lalai atau tersilap?
Apa pun PAS sebagai bahtera penyelamat. Islam sebagai terasnya.
Menyelamatkan manusia yang kelemasan. Memberi dan menerima sesiapa sahaja yang rela dan tunduk pada ketetapan selagi mana ianya tidak menyimpang dari orbit Islam... Mudah-mudahan diberkati Allah.

Selasa, 14 Ogos 2012

UMNO PECAT AHLI YANG KAKI BOTOL ? DAP ?

Islam merupakan agama yang lengkap dan menepati fitrah manusia.
Menerima dan mengamalkan Islam secara keseluruhan adalah kewajipan atas tiap yang mengaku beriman.
Manakala yang menerima sebahagian ajaran islam dan menolak sebahagian yang lain telah dijanjikan dengan kehinaan dunia dan akhirat.
Menerima tuntutan hawa nafsu dan mengenepikan tuntutan agama dengan rasa bangga mengaku bahawa pandangan kepala hotak sendiri lebih baik dari ketentuan Allah memang tergolong dalam golongan celaka@haram jadah...
Moga-moga terlindung kita dari tergolong dalam puak-puak penentang ketetapan Allah dan rasulnya.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan tempatkan kami dalam golongan yang taat, patuh, akur dan tunduk pada perintah Allah dan rasulnya hinggalah akhir hayat kami..

Mari pakat baca KAT SINI

Rabu, 8 Ogos 2012

ROGOL ATAS TILAM

Walau syaitan telah diikat, dirantai dan dibelenggu, namun waris gaya hidup syaitan terus bebas dan tidak mengenal siapa.
Berhati-hatilah... Jenayah tidak mengenal mangsa.
Seperti yang dilaporkan tahap jenayah di Malaysia masih rendah...
Baca kat SINI

Selasa, 7 Ogos 2012

TOLONGLAH BELAJAR PERCAYA DAN JANGAN SYAK..

Sempena Ramadhan yang penuh keberkataan ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang berlaku sekeliling kita. Melihat telatah dan perangai manusia, melihat kesan-kesan dari kemusnahan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Menilai kebaikan dan keburukan menurut panduan yang benar sepanjang zaman.

Hari ini terbaca berita tentang kisah lembu yang dipanaskan semula.
Bekas Menteri seperti yang dilaporkan menyatakan tidak tahu mengenai projek NFC.
 
Ayuh.. marilah kita berusaha mempercayai kata-kata beliau. Sempena bulan baik ini, buangkan rasa syak, ragu dan kurang yakin dengan butir-butir pengakuannya seperti yang dilaporkan...
Mana-mana yang nak termuntah, tercirit atau terkentut tu, cubalah tahan dan usahalah lagi supaya lebih gagah berhadapan situasi sukar. Semarakkan shiqqah dan terus bersedia untuk percaya dan kekalkan sokongan anda.
Belajar dan cubalah untuk percaya dan kuatkan semangat untuk menerimanya sebagai kata-kata yang tiada dustanya...

Akhirnya...
Allah mengurniakan kepada kita pendengaran, penglihatan dan hati nurani, maka gunakanlah sebaiknya dan jadilah manusia yang bersyukur...

Apapun kenalah baca sendiri kat SINI

Selasa, 24 Julai 2012

PENJAWAT AWAM DIKALANGAN GURU TERKEJUT BESAR...

Hari ini pi bazar ramadhan, jumpa la kawan yang dah lama berhidmat sebagai guru. Dia antara yang kuat menyokong kerajaan sebelum ini.Slip gaji dah kuar, gaji belum dapat katanya.. tapi dia dok bising yang cukai yang dikenakan begitu tinggi. Dia turut bagitau yang ramai cikgu2 yang turut sama terkejut dengan jumlah potongan cukai yang begitu tinggi...
Sapa lagi yang tahu tentang ni? Kenapa dan mengapa sampai begitu sekali?

Ahad, 22 Julai 2012

korek hidung

Berpuasa, tapi korek hidung kerna nak buang taik hidung atau terasa gatal kat dalam hidung... Batal tak?

Jawapan. Tak batal, selagi tak melampau batas..

Jumaat, 20 Julai 2012

PERLUKAH BERNIAT?

Ana tidak berniat puasa pada malam hari  pada bulan ramadhan, adakah sah puasa ana dengan berniat pada siang hari?
Puasa tidak sah dengan sebab tidak berniat pada malam hari.
Dalilnya : dari hadis nabi Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya"

Khamis, 19 Julai 2012

Hukum hakam berkaitan dengan puasa.

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1433h, blog ini dengan penuh relanya membuka ruang dan peluang seluasnya bagi pengunjung blog ini yang ada sebarang kemuskilan dan soalan yang berkaitan dengan hukum hakam puasa, bolehlah mengemukan soalan. Sebarang kemuskilan yang mampu dijawab akan dijawab.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat pada kita semua...

Isnin, 16 Julai 2012

TERCENGANG-CENGANG DAN TERNGAGA-NGAGA...

Cuba tengok gambar ni.
Jangan tengok gambar dato tu...
Tengok orang yang dok perati tu.
Wajah kehairanan dan terpinga-pinga...
Sampai mulut pun terngaga-ngaga...
Awat sampai jadi lagu tu?
gambar ni aku cilok dari SINI

Khamis, 12 Julai 2012

SELANGOR BAKAL BANKRAP?

Ptptn bakal dihapuskan oleh Pakatan Rakyat bila dah memerintah Malaysia. Itu janji PR.
BN membayangkan negara bakal bankrap jika Ptptn dihapuskan.
Tiba-tiba ada janji dari BN negeri Selangor yang sedia beri air percuma kepada rakyat.
Emm.. tak takut bankrap ker Dato Seri?
Kesediaan BN nak beri air percuma boleh baca kat SINI

Selasa, 10 Julai 2012

MAKSUDNYA TAK CERDIK @ BENGONG?

Antara syarat utama nak jadi pemimpin, kenalah bijak, cerdik dan kelihatan bijak dan bertindak bijak.
Pemimpin tidak boleh tidak mestilah amanah dan bertanggungjawab.
Kalau pemimpin tak berapa cerdik, rendah akal, budi bahasa pun takde, pastu, kelihatan pun tak cerdik dan tindakannya pun jelas terlihat bukan tindakan bijak, musnahlah masyarakat.
Pemimpin yang lalai, leka dan sering mengabaikan tanggungjwab, sering nak cari projek nak kenyangkan diri, ahli keluarga dan kawan-kawannya memang sering dicela dan dicerca rakyat.Akan datang jangan lagi bagi undi pada pemimpin macam tu.. carilah yang mengambil berat soal dosa dan pahala dalam segala gerak lakunya. Makin lama jadi pemimpin, makin zuhud hidupnya...


Cerita pasal pemimpin : Baca kat SINI

 

Sabtu, 7 Julai 2012

MALU SEMALUNYA, HAK SIAPA SEBENARNYA?

Patut ka?

Makin panas. Mana yang tak bersetuju makin panas hati.
nak tau cerita lanjut baca kat SINI

Ahad, 1 Julai 2012

BERITA TAK PELIK..

Tiada yang ganjil atau pelik pada berita ini.
Nasihat menasihati adalah amalan mulia.
Nasihat yang baik mampu memberi manafaat pada Negara...
Apa yang pelik dan ganjilnya,Kalau PM Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Mantan PM diam dan jangan bagi nasihat lagi.

Dr M nasihat Najib guna mandat penuh
TAIPING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.
"Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya.
 Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan Kali ke-51 di sini hari ini.
Semalam, Najib berkata, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina  dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentimen atau faktor lain.

"Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu.

"Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayi yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata, kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin.
Bagaimanapun, katanya, bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat.
Menjawab soalan tentang dakwaan bantuan kerajaan menerusi pemberian wang  kepada rakyat itu boleh membawa negara kepada muflis, Dr Mahathir yakin Najib mempunyai penasihat kewangan dalam menyalurkan bantuan itu. – Bernama

Rabu, 27 Jun 2012

BILA MASANYA KITA RASA HAIRAN DAN PELIK?


Bila kita hairan?
Kenapa hairan?
Ikuti kupasan lanjut :
Sumber : SINI

Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.  Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.

Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN  walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi  sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Firman Allah:
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19
(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).

Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.

Firman Allah:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا  . (النساء ).
Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)

Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.

Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.

PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.

Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh  alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.

Presiden PAS

Khamis, 21 Jun 2012

BERGADUH, BERKELAHI DAN TUNJUK LAGAK.

Mula-mula berbeza pendapat dan pandangan,
Masing-masing ada hujjah dan sebab untuk berkata begini begitu.
Berbeza kedudukan turut membezakan pandangan dan pendapat.
soal perbezaan padangan dan cadangan jika tidak ditangani dengan baik bakal menjadi penyakit yang sukar diubati. Pengurusannya kena betul dan segera.
Bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan dan sentiasa berkerjasama dalam perkara yang telah disepakati perlu menjadi amalan... Moga-moganya begitulah..
Ini berita kat sinar harian :
SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu ‘gerombolan meriam’ ampuh untuk mara ke Putrajaya.
“Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua ‘meriam’ yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan ‘meriam’ baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.
“Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Shuhaimi menegaskan semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Menurutnya, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana jelas ia melanggar etika parti.
“Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif menteri besar untuk melantik setiausaha politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat,” katanya.
Menurutnya, perbuatan ‘menyerang’ kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
“Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.
“Kenyataan Twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di Twitter #kamisayang pkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikirkan perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian ‘malang’ yang berlaku di Kedah,” katanya.
Shuhaimi turut bersedia menjadi ‘orang tengah’ mengatur pertemuan semuka untuk mengenal pasti apakah masalah dan saranan akar umbi PKR bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mungkin tidak sesempurna  pada pandangan mata kepimpinan parti.
“Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehingga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan menteri besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
“Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti,” katanya.
Beliau turut berharap pemimpin PR kini fokus memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
“Kita perlu berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan ‘sedikit perbezaan pendapat’ yang mungkin wujud di kalangan kita,” katanya.
sumber : SINI

Khamis, 14 Jun 2012

MURIDNYA BEGITU RAMAI... SENTIASA MENDOAKANNYA..

Allah yang maha pengampun lagi maha pengasihani.
Dialah tempat kembali.
Terputuslah segala amalan anak adam melainkan 3 perkara.

Ilmu yang diberikan dan dicurahkan bila diamal dan dilaksanakan ianya menjadi saham buatnya. Maka doa dari setiap murid yang menerima tarbiahnya  sentiasa berterusan.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong  perjuangan menegakkan kebenaran.
Al-Fatihah  buat Al-Marhum Ustaz Yahya Othman.

Ahad, 10 Jun 2012

JANGAN ADA KALANGAN MENTERI YANG TERASA...

Ini nasihat yang sangat baik buat semua pemimpin Umno.
Nasihat ini ikhlas dan bukan ditujukan pada menteri tertentu atau bekas menteri yang telah letak jawatan kerana habis tempoh.
Nasihat ini ditujukan kepada semua.
Alangkah baiknya jika tiada yang terasa kena sindir atau kena ketuk.
Masing-masing melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya...

BERA, 10 Jun — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja sebaliknya semua rakyat.
Beliau berkata perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.
"Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat.
"Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar hasutan serta pembohongan pembangkang yang menafikan usaha dilakukan kerajaan, sebaliknya biar rakyat tahu bahawa kerajaan BN serius membangunkan negara dan membela nasib mereka," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera mahu semua 50 cawangan Umno bahagian itu mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan semua golongan rakyat bagi mendekati mereka dan menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan.
Beliau juga mahu setiap cawangan itu melantik ketua, masing-masing bagi menjaga setiap 10 buah rumah di kawasan mereka bagi mengetahui masalah mereka dan menyalurkan maklumat itu kepada Biro Keahlian dan Pengundi Umno bahagian untuk tindakan segera.
Ismail Sabri juga berkata Umno bahagian itu sedang mewujudkan pangkalan data bagi profil semua keluarga di bahagian itu bertujuan untuk mengetahui secara terperinci mengenai latar belakang, sikap serta masalah yang dihadapi mereka..bernama

Baca kat SINI

Sabtu, 9 Jun 2012

SANGGUP KATA TAK WARAS..HEHEHE

Mana satu tindakan waras dan tindakan kurang waras?
Satu lagi, yang mana tindakan yang warasnya kurang dulu, kini dan selamanya..
Tanda-tanda saat akhir makin kelihatan..

Baca berita ini :
SHAH ALAM – MCA menegaskan kepentingan pelajar di universiti tidak seharusnya dikorbankan demi agenda sesetengah pihak kerana golongan pelajar adalah harapan negara di masa depan.

Naib Presidennya, Senator Gan Ping Sieu berkata, isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sekarang seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak agar politik yang mengabaikan kebajikan rakyat dinyahkan dari negara ini.

"Saya menegaskan pendirian saya bahawa PTPTN dikekalkan, saya tidak kisah apa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) katakan. Memansuhkannya adalah polisi yang silap.

“Tetapi untuk membekukan pinjaman ini di universiti yang dikawal kerajaan PR adalah sesuatu yang tidak waras,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Ping Sieu turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak termakan umpan politik murahan PR yang mahu menjadikan diri mereka wira segera dalam isu PTPTN.

“BN harus berwaspada terhadap taktik kelas rendah yang bertujuan mengalihkan perhatian kita daripada isu-isu dasar yang sebenar,” katanya.

Semalam, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik balik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan PTPTN membatalkan keputusan membekukan kemudahan pinjaman kepada penuntut Unisel sebagai langkah yang baik.

"Baik," kata beliau ringkas, sehari selepas menyifatkan langkah PTPTN menyekat penuntut-penuntut Unisel sebagai tidak wajar.
Sumber : sini

Jumaat, 1 Jun 2012

BABI BETUL!!!

Cuba pakat nilai semula, adakah dalam kehidupan seharian kita, ada ke tidak unsur tersebut kita gunakan samada dalam sedar atau memang kita tak sedar.
Tak sedar dengan sebab tiada ilmu dan kurang ambil berat soal halal dan haram. Inilah yang jadi masalahnya.
Macam menjemput kumpulan ‘K-Pop’ datang ke Malaysia tiada kaitan dengan babi. 
Sesiapa pun boleh jemput. Tapi bila ianya membabitkan soal dosa dan pahala maka tentulah kenalah sedar dan tahu siapa yang paling ramai akan menyaksikan konsert tersebut. 


Sebagai contoh, penganjur menjemput Ulama muda Umno seperti Ust Fathul Bari atau sapa-sapa saja yang ada kaitan dengan Umno atau yang tiada kaitan dengan umno, Pas atau Pkr. menyampaikan takzirah atau ceramah masa program himpunan belia baru-baru ini menggantikan kumpulan  ‘K-Pop’ kemudian dibayar pada Ulama tu Rm 1juta atau 2 juta bukankah lebih baik?  Paling tidak pun dapatlah generasi muda kenal ulama muda dari terhinjut-hinjut dan bertepuk tangan kegembiraan melihat tarian ‘K-Pop’ yang dah jelas tentang hukumnya.

Eh eh eh... aku nak cerita pasal babi, bukan pasa himpunan belia..melalut la pulak. Mufti perak dah kata tak patut ada benda-benda macam tu.Tak perasanlah pulak ada atau tidak istilah ghulub digunakan beliau...

Apa yang aku nak kongsikan dekat sini ialah tentang bagaimana babi dan keturunannya digunakan dalam menghasilkan produk-produk seharian. Mari kita ambil tahu dan kenalah tahu supaya tidak tertipu dan sering ditipu dulu, kini dan selamanya...

Jadi buat semua umat Islam, berhati-hatilah. Usahlah kita terjebak dengan unsur-unsur tersebut...

Rabu, 30 Mei 2012

SUDAH CUKUP-CUKUP SUDAH!!! CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA...


Tok petis (memang nama sebenar) menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali.
Memang dia betul-betul tidak setuju.
Memang betul dia kurang selesa.
Memang hatinya gundah gulana bercampur pilu.
Memang dia semakin buntu dan kecewa.
Hatinya bagai dihiris terluka.
Bukannya orang ramai tak boleh nak nilai mana yang ghulub.
Bukannya orang ramai tak boleh nilai mana yang disebut transformasi dan reformasi fikir benak hatinya.
Terlintas juga dalam fikirannya yang bukan semua melayu boleh nilai, ramai sangat yang masih jahil bertingkat-tingkat.
Dia masih teringat bila dia membelek-belek akhbar berbahasa melayu yang menjadi pujaannya.
Setelah setengah abad merdeka masih ada keputusan nombor ekor dalam akhbar melayu yang menjadi rujukan dan sumber rujuk rakyat.
Memang dia pun pelik, kenapa keputusan nombor ekor ada dalam  akhbar melayu yang tentunya mengaku Islam.
Ahhh.. Barangkali keputusan ini untuk yang bukan Islam. Inikan negera yang berbilang bangsa dan agama.
Islam tidak menyekat kebebasan beragama dalam negara Islam.
Dalilnya pun dia masih ingat.
Tiba-tiba cucunya datang menerpa sambil memanggil-manggil.
Tok, oo tok, meh sini cucu nak tunjuk kat atuk tentang kegembiraan sebenar yang menjadi bualan seluruh dunia...
Cucu Tok Petis pun menunjukkan clip video kat SINI

Apa lagi, beristigrfar panjanglah Tok Petis bila melihat aksi terkinja-kinja anak muda yang terdedah auratnya.Bukan dedah sikit. 
Sampai nampak sepender, sampai tahu warna apa seluar dalam yang dipakai.

Haram jadahee betul!!! kata Tok Petis. Melampau betul, macam tak tahu dosa pahala!
Depa ni bukan budak melayu la tok!!! terang cucu Tok Petis setelah melihat riak wajah atoknya berubah
Bukan kat negaraku tercinta kot bisik hatinya.Aku mesti berbaik sangka. Husnu Zhon..
Tapi memang dia kenal sangat beberapa orang di situ.
Ahh..Aku kena cari jalan segera. Pertemuan antara 2 parti besar orang melayu mesti dibuat segera. Inilah saja jalan supaya belia melayu tidak sesat dan hilang pedoman.Sapa yang tak mau berpadu memang melampau...

Tapi bertambah gelisahlah hatinya bila dia terdengar cucunya menyanyi sambil muka cucunya terus menerus mengadap tv...

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja..

Nanyian cucu Tok Petis memang kuat. Sambil kepalanya terangguk-angguk dan jarang sekali cucu tok Petis menggeleng-geleng kepalanya ketika menyanyi..


*Sekadar hiasan
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Ini cerita/Cerpen rekaan, tiada kena mengena dengan yang telah meninggal dunia atau yang telah mati. Semuanya sebagai ingatan pada yang masih hidup.

Isnin, 28 Mei 2012

KONSERT SEMPENA HARI BELIA MEMUPUK SEMANGAT..

Usahlah rakyat tertunggu-tunggu Fatwa dari mana-mana pihak tentang hukum konsert yang di adakan sempena hari belia.
Bagi yang mengaji serba sedikit tentang hukum hakam, pasti dah jumpa hukumnya.
Ianya jelas, terang  memupuk semangat. Semangat kecintaan kepada hiburan yang melampau batas. Kenapa melampau batas? kerana sebarang hiburan yang melalaikan adalah melampau batas. Berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, pendedahan aurat dan ianya cukup jelas hukumnya. Tak perlu sebarang fatwa. kerna hukumnya telah jelas lagi nyata.
Sesungguhnya Allah tidak suka pada golongan yang melampau batas.
Penganjur dan penyokongnya tidak terlepas dari hukum ketentuan Allah.

Belia yang leka, lupa dan alpa dengan hiburan, amat menguntungkan pihak yang tak suka pada Islam. Inilah cara yang paling sederhana (wasatiah ) pada pandangan nafsu sesat mereka... haram jadahee..

Rabu, 23 Mei 2012

LEMBU DAN PERANGAI HARAM JADAHHEE

Lembu antara binatang ternakan yang terkenal dan masyhur.
Bila isu lembu diperkatakan pasti tidak boleh tidak kita akan teringat kepada isu lembu yang hangat dibicarakan dalam negara ini.
Ini kisah lembu jugak.
Lembu digunakan untuk kayakan diri sendiri. Nak kaya tak jadi masalah.Tapi cara nak kaya dengan mencuri hak orang lain. Pelihara lembu malas, tapi nak jadi tokey lembu. Gunakan harta orang lain dengan cara yang bathil untuk mengkayakan diri sendiri.
Memang haram jadahhe punya perangai.
Tindakan mesti diambil. Jangan biarkan sesekali mereka yang mengkayakan diri sendiri dengan menindas orang lain... memang haram jadaheee..
Ini kisahnya :
ALOR GAJAH - Dua pekerja sebuah syarikat kanopi sanggup membawa lari lori lima tan milik majikannya untuk melakukan kegiatan mencuri sembilan ekor lembu.

Tindakan pekerja terbabit terbongkar apabila kedua-duanya ditahan sepasukan anggota cegah jenayah di Felcra Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, di sini, kira-kira 3 pagi semalam.

Anggota penguat kuasa terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan polis melihat lori berkenaan dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengekorinya.

Sumber berkata, anggota terbabit kemudian ternampak kaki seekor lembu terjulur keluar dari lori yang ditutup dengan kanvas, selain darah haiwan berkenaan menitis sepanjang jalan.

“Lori berkenaan meluru laju ke arah Kuala Sungai Baru selepas pemandunya sedar mereka dikejar.

“Mereka kemudian memecut ke arah Masjid Tanah dan tidak menghiraukan arahan penguatkuasa meminta mereka berhenti,” katanya.

Mungkin kerana panik, katanya, lori berkenaan dipandu dalam keadaan terhoyong-hayang sebelum memasuki laluan ladang sawit Felcra Ayer Molek 2, bagaimanapun tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan meletup.

“Dua lelaki itu kemudian keluar dari lori berkenaan dan bertindak melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit dalam keadaan gelap meninggalkan lori yang sarat dengan lembu itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

“Menurutnya, semasa diserbu, terdapat sembilan ekor lembu dalam lori berkenaan termasuk seekor daripadanya cedera patah kaki.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu kedua-dua lekaki berkenaan yang masih bebas,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, seorang pekerja syarikat kanopi terbabit yang merupakan pemandu asal lori berkenaan, Mohd Hishamudin Abd Hamid, 26, berkata, dia menyedari lorinya hilang awal pagi semalam selepas ditanya majikannya.

Menurutnya, majikan menyedari lori berkenaan yang diletakkan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini, tiada di situ.

Menurutnya, salah seorang lelaki terbabit merupakan pekerja baru dan dia percaya seorang lagi pekerja berkenaan terpengaruh untuk melakukan kegiatan mencuri.
sumber : SINI

Isnin, 21 Mei 2012

POLIS PATAH HIDUNG...


Semoga cepat sembuh dan dapat terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah...
Bagi orang yang beriman, Sabar dengan ujian adalah suatu kemestian.
Setiap kesukaran dan kesusuhan yang dialami didunia tidaklah sia-sia jika tujuan hidup kita mengabdikan diri kepada Allah..
Semuanya ada hikmah yang tersendiri...

KUALA LUMPUR - Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil secara berperingkat.
"Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. sumber : sini


 *gambar hiasan.