Pengikut

Sabtu, 6 Ogos 2011

ISU MURTAD : TABUR BUDI DAN BAGI BANTUAN...SUDAHNYA?

Isu ini bukan isu baru.
Dah lama dah! Dulu, kini dan selamanya...

Sedikit masa dulu masa Mufti Perak dedahkan sejumlah besar orang Islam telah dimurtadkan, ramai yang percaya dan ramai gak yang membantai mufti perak masa tu.
Walaupun ada undang-undang yang melarang sebarang penyebaran agama selain Islam di Malaysia, tapi sejauh mana ianya dipatuhi?
Adakah hanya sekadar mengharapkan mereka patuh dan akur dengan larangan tersebut?
Adakah gerakan ini tidak tahu tentang larangan penyebaran agama lain di negara ini atau tak paham undang-undang?

Gerakan memurtadkan orang Islam berlaku secara halus, teratur dan berlaku sepanjang zaman. Menabur budi dan membantu golongan yang kesempitan dan sebagainya.


Apa tindakan kita?

Jumaat, 5 Ogos 2011

ROSNAH BAKAL JADI MENTERI?

Oleh kerana ahli dah ramai, mungkin pada masa depan bakal dilantik jadi Menteri penuh.
Itupun jika masih menang.
Pun begitu kenalah pastikan betul-betul ahli tu ada kad pengenalan warna biru, bukan merah ye..

PAPAR: Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.
"Di samping itu, inisiatif untuk mendaftarkan ahli yang layak bergelar pemilih juga agresif dijalankan.
"Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno akan menjadi nadi kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat. - BERNAMA
copy dari SINI

ORANG RAMAI LAGI LA RISAU...

Kalau pembunuh tu masih belum tertangkap, orang ramai pakat risau.
Tindakan penjenayah tersebut memang tak berhati perut.
Setakat ini polis masih buntu...
Terbaca kat sini

Polis buntu identiti dua mayat di Ampang


KUALA LUMPUR: Meskipun seluruh anggota badan mayat wanita dan kanak-kanak lelaki yang ditemui dikerat di sebuah apartmen di Ampang tiga hari lepas telah dilengkapkan, polis masih buntu mengenai identiti mereka.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata setakat ini hanya cap jari wanita itu sahaja yang menjadi petunjuk kepada polis.
"Kita juga sedang semak senarai orang hilang. Kita seru orang ramai tampil bantu siasatan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, keadaan kedua-dua mayat yang sudah reput menyukarkan tugas semua pihak terbabit untuk mengenal pasti mangsa.

Siasatan kini bertumpu kepada keterangan penduduk di apartmen berkenaan memandangkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan perumahan itu tidak berfungsi, katanya.

"Kita belum jumpa tuan rumah sebab rumah itu dipercayai telah ditinggalkan hampir 10 tahun lepas. Jadi, apa yang boleh kita lakukan bagi mencari petunjuk kes ini adalah dengan mengambil keterangan jiran dan menganalisis bukti yang ada dari kedua-dua mayat yang ditemui," katanya.

Ditanya sama ada unit rumah itu merupakan lokasi mayat dikerat, Amiruddin berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.
Laporan penuh daripada semua pihak yang terlibat akan diketahui dalam masa terdekat, katanya.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun. - BERNAMA

Selasa, 2 Ogos 2011

PAKATAN BAKAL BUNGKUS WAL LINGKUP ?

Kalau depa ni pakat bagi undi kat BN,
dengan janji janji dan ugutan..pakai lingkup la Pakatan rakyat.
Ini yang dapat dikesan.. yang tak terkesan dan yang wujud tanpa sedar dan rela bagaimana?
Memang lingkup la..
pakat tengok kat SINI

Ahad, 31 Julai 2011

AHLAN...

Ahlan ya Ramadhan..
Bulan penuh keberkatan,
Bulan penuh kerahmatan,
Bulan penuh keampunan,
Bulan penuh kasih sayang,
Bulan penuh kemuliaan,
Bulan teristimewa dari segala bulan,
Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang beroleh ketakwaan hasil dari tarbiah Ramadhan.
InsyAllah...

AHLAN...

Ahlan ya Ramadhan..
Bulan penuh keberkatan,
Bulan penuh kerahmatan,
Bulan penuh keampunan,
Bulan penuh kasih sayang,
Bulan penuh kemuliaan,
Bulan teristimewa dari segala bulan,
Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang beroleh ketakwaan hasil dari tarbiah Ramadhan.
InsyAllah...