Panas, hangat dan makin terserlah syaitan yang dikenali...
Mana yang jahat jangan la tiru atau terikut-ikut.
Kaki Songlap, tindas, makn duit haram rasuah adu domba dan macam-macam lagi seperti mana yang DIKENALI...
Ini kisah orang parti yang menindas menurut Pemuda Umno ni..
Parti mana ye? PAS?PKR? DAP? tak pun PEKEMBAR?
Mai baca cerita panas ni..
BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta
menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa
berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat
dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM
supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti,
malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh
pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan
segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu
memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih
kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan
ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang
ramai supaya kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada
Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno
itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut bertukar
milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak
rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat
tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi
‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat
tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain
bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu
teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata,
laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk
membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir
ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan,
memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama
lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat
sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi
melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang
berintegriti dan amanah,” katanya
sumber : SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan