Pengikut

Jumaat, 4 Disember 2009

JAHAT SANGKA DAN HASUT MENGHASUT

Assalamualaikum.
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian boleh membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda masyarakat.

Perkara2 yg boleh mendatangkan keruntuhan ummat:
1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.
3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.
4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
5. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

Oleh itu orang-orang Islam hendaklah hidup berbaik-baik dan hormat menghormati di antara satu sama lain serta mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama.

Sekian. Wassalam.

Khamis, 3 Disember 2009

MEROBOH RANGKAIAN PENINDAS

....Media adalah senjata yang boleh membunuh dengan mudah fikiran manusia. Sebab itu protokol Zionis menjadikan media sebagai alat utama membentuk persepsi manusia. Islam juga menyedari peri pentingnya peranan media, lantaran itu ayat surah Hujurat memberi panduan dalam penyebaran berita khususnya ayat 10. Tak cukup dengan itu, peristiwa Hadis al Ifk berkaitan kisah fitnah terhadap Aisyah dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran untuk di hadam oleh umat Islam khususnya penulis dan penyambung berita seperti blogger.

Islam mengajar kita menulis dengan tanggungjawab bahawa kita akan menjawab dan menanggung segalanya di akhirat. Menulis bukan mencari glamer dengan mengorbankan segala prinsip dan kira bicara akhirat. Jauh sekali menulis dengan fitnah jua membangkitkan kembali fitnah.ini adalah asas paling minimum bagi seorang muslim...

baca seterusnya di blog : anak sengat

Rabu, 2 Disember 2009

NAK JADI HERO? JGN SAMPAI BINASA DIRI!

Assalamualaikum.
Baca jgn tak baca. Sebagai ingatan mudahan kita tak mudah alpa:
Kesimpulan :
Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:

a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.

Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.


Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.


Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.
Dipetik dari: tranungkite.net

Selasa, 1 Disember 2009

RXZ VS NISSAN

Assalamualaikum.

Kemalangan ngeri ini berlaku depan mata,sewaktu singgah makan malam dlm perjalanan balik perak.RXZ bertembung dengan van nissan.


Melambung penunggang RXZ jatuh dalam parit tepi jalan,terbenam dalam selut. Tiada kematian, cuma patah n cedera parah dibahagian muka penunggang RXZ.



Berhati2 dijalan raya. Doa jgn lupa...
sekian, wassalam.

Isnin, 30 November 2009

NOSTALGIA

Assalamualaikum.
Perjalanan dari Kampung setelah pulang berhari raya Aidil Adha memang memenatkan. Bukan sebab penat berhari raya, tapi penat menghadapi kesesakan yg melanda lebuhraya utara selatan.

Bayar tol mahal, tapi sesaknya amatlah mentensionkan seluruh jiwa dan raga.Pergerakan kenderaan macam siput je... kalau naik basikal lagi cepat sampai rasanya. Ujian betul...