Pengikut

Jumaat, 1 Julai 2011

PAKAI BAJU BERSIH YANG DIRAMPAS...

Seorang ketua kampung (nama kampung dirahsiakan ) merampas baju bersih kepunyaan seorang penduduk kampung yang menjadi wilayah tadbirnya..
Tuan punya baju amat marah dengan rampasan tersebut.
Manakala ketua kampung itu setelah merampas baju bersih , beliau terus membawa balik baju tersebut dan bila sampai saja dalam rumah, beliau terus memakainya.
Dengan riang gembira dan ianya memang jelas terlihat pada raut wajahnya yang tidak henti mengukir senyum semanis kurma gitu, kerana berjaya memakai baju bersih yang menjadi idamannya sejak dulu, kini dan selamanya. Setelah itu beliau terus menunaikan solat asar.
Apakah hukum solatnya?

Jawapan : Solatnya sah jika menepati syarat dan rukun2 solat. Tetapi tiada pahala bagi solatnya kerana memakai pakaian yang bukan miliknya bahkan perbuatannya adalah haram.
Begitulah adanya..

Rabu, 29 Jun 2011

PAKAI, MACAM TELANJANG..

Nak pakai baju bersih takde masalah..
Baju Bersih boleh pakai waktu solat dan boleh dipakai di mana jua.
Pakai baju bersih memang amat digalakkan.
Yang jadi masalahnya ialah yang pakai baju tapi macam telanjang.

Bagi mak bapak yang prihatin, ambil berat, jika anaknya pakai baju kotor pergi sekolah, pasti dimarahinya dan disuruh pakai baju bersih.
Cikgu yang mengajar kat sekolah pun jika melihat anak muridnya pakai baju yang kotor, atau tidak bersih, pasti akan memesan pada anak muridnya agar berdikari basuh baju sendiri agar bersih dan kelihatan bersih.
Menantu yang sering memakai baju yg bersih akan disayangi pak dan mak mertua.
Suami, isteri yang menjaga soal kotor dan bersihnya baju akan menjana keharmonian rumah tangga.
Bagi manusia yang sihat tubuh badan dan mempunyai akal yang sihat, pasti sentiasa suka dan cenderung memakai baju bersih.
Tidak termasuk dalam hal ini bagi mereka ada masalah. Sedikit mahupun banyak.

Isnin, 27 Jun 2011

KENA GUGUR..

Melihat kisah masyarakat sekeliling kita, memberi ruang kepada kita menilai diri dan perlunya kita mengambil pengajaran.

Kisah tentang kehidupan. Bila jawatan yang disandang ditarik balik. Semuanya sementara cuma...

SUMBER : SINI

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

“Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.

Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.

Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.