Pengikut

Sabtu, 6 Mac 2010

GEMPAR!!!: MAI PAKAT TENGOK

Memang jarang kita dapat lihat katak tersenyum...


Giginya putih...
hati entah la?
pakat2 teka je la.
begitulah adanya....

FITNAH YG TELAH MELANDA...

Assalamualaikum.

Pernah diriwayatkan dalam kitab-kitab sirah nabawiyyah yang masyhur bahawa Sayyidatina 'Aisyah Radhiyallahu'anha telah ikut serta bersama-sama Rasulullah S.A.W dalam peperangan menentang Yahudi Bani Al-Mustaliq.

Peristiwa Bani Mustaliq ini juga merupakan satu peristiwa yang pahit kepada umat Islam yang menyentuh rumahtangga Rasulullah S.A.W dan ia juga menyentuh tentang isteri baginda yang mana 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha mendapat undian untuk mengiringi Rasulullah S.A.W dalam peperangan Bani Mustaliq kerana menjadi adat kepada Rasulullah apabila membawa isterinya musafir akan dilakukan pengundian dikalangan mereka.

Dalam perjalanan pulang berlaku perkara yang menjadi sebab kepada berlakunya fitnah yang disebarkan oleh kalangan orang-orang munafiq. Apabila Rasulullah berhenti pada suatu tempat, dan Sayyidatina 'Aisyah terus turun dari suqduf unta untuk qadha hajat, tiba-tiba kalung yang dipinjamkan dari saudara perempuannya tercicir, 'Aisyah pun kembali semula ke tempat beliau qadha hajat untuk mencari kalung yang telah tercicir. Kebetulan pada waktu itu pasukan tentera Islam telah sedia untuk berangkat, maka mereka yang ditugaskan untuk mengangkat suqduf ke atas unta tiada menyedari bahawa Sayyidatina 'Aisyah tidak ada di dalamnya, lalu pasukan tentera Islam pun berangkat meninggalkan Ummul Mu'minin Radhiyallahu 'Anha.

Apabila Sayyidatina 'Aisyah ke tempat untanya beliau telah mendapati bahawa orang ramai sudah tiada di situ, maka tiada jalan baginya pada waktu malam melainkan menunggu di tempat itu juga mudah-mudahan ada orang yang akan datang sehingga beliau tertidur.

Tiba-tiba salah seorang anggota pasukan tentera Islam yang bernama Safwan Bin Al-Mu'tal Radhiyallahu 'Anhu yang tabiatnya gemar tidur sehingga ditinggalkan oleh orang lain, apabila dia bangun dan bersedia untuk bertolak tiba-tiba telah terlihat seorang perempuan. Demikian alangkah terkejutnnya Safwan Bin Al-Mu'tal apabila beliau mendapati bahawa perempuan itu adalah Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah radhiyallahu 'Anha.

Safwan Bin Al-Mu'tal terus menurunkan untanya supaya dapat ditunggangi oleh sayyidatina 'Aisyah dan mengheret unta itu pulang ke Madinah Al-Munawwarah, dan mereka bertemu semula dengan dengan pasukan tentera Islam di Nahru Zahirah, maka terkejutlah orang ramai melihat kedatangan mereka. Setelah mengetahui perkara yang sebenar, mereka pun bercakap dengan cara yang layak baginya.

Tetapi Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mentaqdirkan suatu ujian yang pahit, apabila pemimpin munafiq atau bapak segala munafiq, 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul mengetahui perkara ini dan sedar bahawa inilah peluang terbaik baginya untuk melepaskan dendam dan bencinya terhadap Rasulullah S.A.W. Maka bapak munafiq ini telah mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk mencipta serta menaburkan fitnah yang amat dahsyat sehingga terdapat beberapa orang Islam terpengaruh dengan fitnah tersebut.

Pada peringakat awalnya, sayyidatina 'Aisyah tidak mengetahui fitnah yang disebarkan ke atasnya itu sehinggalah Ummu Mistah memberitahu akan hal ini kepadanya. Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhum berbelah bagi untuk menerima berita ini.

Adapun mengikut riwayat bahawa Sayyidina 'Ali telah mencadangkan kepada Rasulullah S.A.W menceraikannya sahaja secara menyindir dan tidak menabur fitnah. Adapun Usamah Bin Zaid Radhiyallahu 'Anhuma dan sahabat yang lainnya meminta supaya 'Aisyah dipelihara terus sebagai seorang isteri. Adapun Usaid Bin Hudir pemimpin Aus berkelahi dengan Sa'ad Bin 'Ubadah apabila Usaid mahu membunuh 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul bapak munafiq yang menabur dan menyebarkan fitnah ini, sedangkan Sa'ad dari qabilah yang sama dengan 'Abdullah Bin Ubai membelanya.

Adapun Rasulullah S.A.W mendiamkan diri. Sayyidatina 'Aisyah pula merasakan bahawa sikap Rasulullah telah berubah hati terhadapnya, lalu Sayyidatina 'Aisyah telah meminta izin untuk ulang ke rumah orang tuanya iaitu Abu Bakar As-siddiq Radhiyallahu 'Anhu.

Adapun tiba-tiba Rasulullah telah pergi menemui Sayyidatina 'Aisyah Radhiallahu 'Anha di rumah Sayyidina Abu Bakar, setelah bertasyahhud maka Rasulullh S.A.W pun bersbda ;

"Wahai 'Aisyah...!!! sesungguhnya telah sampai kepadaku berita tentangmu. Jika sekiranya kamu seorang yang bersih dari fitnah itu maka Allah akan membersihkanmu, jika sekiranya kamu mengerjakan dosa maka mohonlah ampun dan bertaubatlah kepada Allah, kerana seseorang hamba itu apabila mengaku dosanya kemudian dia bertaubat kepada Allah nescaya Allah maha menerima taubatnya."

Sayyidatina 'Aisyah terus menangis sehingga kedua-dua orang tuanya memaksa sayyidatina 'Aisyah menjawab, lalu beliau menjawab ;

" Demi Allah...!!! Aku telah mendengar berita itu dan kamu juga mendengarnya, supaya puas hati kamu maka aku suka menegaskan bahawa sesungguhnya aku masih bersih daripada fitnah itu dan Allah Maha Mengetahui bahawa aku masih bersih tetapi kamu tidak mahu mempercayainya. Jika sekiranya aku mengaku seperti itu, Allah Maha Mengetahui aku ini tida bersalah nescaya kamu mempercayainya. Demi Allah...!!! Aku tidak ada apa yang hendak dikatakan melainkan seperti yang pernah diucapkan oleh Nabi Yusof 'Alaihissalam : Sabar itulah yang paling baik dan Allah sahaja tempat meminta pertolongan di atas apa yang kamu sifatkan terhadapku ( Yusuf: ayat-18) "


Akhirnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala menurunkan wahyunya bagi membela dan membersihkan 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha daripada sebaran fitnah dan tuduhan oleh orang-orang munafiq dalam firman-Nya yang bermaksud ;

11) Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ( fitnah kepada 'Aisyah ) ialah segolongan dari kalangan kamu ; janganlah kamu menyangka ( berita yang dusta dan palsu ) buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu, tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ).

12) Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-rang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka terhadap diri mereka sendiri dan berkata ' ini adalah tuduhan yang dusta yang nyata.

13) Sepatutnya mereka ( yang menuduh ) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu, oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi, maka mereka disisi hukum Allah, adalah orang-orang yang berdusta.

14) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

15) Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya, dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

16) Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata ; tidak layak bagi kami memperkatakan hal ini...!!! Maha Suci Engkau ( Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli bait Rasulullah ) ini adalah satu dusta besar yan amat mengejutkan.

17) Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

18) Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan ( hukum-hukum-Nya ); kerana Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana. -( Surah An-Nur ayat 11-18 )

Apabila ayat-ayat ini dibacakan kepada Sayyidatina 'Aisyah maka kedua-dua orang tuanya menyuruh 'Aisyah bangun untuk menghormati Rasulullah S.A.W. Tetapi 'Aisyah menjawab ; "Demi Allah...!!! aku tidak bangun padanya, dan aku tidak mahu memuji selain Allah sahaja "

Demikian setelah berlakunya fitnah ini maka dijatuhkan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali kepada beberapa orang yang menyebarkan fitnah dikalangan lelaki dan perempuan, tetapi 'Abdullah Bin Ubai dibiarkan keran telah cukup kepadanya janji daripada Allah untuk menyeksanya di hari pembalasan dan kerana ingin mengelakkan fitnah yang lebih besar.

Jumaat, 5 Mac 2010

SOKONG MEMBAWA REBAH?

Kita lihat gambar ini dan agak2 ini kes apa ye?
Ini kes takde WALA' atau hilang SHIQQAH?
atau hanya sekadar TAQIYYAH (helah memelihara diri)???

Khamis, 4 Mac 2010

GEMPAR!!! : SPESIS APA INI?

Dalam minggu ni, Kat Tanah Airku tercinta, banyak peristiwa hangat yg menggemparkan berlaku. Macam-macam cerita kedengaran... Dari utara hinggalah ke selatan.

Tapi ini lagi gempar dan lebih dahsyat. Spesis katak baru telah ditemui. Kat mana entah la... maklumat yg diterima tidak menyeluruh dan agak mengelirukan. Kena selidik lebih mendalam...
Macam mana agaknya bila ia melompat?
mungkin sukar dikesan dan tidak menentu arah lompatannya.

Soalnya, bila jumpa spesis ni nak jatuh hukum macam mana ye?
Kalau tersentuh kena samak gak ker? sapa ada komen atau hujjah?

Rabu, 3 Mac 2010

BOLEH JADI CONTOH KE?

Musim sekarang, hampir tak kenal lagi siapa musuh, siapa kawan. Ramai sangat yg tikam depan, belakang, kiri, kanan, bawah dan atas. Masing2 mengaku berprinsip dan beramanah.

Kata cendiakawan dulu-dulu dan cerdik pandai sekarang :
"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setitik jadikan selaut. Sekepal jadikan segunung.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :
Bekerjasamalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat keras siksaNya”

Berdasarkan maksud ayat Al-Quraan tersebut, agama Islam menghendaki umatnya agar bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal-hal kebajikan dan sebaliknya melarang kita bantu-membantu dalam melakukan kejahatan serta bermusuh-musuhan.
Soalnya, mana yg menjadi pilihan?
Ada iman, pasti jalan takwa menjadi pilihan.

NAK HIDUP

Bila dan terdesak, boleh je guna apa yg patut...

Kreatif gitu...

NAIK AJE...

Harga ikan naik hari ini je...
Esok tak akan naik lagi...
Kalau naik jugak, rakyat digesa membela ikan sendiri.Boleh tingkatkan pendapatan dan menampung beban perbelanjaan yg makin meningkat.
Soalnya nak bela kat mana?
ikut suka la kat mana pun. Fikir la sendiriiii...kata abg Nabill

Selasa, 2 Mac 2010

TENSION ? DINGINKAN HATI DAN KEPALA DENGAN INI...

Assalamualaikum.
Kemarin dan semalam masing-masing punya cerita panas. Kita dengar buat hati jadi panas, kepala pun naik panas...
Prinsip punya cerita atau perut punya hal, semua yg arif dah tahu apa jawabnya. Masing2 punya penilaian. Ini kes takde WALA' atau kurang SHIQQAH...
Jom sama2 kita mendengar dan menghayati bacaan dari Syeikh hebat ini: Mudahan dapat hidayah dan petunjuk sepanjang hayat dan zaman.
video

Ahad, 28 Februari 2010

DEGIL TAK BOLEH AJAR? PERUT PUNYA PASAL.

Assalamualaikum.
Isu lama,
tapi yg dok menyokong dengan cara membeli dan menjadi pelanggan setia serta tak lansung ambil berat soal ni adalah dikalangan org Islam gak.
Yg peliknya, pelbagai kempen dan penerangan sudah diberikan oleh mereka yg ada kesedaran tentang wajib dan sewajarnya ummat Islam mengambil berat soal permakanan Halal lagi baik. Halal pada semua unsur.Baik dari semua sudut.Bebas dari sebarang syubhah.Tapi Ummat Islam masih lagi tak sedar2 dan buat2 tak sedar. Alasannya macam2. Tak senarai la kat kat sini. Masing2 ada alasan.
Apa yg penting kita jgn sekali menjadi pendokong dan penyokong barangan buatan Yahudi atau yg seangkatan dengannya. Apatah lagi kita ada pilihan. Jika sekiranya kita tidak ada pilihan lain itu tak menjadi persoalan.
#-Adik jgn isap rokok ye...kata ayah. Pak pun isap? Pak ku contoh terbaik, kata anak smbil tersenym bangga.

Apa yg lebih menyedihkan, kalangan kita yg lantang dan sering melaungkan perubahan pemikiran, perubahan sikap, perubahan gerak kerja dan mcm2 lagi perubahan adalah mereka yg terkial2 membeli dan menjadi pelanggan setia barangan buatan Yahudi.

"Kita adalah pembela Islam, Kita adalah pejuang yg akan berusaha selagi ada hayat akan berjuang bersungguh melawan musuh laknatullah, Kita akan perangi segala bentuk ketidakadilan dalam masyakarat, kita akan tentang segala bentuk ancaman musuh..." Tapi kat tangan terselit rokok buatan Yahudi n Amerika atau dari seberang. Apa ini?
Kat telinga terselit batang rokok yg menanti masa untuk dicucuh. Kat mulut mengunyah MD , atau KFC yg bertanda halal, atau Bebola ikan tak berjenama. Isteri kita masih lagi membeli mee yg entah tangan2 mana yg mengadunnya.
Isteri kita masih membeli bebola,NUGGET dan fish cake jenama bukan Islam. Anak2 kita masih lagi membeli makanan ringan yg jelas kabur status halalnya. Gula-gula yg diimport dari cina turut menjadi pilihan kita untuk diberi hadiah atau hamper pada majlis2 keraian.Yg penting murah dan mudah.Soal halal dan haram bukan lagi menjadi perhatian.Apa peduli... Yg penting kami adalah penyokong parti Islam, Kami penyokong perubahan. Soal makan kami tak kisah. Apa yg penting kami makan apa saja yg mudah dapat dan kami punya tenaga untuk berjuang. Bergegar2 pentas ceramah, bergegar2 keyboard menaip artikel tentang politik dan isu semasa. APA punya cerita ini????

Perut tak jaga, mulut tak jaga, darah yg mengalir dalam tubuh tak jaga. Bila masa nak datang pertolongan dari Allah? Bila masa Allah nak makbulkan Doa. Kan Nabi dah sebut, Doa akan tertolak dengan sebab pakaian yg dipakai, makanan yg dimakan dari sumber yg haram....
Sama2 kita ambil pengajaran. Kita jadi Ummat Islam yg lebih ambil berat soal makan.
Kita semua dah tahu pasal sejarah para sahabat yg sentiasa memelihara permakanan demi mendapat redha Allah jua.
Di mana kita??
Nak atau tak nak?
Masing2 ada hujjah dan pandangan masing2.
Apa yg utama: Al-Quran dan Sunnah Nabi adalah Hujjah paling benar.
#-Duit anda, hak anda, tapi jgn bagi saham kat Yahudi laknatullah.


Oleh itu: Jgn la sokong dan pakat beli lagi barangan yg telah sedia maklum tentang sokongan mereka pada Negara Haram Yahudi. Begitu juga barangan yg bercampur dengan benda2 haram.
Kisah barangan haram : rujuk sini.