Pengikut

Isnin, 30 Disember 2013

MEMANG RUGI SAPA YANG TAK PERNAH BUAT!!!

DALIL-DALIL HADITS RASULULLAH SAW TENTANG BEKAM

1. Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah bekam/hijamah."

2. Dari Jabir Al-Muqni berkata: "Aku tidak akan merasa sehat sehingga aku berbekam, karena sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan."

3. Bekam sangat dianjurkan oleh penduduk langit, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: "Hai Muhammad, Engkau harus berbekam." (HR.Tirmidzi)

4. Dari  Abdullah bin Mas'ud r.a berkata:
"Rasulullah saw pernah menyampaikan sebuah hadits tentang malam dimana beliau saw di-Isra'kan bahwa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau saw dengan mengatakan, "perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

5.  Dari Abu Ubaid  melalui sanad Abdurrahman bin Abi Laila berkata: "Rasulullah saw melakukan bekam pada kepalanya (ummu mughits) dengan tanduk  ketika disihir orang."

6. Dari Salma, seorang pelayan rasulullah saw bercerita: "Tidak seorangpun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan beliau saw  mengatakan: "Berbekamlah!!" 

7. Rasulullah saw bersabda: "Jibril memberitahukan kepadaku bahwa hijamah/bekam adalah pengobatan yang paling bermanfaat buat manusia."
8. Dari Ibn Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah juru bekam, ia membuang darah, meringankan tulang rusuk dan menajamkan penglihatan."

Rabu, 7 Ogos 2013

AKHIR RAMADHAN

SELAMAT HARI RAYA.
SEMOGA HASIL TARBIAH RAMADHAN MEMBERI KESAN PADA DIRI.
ROHANI DAN JASMANI TERUBAT DENGAN MENDAPAT HASIL TAKWA.
SEGALA SALAH DAN SILAP MOGA KITA SALING MEMBERI MAAF.

Sabtu, 1 Jun 2013

SEMENYIH DAN KOTA DAMANSARA...

Hangat dan makin menyengat.Isu Kota Damansara terus berkumandang.
Seronok jugak bila baca ulasan dan komen2 yang diberikan.
Samada mereka ahli pembodek, pengampu atau kaki tibai, semuanya terpulang pada pandangan masing-masing.
Mempertahankan hujjah masing2 adalah terpuji. Selagi memenuhi adab berjemaah dan tidak lari dari topik perbincangan yang diperdebatkan.
Mungkin ada isu yang dipendam sebelum pilihanraya tapi terpaksa didiamkan demi nak memelihara keutuhan dan kekuatan.
Bila dah selesai pilihanraya, maka akan ada isu bersiri yang akan dibahaskan satu demi satu.
Mungkin bukan setakat isu Kota Damansara, mungkin ada kaitan dengan isu Semenyih, isu jelapang, dan tentunya ada sangkut dengan isu lompat melompat.
Bukan setakat presiden, bahkan tetua dewan ulama, ketua pemuda dan tidak terkecuali ketua muslimat akan berhadapan dengan kritikan dan boleh jadi cacian yang memang menyakitkan hati.
Cuma pasti ramai yang tertunggu2 pemilihan PAS pada kali ini.
Presiden PAS akan dicabar? Mampukan tokoh lain mencabar presiden dan siapa pula yang bakal mencabar Ketua dewan ulama?
Ketua pemuda yang baru dan munasabah juga timbalan presiden yang bakal dicabar?
Panasnya sudah terasa.
Sapa yang nak supaya perwakilan bukak mata, kenalah berusaha dari sekarang. Jawatan penting untuk melihat PAS tidak jumud dan kolot seperti kata sebahagian orang
Untuk melihat pas terus utuh dan segar bugar kenalah usaha biar tiada lagi dalam parti pas tokoh dan pimpinan yang kelihatan kolot dan molot.
Mana2 yang tak sependapat dengan pandangan sendiri, segeralah gelar dan labelkan sebagai kolot dan jumud. Biar semua tahu pandangan sendiri adalah tiada unsur bodek dan pengampu. Pandangan kita adalah ikhlas dan terang berunsurkan muafakat dan memelihara sahabat. Biar apa pun yang berlaku, kawan sebelah rumah adalah betul dan sentiasa berjalan betul. Sahabat serumah pasti jelas bau busuk kentutnya... Ketiak masam dan baju terpalit kotoran pastinya jelas kelihatan...
Paparkan dan senaraikan ianya didepan rumah demi kesejahteraan ahli rumah..hehehe

Apa pun, usaha berterusan nak melihat Islam terlaksana, gerak kerja yang dibuat kenalah dengan penuh rasa ikhlas dan kasih sayang. Ianya dapat membantu mempercepatkan kemenangan. Lambat menang pun beroleh pahala berpanjangan... 

Ahad, 26 Mei 2013

UST HARUN TAIB TAK PERNAH BACA WSJ?

.............hahahaha... Ramai yang tak tahu, dan memang tak jangka ianya berlaku. Ramai yang terkejut, kaget dan ramai yang terdiam tanpa ulasan.hahaha..maklumlah sebab tak tahu. Kena siasat dan rujuk pihak dalaman demi nak menjaga hati banyak pihak.

Azmin Ali sebagai timbalan Presiden PKR barangkalinya tahu, dan boleh jadi tak tahu.
Kalau ketua dewan ulama PAS tak tahu barangkalinya patut kot...kerna  ada segelintir yang menggelarnya kolot dan jumud...haha apa itu WSJ pun tarak tahu...? hahhahaha

LAMBUNG MELAMBUNG SUDAH BERMULA...

Muktamar PAS akan berlangsung sedikit waktu lagi. Akan ada pemilihan.
Manakala pemilihan dalam PKR dah ditangguhkan buat sementara waktu..
Tapi ianya tetap akan tiba jua.
Persedian tentunya bakal dibuat. Dalaman dan luaran.
Pecaturan telah bermula...
Sudah ada usaha menaikkan saham diri demi menghadapi pemilihan yang bakal tiba.
Turut serta agen-agen yang berperanan menjadi pelobi dan turut berperanan menjatuhkan pihak yang tak disukai.

Awas! Api fitnah akan berterusan..
Berhati-hatilah...

Ahad, 5 Mei 2013

PUJIAN PADA ALLAH KERANA MEMBERI RUANG KEMENANGAN...

Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim...
Tuhan yang mengusai sekelian alam,
Tuhan yang menguasai hari pembalasan,
Pada hari ini engkau kurniakan kemenangan pada para pejuang kebenaran,
Yang berjuang bagi melihat agamamu disanjung dan dijunjung.
Kukuhkan pendirian kami semua, kuatkan tekad dan azam kami,
Engkaulah yang berkuasa menentukan kemenangan dan kekalahan,
Patahkan segala tipu helah mereka,
Gagalkan segala gerak kerja jahat mereka,
Hancurkan kesatuan mereka,
Musnahkan kejahatan mereka,
Amin ya Allahu Ya Zaljalali wal ikram..

Sabtu, 4 Mei 2013

MALAM PILIHANRAYA : PR KALAH TERUK!!

Setakat petang ini, hasil tinjauan setiap malam, sejak setahun yang lalu, PR bakal kalah teruk. Semua kalah.. Ini kalau kita tengok tv1, tv2, tv3  dan semua tv tiap2 tiap malam.
Memang tiada harapan langsung untuk menang.Tiap-tiap hari ada saja yang keluar parti dan bersama Umno.

Oleh itu, bagi yang tengok tv terutama siaran berita dan wawancara pastikan anda tidak terpedaya dan rasa resah dan gelisah.

Hasil tinjauan dari rumah ke rumah, dari pejabat ke pejabat, dari sekolah ke sekolah, dari dalam bas hingga luar bas, dalam bandar hingga ke luar bandar, dari utara hingga ke selatan semuanya menyatakan keyakinan mengekalkan undian pada pr dan bagi pengundi baru mereka bersedia mengundi untuk masa depan yang lebih cerah... UNDI mereka pada PR!!!  takbir :Allahu Akbar!!!

Isnin, 22 April 2013

SG ACHEH : BADRUL HISHAM @ YUSNI : SAPA BERJIWA BESAR?

PKR dan PAS akan bertembung di Sungai Acheh.PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin (kiri) yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.
Calon dah disahkan oleh SPR. Jadi tidak boleh tidak kenalah PKR dan PAS berpakat demi nak menjelmakan kemenangan disitu.
Kalau tidak..semuanya bakal jadi hampehhhh..
Pertembungan ini boleh menjadi wabak keseluruh negeri.
Wabak meningkatkan semangat.. meningkatkan semangat menjatuhkan sesama sendiri.
Menjadi ancaman yang amat bahaya.
Salah seorang mereka kena beralah. Semuanya dengan arahan dari Ketua Parti masing-masing. Sapa yang beralah memang berjiwa besar. Memang layak dilantik Senator bila dah menang nanti..hehehe..

PAS kata tunggu ari Isnin.
PKR kata salah paham.
Jadi apa yang penyokong PR nak dengar ialah penyelesaiannya...
 

Sabtu, 20 April 2013

WANITA MEMPERJUANGKAN NASIB WANITA..

Kesan perjuangan wanita membela dan menuntut kerusi parlimen akhirnya dia dipecat..

rujuk SINI

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pemecatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim daripada parti itu kerana bertanding calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13.


Apa tindak balas wanita Umno dalam hal ini?
Marilah beralih arah dengan menyokong PAKATAN RAKYAT!!!
*Gambar Mat Sabu  tersenyum lantas ketawa...



SEJARAH PRU13 : PALING RAMAI CALON BEBAS BERTANDING..

Memang ramai calon bebas pada PRU13 kali ini.
Bertanding kerana tidak berpuas hati antara sebabnya...
Moga2 Islam bersinar dengan lebih gemilang pada PRU13 ini..


sumber : SINI

Selasa, 16 April 2013

IBRAHIM ALI DAN KAWAN-KAWAN KENA BANYAK BELAJAR

Sungguh untung dan sangat beruntung bekas ahli parlimen Zulkifli Nordin kerana mendapat mandat dan kepercayaan dari Dato Seri Najib.
Memang tidak boleh tidak pasti banyak hati yang terluka dengan pilihan tersebut.
Dato Seri Najib tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Cuma kenapa Ibrahim Ali dan yang bersamanya, yang terus menerus menyatakan sokongan pada BN tidak diberi peluang dan ruang seperti mana yang diperolehi Zulkifli Nordin?
Pada hemat aku, Ibrahim Ali dan geng-gengnya kena banyak belajar dari Zulkifli Nordin. Ada ilmu yang takde pada Ibrahim Ali tapi ada pada Zulkifli Nordin. Sehingga mampu memikat hati PM dan TPM.

Setakat ni seperti yang dilaporkan oleh berita, sokongan akar umbi pada Zulkufli Nordin amat kuat, utuh dan kukuh sekali.
Khalid Samad  pasti tidak boleh tidur lena kerana berhadapan pilihan yang setakat ini menerima sokongan kiri, kanan, depan dan belakang, atas dan bawah.
 Parlimen Shah Alam memang tempat yang sesuai buat Zulkifli Nordin. Tidak salah pilihan Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak.

Bekas YB Shah Alam kena berusaha lebih gigih, cekal dan tersusun. Calon yang beliau akan hadapi ini adalah calon terbaik setakat ini... hahahahha...
Emm.. hampir terlupa.. Ezam pun ok gak. Tapi tak senarai kerana tiada sokongan seperti mana yang diperolehi Zulkifli Nordin.
Usaha lagi pada pilihanraya seterusnya...

Ahad, 14 April 2013

KECEWA KERNA 'MUSTAFA ALI'

Ini barangkalinya antara kesan segera penyebaran video fitnah yang dikaitkan dengan 'Mustafa Ali, Hahaha padan muka!!!
baca kat SINI

Selasa, 9 April 2013

GEMPAR, KECOH DAN PENUH EMOSI...

Barangkali akan berlaku di banyak tempat. Tersusun, terancang dan seolah cuba menyatakan rasa sedih dalam hati..
Ahli parti kena berwaspada dan berjaga-jaga. hahaha..
Jangan sampai jadi begini.



Selasa, 2 April 2013

BILA AHLI NUJUMan BUAT RAMALAN

Setelah beberapa ketika dan waktu kehebatan dalam berkata-kata telah termasyhur serata alam dan pelusuk tanah melayu... Maka beberapa ketika selepas beberapa purnama termaklumlah pula tentang kehebatannya dalam membuat ramalan dan tilikan. Mengelupur dan terloncat-loncatlah kegembiraan parti pemerintah mendengar hasil nujuman ini dan teramat dukacita dan teramat hampalah parti barisan pembangkang sekeliannya hingga riuh rendahlah tangisan mereka itu :

SHAH ALAM –  Fenomena tsunami politik 2008 tidak wujud lagi malah masyarakat kini melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Respons tersebut diterima Hasan berdasarkan pemerhatian dan maklum balas daripada akar umbi sepanjang menjelajah ke seluruh negeri selepas dipecat dari parti pada  Januari tahun lalu.

“Imej pakatan pembangkang di sesetengah tempat termasuk kubu kuat mereka menerima respons begitu mendukacitakan termasuklah sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sendiri.

“Terlalu banyak isu besar yang menjadikan masyarakat umum dan pengundi khasnya tidak dapat menerima penjelasan dan justifikasi yang cuba dikemukakan pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH contohnya benar-benar telah memerangkap pakatan pembangkang hingga mereka tidak mempunyai jawapan yang munasabah untuk meredakan kemarahan dan bantahan umat Islam dalam hal yang menyentuh persoalan akidah ini.

“Sebahagian besar pengundi Melayu Islam khususnya merasa takut dan bimbang sekiranya keputusan PRU13 memihak kepada pakatan pembangkang. Jika ini berlaku, kebimbangan mereka akan jadi realiti.

“Para ulama dilihat begitu bersemangat mengemukakan pendapat dan pandangan keagamaan dengan meletakkan isu-isu agama di dalam perspektif yang betul tanpa dipengaruhi oleh pandangan  politik,” katanya.

Malah menurut Hasan, kerja keras dan pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil kira sebagai satu lonjakan sokongan kepada BN.

“Penduduk Kelantan sendiri terpaksa mengakui bahawa rakyat negeri ituperlu berubah agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Isu moral yang bertali arus melibatkan beberapa pemi mpin PKR khasnya telah menghilangkan sama sekali keyakinan rakyat terhadap PKR yang menjadi parti komponen pakatan pembangkang,” katanya.

Katanya, isu terkini melibatkan keselamatan negara yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dikatakan telah benar-benar menjadikan pimpinan pakatan pembangkang saling menuding jari di antara mereka.

“Peranan beberapa pimpinan tertinggi PKR dan keceluparan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menjadi faktor utama mengapa peristiwa Lahad Datu dianggap sebagai faktor yang dijangka akan mendorong para pengundi memberi kemenangan kepada BN,” katanya.
Oleh itu, Hasan berkata, pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusinya, Karpal Singh menggariskan potensi kemenangan pakatan pembangkang menguasai tujuh negeri  dan  115 kawasan Parlimen dijangka boleh menang mudah sebagai hanyalah satu ramalan bersifat ‘syok sendiri’.
sumber : sinarharian

Jumaat, 8 Mac 2013

APA KOMEN ZUL KULIM DAN APA ULASAN MUFTI PERAK?


Ini temubual terkini antara wartawan Penyebar fikrah raykat dengan Seorang Datok.
Wartawan :Datok... Saya ada soalan yang nak ditanya..
Datok : Ye Silakan.. Jangan segan dan jangan malu..
Wartawan : Apa pandangan datok tentang perkembangan terbaru politik malaysia?
Datok : Kita kena bersatu padu mempertahankan melayu dan kerajaannya.
Wartawan :Apa pula ulasan datok tentang kenyataan Bapa Saiful ?
Datok : eee.. saya tak mahu komen..kalau tanya pasal hukum tak mahu bersatu saya tahu la.. Itu dia punya pasal. Melayu mesti sokong melayu... ok ye..saya nak pi ngajar dah ni...
(untuk makluman : Datok ini mendapat gelaran kerana dapat cucu )

Ulasan dari YB Dato Zul kulim kena tunggu dalam akhbar utusan atau berita harian.
Begitu juga kalau nak dapatkan ulasan dari Sahibul samahah dato Mufti.

Isnin, 4 Mac 2013

ANWAR IBRAHIM ATAU DAP YANG ARAH?

Isu ini makin hari makin panas. Dengan jumlah kematian makin ramai, ianya terus membuatkan rakyat tertanya-tanya mana pi menteri pertahanan?

Mai baca keratan akhbar ini :


Adakah keratan akhbar ini benar/sahih atau telah di edit?
Sapa dapat bagitau surat khabar mana yang keluarkan berita ini dan tarikhnya?
Al-maklumlah sekarang ini banyak sangat khabar angin. Itulah yang rakyat kena cakna... usah layan khabar angin... tambahan yang tidak berasas...
Jika benar,adakah kenyataan ini dikeluarkan atas desakan Anwar Ibrahim  ker? Ntah2 atas paksaan DAP ?
Tersipu malu aaaa...
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban dikalangan angota polis beragama Islam...

Ahad, 24 Februari 2013

PENYEBAR FITNAH DIKALANGAN KITA...

Asalnya bukan niat nak buat fitnah, tapi secara tidak langsung/secara tak sedar telah menyumbang kepada tersebarnya fitnah. Orang yang terkena fitnah sensara dan teruji. tiap kesusahan dan keperitan yang ditanggung mereka yang kena fitnah hasil dari cepatnya tangan kita menulis.
Cepatnya mulut  kita menyampaikannya.
Bila kita dah mengaku sebagai orang yang beriman kenalah berhati-hati dan tidak terjebak dan terjerat dengan amalan fitnah dan menjadi punca ianya tersebar. Sahamnya akan turut kita nikmati!!

Fitnah pada akhir zaman seperti hujan. Mulianya kita bila lebih berhati-hati. Fitnah boleh berlaku dimana-mana jua. Dan amat bahaya bila kawan-kawan dan sahabat kita yang menjadi agen menyebar fitnah. Inilah antara punca kita turut tergugat untuk mempercayainya.
Gopoh dan rakus antara punca fitnah makin senang tersebar.
Lebih malang bila kita lebih cepat mempercayai berita yang disampaikan oleh individu yang kita tak kenal tentang hati budinya. Akhlak dan sikapnya dengan ahli keluarga, jiran tertangga dan masyarakat sekelilingnya. Bahkan kita langsung tidak tahu bagaimana hubungannya dengan Allah, dari solat 5 waktunya, solat berjemaah, solat sunat, puasa sunat dan sumbangannya pada Islam dan jamaah islam sendiri.

Moga-moga Allah memelihara kita dari fitnah dan menghindari kita dari terpalit antara penyebar fitnah...

Rabu, 20 Februari 2013

SAPA PUN BOLEH BACA...TANPA TAPISAN!!!

Berpesan-pesan kearah kebenaran dan kena cekal dan sabar dalam memberi igatan dan penerangan.
Sukar dan susah nak sabar dalam berjuang. Ada yang gagal mengawal perasaan dan tingkah laku. tidak sedikit yang  yang gugur ditengah jalan.
Apapun, kita sedaya mungkin berusaha mencari jalan mencapai rehda Allah...

 Sumber : SINI
Allah Taala berfirman di dalam al-Quran, bermaksud:

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah : ayat 195).

Makna bagi ayat "...mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" di sini ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam, nanti kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan, "...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah Taala, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.

Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Constantinople (Istanbul, Turki), tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai. Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani, menawarkan untuk masuk ke dalam pasukan tentera Rom yang ramai bersendirian walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan, "Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran; “...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan?"

Kebetulan di dalam peperangan tersebut ada seorang Sahabat Nabi yang umurnya telah menjangkau 80 tahun, namanya Abu Ayub al-Ansari RA iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah SAW berhijrah, unta Baginda SAW telah berhenti di laman rumah Abu Ayub sebagai isyarat Baginda memilih rumahnya untuk bermalam di situ sebelum Baginda memiliki rumah sendiri di kota Madinah. Abu Ayub telah tua ketika bersama tentera Islam dalam peperangan menentang Rom.

Apabila Abu Ayub al-Ansari mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata, "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa (pentakwilan yang menyeleweng). Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah Taala, iaitu ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya.”

"Maka berkatalah segelintir kami kepada segelintir yang lain. Kami berbisik sesama kami, dengan harapan hal itu tidak diketahui oleh Baginda Rasulullah SAW bahawasanya harta manusia sudah banyak; Kita ketinggalan dalam memajukan dan mengumpul harta benda kerana terlalu mementingkan jihad (di medan perang), kita tidak dapat menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik (kerana asyik berjihad).”

"Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam sudah ramai, maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, agar kita dapat mengatasinya semula.”

"Justeru, Allah Taala menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan, "...Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".


Abu Ayub RA adalah seorang Sahabat yang berani, sekalipun dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (Kota Constantinople) dan melarang tentera Islam membawa pulang mayatnya ke Madinah. Hal ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.

Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Constantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.

Akhirnya Allah Taala memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bahawa Baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.

Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia (Aya Sophia)yang besar itu berhasil ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini. Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.

Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub al-Ansari, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga ke peringkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.

Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah Taala, di hadapan matanya hanyalah balasan baik daripada Allah dan janji-Nya. Apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.

Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah.

Khamis, 24 Januari 2013

HARUN TAIB

TG Harun Taib merupakan seorang tokoh terkemuka dalam PAS.
Ada berita beliau nak keluar PAS. Mungkin nak masuk UMNO...hahahah... Lawak la pulak..

Mari baca apa kata Subky Latif :

TIDAK sama Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS dengan Tun Dr. Mahathir untuk meninggalkan parti atas apa sebab jua.

Telah timbul fitnah Ustaz Harun dikatakan telah keluar PAS atas sebab kenyataannya tentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu sebelum Ustaz Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mengenainya dikira tidak sama.

Bagi  Ustaz Harun ia tidak wajar. Bagi Presiden PAS itu pula ia boleh dengan syarat-syarat tertentu. Kiranya mereka berbeda pendapat atas isu itu atau mana-mana isu, maka biasalah ulama berpandangan atas perkara tertentu. Perbedaan pandangan atas sesuatu perkara bagi ulama tidak semestinya satu keburukan, bahkan ia ada kebaikannya selagi ia dibuat berdasarkan ilmu.

Jika perbezaan itu ada, tidak terfikir sesiapa Ustaz Harun dan Dato Dr. Haron Din akan keluar parti, malah isu kalimah itu telah dimantabkan oleh keputusan Majlis Syura Ulama yang sama-sama dianggotai oleh Ustaz Hadi, Ustaz Harun dan Dr. Haron.

Tidak sampai Ustaz Harun bertindak seperti Dr. Mahathir hendak berbalah dengan parti apabila tidak setuju dengan parti.

Apabila Dr. Mahathir kalah dalam PRU 1969, dia tidak dapat menerima kekalahan itu lalu dia berbalah dengan Tunku Abdul Rahman hingga kedua-duanya berbalas surat dan semua surat itu bocor. Akhirnya dia dipecat dari UMNO.

Apabila dia tidak setuju dengan kepimpinan Tun Abdullah Badawi tentang parti dan kerajaan, dia bertindak keluar UMNO dan menyerang pemimpin UMNO  dan Perdana Menteri yang menggantikannya. Sekarang tidak dipastikan dia sudah kembali atau tidak dalam UMNO.

Ustaz Harun belum jadi sepertinya. Ustaz Harun adalah seorang menerima tarbiyah sebagai ahli parti dan aktivis gerakan Islam sebelum beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS. Dan beliau pula adalah pemberi tarbiyah tetap kepada kader dan ahli parti.

Pernah berlaku krisis kepimpinan  PAS selepas ia ditendang dari Barisan Nasional hujung tahun 70-an. Pimpinan muda PAS masa itu seperti al-Marhum Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Hadi dan Ustaz Harun tidak meninggalkan parti bagi membentuk jamaah yang lain, tetapi bekerja membangunkan parti dari dalam hingga orang-orang yang bermasalah meninggalkan parti.

Dr. Mahathir kalah untuk menjadi perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan UMNO  antara sebab meninggalkan parti. Ustaz Harun kalah kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menjadi Timbalan Presiden PAS, tetapi tidak meninggalkan PAS, sebaliknya menerima perlantikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai anggota tambahan dan kekal sebagai ahli Majlis Syura Ulama.

Ustaz Harun  mengajar anak buahnya, apa nilai seseorang yang meninggalkan jamaah Islam? Amat rendah dan rosak maruah orang yang berbuat demikian. Maka tidak terfikir kita setakat ini tok guru boleh melanggar  ajarannya.

Bukanlah mustahil Allah mengubah hati manusia. Ada juga tok-tok guru di permulaan pembentukan PAS dulu meninggalkan parti, tetapi tidak ada yang terfikir setakat ini ia akan dilakukan oleh Ustaz Harun.

Ada pun timbul spekulasi dia keluar parti, adalah taktik dan strategi musuh untuk menggelabahkan parti yang selalu digunakan pada saat perang seperti menghadapi pilihanraya sekarang.

Bila orang tanya saya hal itu, saya tergelak. Reaksi saya  Ustaz Harun bukan macam Dr. Mahathir.
sumber : SINI

Sabtu, 12 Januari 2013

TAK BOLEH MASUK STADIUM.. SIAPA DALANG?

Mengikut khabar dari luar stadium, ramai yang tak boleh masuk.
Tiada kekecohan yang berlaku setakat ini.
Semua yang tak boleh masuk stadium semuanya akur dan tak membantah.
 Puncanya lewat sampai tu yang tak boleh masuk... Kenalah terima hakikat yang awal dapatlah masuk..

MAT SABU KECEWA...

Seandainya setiap perserta yang hadir akan dibayar rm30
Jika yang hadir 100,000 orang berapa yang harus Abg Mat Sabu nak kena keluarkan?
Memang kaya raya la dia kalau mampu bayar.
Tapi kalau jumlah yang hadir macam gambar kat atas ni..memang kecewa benarlah Abg Mat Sabu..
Keluarlah dalam berita muka depan esok... Hampa dan gagal... hahaha..

Jumaat, 11 Januari 2013

FENOMENA JAHIL DAN MENYERU ORANG LAIN TURUT JAHIL.

Jahil bererti bodoh.
Berada dalam kejahilan adalah suatu kerugian.
Berusahalah agar kejahilan tidak membelenggu diri kita.
Jika dulu jahil, biarlah kini jadi orang yang berilmu dan cenderung menuntut ilmu.
Jika dulu dan kini jahil, berusahalah jangan jadi jahil pada masa depan.
Usahlah jadi manusia yang jahil dan berusaha pula nak menjahilkan orang lain.
paling malang, tidak tahu dirinya jahil,bersungguh-sungguh nak kekalkan kejahilan malahan berbangga dengan kejahilan yang dimiliki.
Mudah-mudahan salah silap kita dari kejahilan, kita bersegera memohon ampun. Mencari ilmu dan kepahaman.


Mari kita baca serba sedikit penjelasan dari Tuan Guru berkenaan dengan Amanat.Bagi yang mahukan pencerahan lebih mendalam bolehlah membaca buku beliau :"Mukaddimah Akidah Muslimin"
Tapi sebelum tu, marilah kita baca apa kata guru kita Al-Alamah Dr Yusuf Al-Qardawi Al-Hafiz. Barangkali kita akan ketemu titik persamaan pada kata-kata beliau dengan Tg Haji Hadi.


Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Sumber : sini