Pengikut

Jumaat, 14 Ogos 2009

pilihanraya : ROHAIZAT LAWAN SALLEH MAN

Assalamualaikum...

Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man telah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.
Manakala BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

tunggu harinya pakat2 undi mana yg rasa paling sesuai.

sekian wassalam

Rabu, 12 Ogos 2009

HINA ISLAM : WAJIB BANTAH


Assalamualaikum.

KALAU ada sesiapa yg hina Islam, tak kira siapa,
samada orang yg mengaku je Islam tapi perangai tak macam islam,
orang bukan islam samada dah sampai pengetahuan dia tentang Islam atau belum sampai,

tapi MENGHINA ISLAM, tak boleh tidak kita yg ada Iman mesti mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut. Maknanya kita bantah segala bentuk penghinaan terhadap Islam.
bentuk bantahan adalah berasaskan tahap keimanan kita.

Ini adalah asasnya...
Sapa lagi nak bela Islam?

Kita yg Islam la...

**
(keterangan gambar :Ini adalah salah satu bukti betapa arak banyak keburukannya)



sekian Wassalam

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1 : ADA YG LUPA DAN ALPA




Assalamualaikum.

Kerajaan melalui pelbagai cara menerangkan kepada rakyat tentang bahayanya penularan wabak H1N1.

Panduan dan langkah yg perlu dilakukan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan wabak tersebut boleh kita saksikannya melalaui tv free atau berbayar, akhbar2 utama dan macam2 lah lagi kempen kesedaran yg dilakukan kerajaan demi melihat kesejahteraan rakyat di Malaysia terjamin, sesuai dengan tema 1 Malaysia rakyat diutamakan.
Akan tetapi tidak ada saranan yg khusus memohon perlindungan dari Allah dari merebaknya wabak ini.
Alangkah baiknya kerajaan turut menyarankan agar setiap ummat Islam memohon perlindungan dari Allah. Maka diajarkan kepada seluruh rakyat yg beragama Islam tentang doa-doa yg boleh diamalkan oleh mereka ketika berhadapan dengan penularan wabak H1N1. Lebih ramai Ummat Islam yakin dan sentiasa bertawakal kepada Allah dalam apa jua perkara setelah mereka berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah.

Allah adalah sebaik-baik perlindung.
Bagi yg nak memohon perlindungan dari Allah, bolehlah mengamalkan doa2 berikut :
















Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa2 kita semua. InsyaAllah ...

sekian, Wassalam.










Ahad, 9 Ogos 2009

TAAT ATAU DERHAKA?

Assalamualaikum.

Engkau derhaka kepada Allah dan sekaligus cinta kepada-NYA.
Ini adalah kemustahilan. Apabila benar engkau mencintaiNYA, pastilah engkau taati semua perintahNYA.

Sesungguhnya orang yg cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yg dicintainya. Dia telah mengirimkan nikmatNYA kepadamu setiap saat. Dan tak ada rasa syukur yg engkau panjatkan kepadaNYA?