Lembu antara binatang ternakan yang terkenal dan masyhur.
Bila isu lembu diperkatakan pasti tidak boleh tidak kita akan teringat kepada isu lembu yang hangat dibicarakan dalam negara ini.
Ini kisah lembu jugak.
Lembu digunakan untuk kayakan diri sendiri. Nak kaya tak jadi masalah.Tapi cara nak kaya dengan mencuri hak orang lain. Pelihara lembu malas, tapi nak jadi tokey lembu. Gunakan harta orang lain dengan cara yang bathil untuk mengkayakan diri sendiri.
Memang haram jadahhe punya perangai.
Tindakan mesti diambil. Jangan biarkan sesekali mereka yang mengkayakan diri sendiri dengan menindas orang lain... memang haram jadaheee..
Ini kisahnya :
ALOR GAJAH - Dua pekerja sebuah syarikat kanopi sanggup membawa lari
lori lima tan milik majikannya untuk melakukan kegiatan mencuri sembilan
ekor lembu.
Tindakan pekerja terbabit terbongkar apabila kedua-duanya ditahan
sepasukan anggota cegah jenayah di Felcra Ayer Molek, Kuala Sungai Baru,
di sini, kira-kira 3 pagi semalam.
Anggota penguat kuasa terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM), Rela dan polis melihat lori berkenaan dalam keadaan
mencurigakan, sebelum bertindak mengekorinya.
Sumber berkata, anggota terbabit kemudian ternampak kaki seekor lembu
terjulur keluar dari lori yang ditutup dengan kanvas, selain darah
haiwan berkenaan menitis sepanjang jalan.
“Lori berkenaan meluru laju ke arah Kuala Sungai Baru selepas pemandunya sedar mereka dikejar.
“Mereka kemudian memecut ke arah Masjid Tanah dan tidak menghiraukan arahan penguatkuasa meminta mereka berhenti,” katanya.
Mungkin kerana panik, katanya, lori berkenaan dipandu dalam keadaan
terhoyong-hayang sebelum memasuki laluan ladang sawit Felcra Ayer Molek
2, bagaimanapun tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan meletup.
“Dua lelaki itu kemudian keluar dari lori berkenaan dan bertindak
melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit dalam keadaan gelap
meninggalkan lori yang sarat dengan lembu itu,” katanya kepada Sinar
Harian di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
“Menurutnya, semasa diserbu, terdapat sembilan ekor lembu dalam lori berkenaan termasuk seekor daripadanya cedera patah kaki.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan polis kini
sedang giat menjalankan operasi memburu kedua-dua lekaki berkenaan yang
masih bebas,” katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu, seorang pekerja syarikat kanopi terbabit yang merupakan
pemandu asal lori berkenaan, Mohd Hishamudin Abd Hamid, 26, berkata,
dia menyedari lorinya hilang awal pagi semalam selepas ditanya
majikannya.
Menurutnya, majikan menyedari lori berkenaan yang diletakkan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini, tiada di situ.
Menurutnya, salah seorang lelaki terbabit merupakan pekerja baru dan
dia percaya seorang lagi pekerja berkenaan terpengaruh untuk melakukan
kegiatan mencuri.
sumber : SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan