Pengikut

Sabtu, 10 April 2010

TAUFIQ DAN HIDAYAH...

Ya Allah, kami memohon kepadaMu limpah kurnia dan ehsanMu, bukakanlah pintu hati kami agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayahMu, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat yang cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu.Jadikanlah permulaan hari ini segala kebaikan kepada kami.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat. Selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Bahagiakan kami, kurniakan kebaikan kepada kami didunia dan kebaikan kepada kami diakhirat, serta bebaskan kami dan jauhkan kami dari menerima siksa api neraka mu...
Amin ya Rabbal Alamin...

Jumaat, 9 April 2010

15 perkara penyebab datang bala Allah

“Daripada Ali bin Abi Tholib R.A. Rasulaullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka:
1-Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu sahaja,
2-Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan,
3-Apabila zakat dijadikan hutang,
4-Apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri,
5-Apabila anak derhaka kepada ibunya,
6-Apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya,
7-Apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya,
8-Apabila suara ditinggikan di dalam masjid,
9-Apabila orang yang menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di kalangan mereka,
10-Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
11-Apabila arak sudah diminum di serata tempat,
12-Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki,
13-Apabila artis disanjung dan dimuliakan,
14-Apabila muzik banyak dimainkan orang dan
15-Apabila generasi akhir umat melaknat dan menyalahkan generasi para sahabat” .

Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi.

SUJUD


Ciptaan Allah...

Khamis, 8 April 2010

HULU SELANGOR: SUNGGUH PERKASA BILA KAMBING TERSENYUM!!!

Geram dan tak puas hati. Itu rasa dan gelodak jiwa sebahagian orang.
Hati yg tengah marah-marah, kepala tengah panas meluap-luap kerana telepas peluang menjadi calon di Hulu selangor elok benar melihat dan memandang alam ciptaan Allah...

Ada pengajaran bagi orang yang nak ambil iktibar...






Jangan bimbang. Ramai yg nak jadi hero lepas ni!!!

Rabu, 7 April 2010

BAHAYA : JANGAN NAIK BOT YG MUDAH KARAM

Dalam politik,
Carilah parti yg kuat, utuh dan kukuh dasar perjuangannya...
Yang tidak terkeluar dari Orbit Islam...
bukan yg hampir karam atau yg mudah karam...



Tapi, tetap ada yg mencari haluan dan arah yg merosakkan diri sendiri.

Selasa, 6 April 2010

HARU BIRU...


Bila dunia makin tua...
Segala kedamaian makin hilang...
Jiwa resah bimbangkan keselamatan diri dan harta benda...
Tiada ketakutan bagi pelaku jenayah. Allah tidak campakkan rasa gerun pada hati penjenayah dan musuh...
Fikir jgn tak fikir...

Ahad, 4 April 2010

KENA RAMPAS ATAU KENA SITA?

Agak-agak kalau kat Negara Haram Israel karikatur macam ni kena rampas tak ye?
atau akan diberi lesen untuk mengedarnya?