Pengikut

Rabu, 12 September 2012

ORANG PARTI PAS?... CEROI, LEKEH DAN PENINDAS?

 Panas, hangat dan makin terserlah syaitan yang dikenali...
Mana yang jahat jangan la tiru atau terikut-ikut.
Kaki Songlap, tindas, makn duit haram rasuah adu domba dan macam-macam lagi seperti mana yang DIKENALI...
Ini kisah orang parti yang menindas menurut Pemuda Umno ni..
Parti mana ye? PAS?PKR? DAP? tak pun PEKEMBAR?
Mai baca cerita panas ni..

BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya
sumber : SINI

Isnin, 10 September 2012

CALON BOLEH MENANG TAK TERCALON? HEHE

Nak jadi pemimpin kena berjiwa besar.
Tidak mudah kecewa dan sedia ditegur.
Sentiasa ikhlas dalam perjuangan dan bukan berhasrat nak jadi calon je.
Masa nak meraih kemenangan ramai yang berlumba-lumba nak jadi calon.
Usahlah belakon tak nak jadi calon tapi bila tak tercalon mulalah nak tendang betis kawan...
Pemimpin dan bakal pemimpin kena tiru sifat yang macam ini :

PADANG SERAI - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.
"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat sini, petang semalam.
Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan.
Ana Copy dari SINI

Ust Nasha jadi sebutan...

Ramai yang tertunggu-tunggu apa kenyataan rasmi dari Presiden setelah selesai Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS.
Aku ingatkan Ust Nasha pi Jerman seperti yang dilaporkan oleh blog tertentu.
Tapi berita lain melaporkan beliau hadir.
Antara 2 berita tu ada yang silap maklumat kot. Atau tak jadi pi. Nak tahu yang betul kenalah tanya tuan punya badan.

Apa pun samada Ust Nasha kekal jadi calon pada pilihanraya akan datang akan dibincangkan kemudian. Tiada keperluan untuk memaklumkan pada masa ini.

Agaknya Dr Hassan Ali puas hati ke dengan keputusan ini?