Pengikut

Sabtu, 5 Jun 2010

KAKI KENCING


Kalau dah kaki kencing,
kat mana-mana pun dia tetap dengan perangainya itu.
Memang sukar nak dikawal...

Jumaat, 4 Jun 2010

KETUA PEMUDA :DENGAR, PATUH, TAAT DAN JANGAN ULAS APA-APA..

Tauladan yg baik. Berkerja bukan kerana mengejar jawatan. Tapi dengan penuh ikhlas, jujur dan penuh tanggungjawab.
Baca cerita ini :
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa penyokongnya dalam pergerakan tersebut supaya berhenti mengulas mengenai beliau tidak dilantik menganggotai kabinet dalam rombakan terbaru kelmarin dan sebaliknya meminta mereka memberi tumpuan kepada tugas masing-masing.

"Terima kasih kerana menunjukkan sokongan tetapi jalankan tugas masing-masing dan jangan terpesong dengan hal ini," kata Khairy kepada Malaysiakini.

"Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)," tambahnya.

Khairy menegaskan demikian sebagai mengulas komen beberapa pemimpin Pemuda Umno negeri yang menyatakan kecewa apabila pemimpin mereka itu sekali lagi tidak dilantik menganggotai kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib memecah tradisi Barisan Nasional (BN) apabila tidak melantik ketua Pemuda Umno yang juga merupakan pengerusi Pemuda BN, menganggotai kabinet.

Sebaliknya, Najib melantik timbalan Khairy - Datuk Razali Ibrahim - dan Datuk Mukhriz Mahathir, yang tidak mempunyai jawatan dalam pergerakan itu, sebagai timbalan menteri.

KJ tidak kecewa

Khairy berkata, beliau tidak merestui pandangan para penyokongnya itu, sambil menambah bahawa mereka telah tersasar kerana perdana menteri mempunyai hak budibicara untuk memilih anggota kabinetnya.

"Tentu saja satu atau dua daripada (pemimpin negeri) berkenaan membuat komen atas keyakinan mereka sendiri, jadi tiada apa yang boleh saya lakukan," katanya.

Khairy juga menolak pandangan beberapa pemimpin Pemuda Umno negeri bahawa ketiadaannya dalam kabinet menjejaskan moral pergerakan tersebut.

"Ini hanya akan berlaku sekiranya anda membiarkannya berlaku, dengan memperbesar-besarkannya. Rakyat menyokong kita kerana apa yang kita lakukan, bukannya sama ada kita memegang jawatan dalam kerajaan, "katanya.

Oleh itu, katanya, beliau tidak merasa kecewa kerana 'sekali lagi ketinggalan kapal' tetapi akan meneruskan tugas-tugasnya.

"Saya tidak mengharapkan apa-apa, saya cukup jelas tentang apa yang saya perlu lakukan dan bukan tentang mendapatkan jawatan kabinet," katanya.
sumber : malaysiakini.com

Rabu, 2 Jun 2010

PECAH BELAHKAN KESATUAN MEREKA!!!


Seluruh Ummat Islam sentiasa memohon dan menadah tangan meminta pertolongan Allah diwaktu senang dan susah, diwaktu sukar dan tenang.
Bilamana saudara kita menerima tekanan dan penyiksaan diseluruh pelusuk dunia tentulah kita yg sama agama akan terasa dan antara tindakan kita adalah dengan membaca qunut nazilah :

“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.

Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agama (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghout dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam. Ya Allah kami serahkan leher-leher musuh kami (kepadaMu) dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan himpunan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai tuhan yang maha gagah, wahai tuhan yang maha keras, wahai tuhan yang maha membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Ya Allah, wahai tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai tuhan yang menjalankan awan, wahai tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah hancurkan Amerika dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan Yahudi dan sekutu-sekutunya.


Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, ‘Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila baginda mengucap Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada di perkampungan Bani Sulaim, dan jemaah di belakang baginda mengucapkan amin.

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud(1), Ibnul Jarud(2), Ahmad(3), al-Hakim dan al-Baihaqi(4). Dan Imam al-Hakim menambahkan bahawa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus para da’i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tetapi mereka membunuh para da’i itu. ‘Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan. (Lihat Irwaa-ul Ghalil II/163)

Isnin, 31 Mei 2010

DACING ISRAEL




Jangan la sama sekali sokong dacing yahudi...
Jangan la sama sekali cenderung nak sokong atau bercita-cita nak sokong puak jahat ini..
Jangan la sokong para tali barut Israel yg berada diseluruh dunia dan ada disegenap ruang rumah kita.
Jangan la harapkan keadilan dari mereka ini...
seruan tambahan : Jangan sokong judi!!!

MELAWAN SEHABIS DAYA!!!


Bila dah berhadapan dengan situasi begini, memang tak boleh tidak kenalah berjuang sehabis daya demi meneruskan kehidupan.
Pernahkah kita terpikir, bagaimana banyak dan tingginya jasa Abu Talib, bapa saudara nabi yg begitu banyak jasa dan pengorbanannya dlm mempertahankan Nabi Muhammad SAW?
tetapi bagaimanakah kesudahan beliau?
Ambillah iktibar dan pengajaran.
Alangkah beruntungnya jika sepanjang hayat kita, banyak jasa dan sumbangan yg diberikan pada perjuangan ISlam dan menjadi antara pembela agama Allah. Dan kita mati dalam keadaan Muslim.
Alangkah ruginya jika sebaliknya... Begitulah Abu Talib...

Ahad, 30 Mei 2010

MUNGKIN NAIK : MUNGKIN TAK MEMBEBANKAN?


Ini kes "mungkin" belum tentu naik dan pasti tak turun.
Apapun, ianya pasti tidak membebankan rakyat. Maksud rakyat di sini ialah rakyat yg banyak duit. Yang takde duit, kenalah makin berjimat cermat demi untuk dapatkan lesen memandu. Nak lahirkan pemandu yg berkualiti kenalah bayar lebih... yg penting masyukkkkkkkkk...

TAPAH: Kos untuk belajar memandu mungkin akan dinaikkan berikutan pengenalan kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata kenaikan kos itu tidak dapat dielakkan dalam usaha JPJ mewujudkan kurikulum pembelajaran memandu yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemandu di negara ini.
"Saya jangka akan berlaku kenaikan (kos) sebab kita mahu menuju kepada kualiti latihan yang lebih baik. Kalau kita tidak mahu pemandu yang tidak berkualiti, yang tidak mempunyai pemanduan berhemah, cermat dan bersopan santun, kita kenalah bayar lebih sedikit (untuk latihan memandu)," katanya kepada pemberita selepas menutup program ''Satu Komuniti Satu JPJ'' di sini hari ini.
Seramai 585 masyarakat Orang Asli turut menerima lesen memandu B2 pada majlis ini.

Solah menjangkakan kenaikan kos berkenaan akan menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat, namun beliau menegaskan bahawa negara masih menenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru ke arah menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.

Solah berkata menerusi kurikulum baru, jumlah waktu belajar memandu akan turut mengalami perubahan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah waktu baru yang akan ditetapkan.

"Kita juga akan mengajar mengikut jenis kenderaan yang mereka (pelajar mamandu) mahukan. Kalau mereka mahu kenderaan jenis manual, kita akan ajar cara mengendalikan kenderaan manual, kalau mahu kenderaan automatik, kita akan ajar memandu kenderaan yang berautomatik," katanya.

Katanya pemegang lesen memandu P (percubaan) juga perlu mengambil ujian khas untuk memperolehi Lesen Memandu Kompeten (CDL) selepas ini dan bukan memperolehinya secara automatik seperti sekarang.

"Kita juga akan memperbaiki lagi cara untuk mendapatkan lesen Public Service Vehicle (PSV) dan Good Driver''s License (GDL). Ini antara beberapa perubahan yang kita hendak laksanakan. Kita kini dalam peringkat akhir untuk mendapat persetujuan pihak Kementerian Pengangkutan," katanya. - Bernama
bacaan lanjut kat sini

"KAMBING MAKAN RUMPUT"



Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya...
Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang.Setiap benda dlm Bahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer...." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?