Pengikut

Sabtu, 10 Julai 2010

AKSI HEBAT SEMPENA MENANTI PERLAWANAN AKHIR...


Semangat yg berkobar-kobar. Sanggup mempamerkan aksi terbaik demi menjulang kejuaraan...

Jumaat, 9 Julai 2010

PAM WANITA INI DALAM MANGKUK!

Ulasan : Memang banyak kelebihan pada wanita ini dan yg pernah buat kerja macam ni.

Memang lebih...
"Lebih hina,lebih jahat, lebih buruk dan macam2 lagi kelebihan yg tak terungkap dengan kata2. Binatang pun tak bersikap sedemikian.
Maha benarlah firman Allah tentang kejahatan manusia ini mengalahkan binatang.
Patutnya wanita ini yg kena pam dlm mangkuk tandas.
Baca kisah ini :

NEW DELHI: Seorang wanita India yang melahirkan bayi dalam tandas sebuah pesawat penumpang antarabangsa cuba mengepam bayinya itu ke dalam lubang tandas.

Bayi terbabit ditemui tersangkut dalam lubang tandas selepas pesawat terbabit mendarat di Amritsar, utara India dan dikejarkan ke hospital bersama mangkuk tandas, kata polis dan doktor kepada Press Trust of India.
Seorang doktor di Hospital Escort berhampiran lapangan terbang itu, H.P Singh berkata sepasukan doktor bedah terpaksa menggunakan pemotong untuk mengeluarkan kepala bayi terbabit daripada mangkuk tandas.
Ibu berusia 22 tahun itu dilaporkan meninggalkan pesawat sebaik saja ia mendarat, tetapi ditahan di lapangan terbang selepas krew kabin Turkmenistan Airlines menemui bayi terbabit.

Doktor dan hospital berkata bayi terbabit dalam keadaan kritikal.

Akhbar melaporkan ibu terbabit, pelajar perubatan yang tidak berkahwin pulang ke rumahnya selepas menamatkan pengajian di luar negara.
Sumber : kat sini

*-Binatang tak mampu mengatasi kezaliman manusia

Khamis, 8 Julai 2010

MALAM JUMAAT : INI DAH KES BERAT, MASA TAK SESUAI!

Isu pendidikan seks hangat diperdebatkan waktu ini.
Adakah ianya sesuai dilaksanakan di sekolah?
Isu-isu keruntuhan moral, kes pembuangan bayi, rogol, zina dan lain-lain lagi, sering dikaitkan dengan tiadanya pendidikan seks di sekolah...

Adakah pendidikan seks yg diperlukan atau pendidikan yg berkaitan dengan akidah, syariah dah akhlak serta yg berkaitan dengan moral yg perlu di perkemaskan dan di terapkan dengan lebih mendalam dalam diri dan jiwa-jiwa setiap pelajar?

Apa yg jelas, soal akidah, syariah dan akhlak ini kurang diberi penekanan dlm pendidikan. Belajar sekadar nak lulus exam semata2.
Penghayatan dan amalan memang kurang dititikberatkan...hasilnya?
Begitulah adanya..
*-Ini kes silap pelajar atau guru?

Rabu, 7 Julai 2010

GAYA ANTARA BENUA...


Inilah gaya ku...Bukan untuk ditiru atau menjadi tauladan, Sekadar mencari makan...

Selasa, 6 Julai 2010

TEMPAT DI ANTARA BUMI DAN LANGIT


Nak beli tanah tak mampu, nak beli rumah pun masih tak berdaya..makin hari makin mahal harganya..
Apakan daya...Inilah saja yg lebih jimat dan berbaloi-baloi...
Bersyukur atas nikmatnya...

Isnin, 5 Julai 2010

TERINGIN SANGAT NAK NAIK...


Mungkin heboh tentang perkhidmatannya yg cemerlang dan penuh disiplin, hingga menarik minat mereka ini untuk mencuba pengangkutan awam...
Belum cuba belum tahu...
dah tahu baru ulas...

Ahad, 4 Julai 2010

KUAT BERHUTANG DAN LIAT BAYAR HUTANG...

Penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah.Begitu juga pasal suka berhutang dan liat membayar hutang...

Oleh itu memang wajar setiap ummat Islam mengamalkan doa ini bagi menghindari penyakit jiwa yg memang ada pada setiap diri manusia...

Antara doa yg diajar oleh Nabi Muhammad SAW :

"Diriwayatkan daripada Annas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud :
Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh"
(Riwayat dari Muslim)