Pengikut

Jumaat, 2 Mac 2012

"Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah.

Setiap diri yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Setiap umat pasti ada ajalnya.
Setiap kerajaan ada mulanya dan ada akhirnya.
Tiada yang kekal selamanya.
Samada berkesudahan 'Husnul Khatimah @ su' khatimah.

Ini cerita tentang SBPA :

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.
Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.

“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.

Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.

Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.

Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
sumber : sini

Rabu, 29 Februari 2012

KHALID SAMAD, HARUN TAIB, HASAN ALI DAN ANWAR...

Nama Parti : PARTI ISLAM SEMALAYSIA.
Sumber rujukan Al-Quran,Sunnah, Ijmak dan Qias.

Berita kat bawah ni berita benar atau ada kesilapan dalam laporannya?
Harakahdaily masih belum keluarkan berita ini setakat waktu ini.
Seandainya berita ini benar dan telah dikeluarkan, Adakah Dewan Ulama, Majlis Syura setuju dengan cadangan ini? "Sebab disebut PAS bersedia untuk mengisi". Maknanya akan datang kebarangkaliannya ada...
Khalid samad? Hasan Ali?
Pakat menjawab la pasni...


SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.

Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.

“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.

Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.

Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

sumber : SINI

Isnin, 27 Februari 2012

AZIZAN RAZAK TIADA MASALAH UNTUK PATUH

Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak ada masalah nak kekalkan semua Exco.
Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 EXCO kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai EXCO," ujar beliau.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata terpulang kepada Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sama ada mereka mahu kekal sebagai EXCO kerajaan negeri atau tidak.

Katanya, beliau tidak dapat memastikan bahawa kedua-dua EXCO itu akan kekal walaupun Jawatankuasa PAS Pusat sudah memutuskan bahawa semua EXCO kerajaan negeri Kedah akan kekal untuk tempoh setahun lagi.
Beliau berkata, walaupun Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan semua 10 EXCO itu kekal, namun ia tetap terpulang kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail.
"Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 EXCO kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai EXCO," katanya di sini hari ini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum esok.

SUMBER : SINI

KELUAR DARI LUBANG NAJIS... NAJIS KE?

Memang banyak lagi minuman yang halal lagi baik dan berkhasiat .
Tapi dalam masa yang sama masih lagi teringin nak minum kopi musang (tahik).
Apa pandangan agama dalam soal ini?
Mari sama-sama kita meneliti apa yg diputuskan oleh Majlis Fatwa dalam muzakarah mereka ;

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
sumber : SINI

Ahad, 26 Februari 2012

KEJUTAN AZIZAN RAZAK :TAK CUKUP TAK PA, JANGAN LEBIH...

Muka depan aje berita tentang Kedah 2,3 hari ni.
Panas dan meluap-luap. Nak tunggu berita sah dari harakahdaily? lambat dan kadang-kadang tu macam takde yang nak tolong kemaskini..
aku pun terbaca berita ni:

Hanya Lapan Exco Angkat Sumpah Selasa Ini - Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR, 26 Feb (Bernama) -- Hanya lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini, berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata lapan individu terbabit bukan muka baru.

bacaan lanjut kat -- BERNAMA



*YB Dr Ismail Salleh ni tak tau la samada terima@tolak..