Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2011

SENYUM: ADA MAKNA...KETAWA : JENAKA MENCUIT HATI

Betui ka ada makna?
Nak tahu apa maknanya kenalah temuramah beliau.
Samada senyuman itu ikhlas atau terpaksa, yang mampu memberi jawapannya adalah empunya diri yang pasti lebih arif dan tahu..
Bagi yang melihat, hanya sekadar menilai dan mentafsir. Adakalanya tafsiran itu betul dan tepat. Dan ada waktunya penilaian tersasar dan pentafsiran ternyata betul-betul meleset dan diluar jangkaan..

cerita kat SINI ada gak.


*Ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. - Foto M. Azhar Arif/The Star

Khamis, 29 Disember 2011

HASAN ALI NAFIKAN LA PULAK?

Tak tau nak ulas apa..
Pakat baca kat sini...
Pastu kita buat kenduri sembelih lembu..
Baca kat SINI

Isnin, 26 Disember 2011

MERUNGKAI MISTERI DAN AGENDA...

Aku sering lalai, leka lupa dan alpa.
Oleh itu aku kena sering menghadapkan wajahku pada pencipta langit, bumi dan segala isinya.
Doa merupakan senjata orang mukmin.
Menadah tangan ketika senang, susah, gembira dan ketika sedih...

Sama-sama kita berdoa moga Allah limpahkan kurniaannya pada kita semua yang amat memerlukan limpah rahmat Allah taala...

  • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.




*Gambar hiasan

Sabtu, 24 Disember 2011

BURUK, BUSUK MAKIN TERDEDAH, IA DAH JADI BERULAT...

Ibarat kentut dengan taik, tak boleh dipisahkan lagi...
Usah diragukan lagi,
Memang terbukti dari dulu dan kini.
Busuk hingga ke usus, seperti kata Dr Mahathir.
Dan sudah sampai masa kehancurannya..
Usahlah berpaling lagi wahai KITA.

cerita kat SINI


*Hiasan je.Mata buta bila dunia jadi matlamat. Busuk,buruk, berulat sokong tetap sokong...

Jumaat, 23 Disember 2011

JANGAN JADI HABUAN SERIGALA!!!

Wahai diriku...
Jangan belagak pandai hanya kerana ada gelaran Dr, Prof, MA, BA ,STPM, SPM, PMR atau upsr dapat semua A.
Jangan anggap diri tahu segalanya dan segala yang terluah dari bicara dan tindakan diri adalah yang yang terbaik dan terbetul.
Semangat bukan main berapi-rapi, tapi takde ilmu pastu tak paham dan lambat paham. Memang bermasalah dan akan membuatkan orang lain turut terpalit sama.
Ilmu bukan main hebat, tapi adab dan akhlak macam hampeh, memang bakal kena baham musuh secara sedar, separa sedar atau memang tak sedar diri.

Bukan Dr Hasan Ali je kena paham molek, pemimpin-pemimpin lainnya, dan aku sendiri kenalah baca dan paham : Mudah-mudah Dr Hasan, para pemimpin dan aku dapat mengelak dari kena baham dengan serigala...

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

مَنْيُرِدْاللَّهُبِهِخَيْرًايُفَقِّهْهُفِيالدِّينِ

Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya... Bacaan lanjut kat SINI




*Gambar hiasan



Rabu, 21 Disember 2011

CARI JALAN KELUAR...@ CARI MAKAN KENA KELUAR?? HEHEHE

Riuh seluruh alam.
Malam esok ada lagi suaranya berkumandang kat tv.
Sapa yang kena?
Tiada yang betul melainkan perjuangannya.
Keputusan jamaah adalah tersasar dan hilang arah,
hehe, nak lari takut baiah makan diri.
Sikit demi sedikit hinggalah tiba saat akhirnya...



*Apa tindakan dari TGNA / TGHA ye?

Ahad, 18 Disember 2011

JIWA KACAU MENJADI TENANG...

Aku dan teman,
Ingatlah pesanan dan ingatan tuhan pencipta alam,

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu telah berseru, jika kamu bersyukur niscaya akan kami tambah lagi (nikmat kami) dan jika kamu kufur maka sesungguhnya azab kami adalah sangat pedih’’.(Ibrahim:7).

Aku dan teman,
Lazimkan diri mendengar perkataan yang baik dan berusaha mengerjakannya,

’’Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas dan (bertujuan) mencari keredhaan-Nya semata-mata’’
(Sahih Sunan An-Nasai, no.3140).


Aku dan teman
Solatlah!..


’Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat ALLAH(Solat) adalah lebih besar(Keutamaanya dari ibadah-ibadah yang lainya). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan’’(Al-Angkabut:45).

Sabtu, 17 Disember 2011

AKU SETUJU DENGAN DR HASAN ALI..

Aku sokong 110% kenyataan Dr Hasan Ali.
Itupun kalau betul kenyataan tersebut seperti yang dipetik dari akhbar.
Sedia maklum dulu dan kini yang akhbar tersebut memang sering kalah bila disaman. Ini bermakna berita yang disampaikan sukar nak dipercayai.

Balik pada Dr Hasan Ali. Pada aku dia bercakap benar. Dr Hasan Ali mahu pemimpin utama Pas harus "berlapang dada dan berjiwa besar.”
Mudahnya ginilah..
Bila kalah dalam pertandingan tau tak dilantik memegang jawatan besar dan hanya sekadar dilantik sebagai AJK kenalah hadir mesyuarat jika dijemput hadir. Berlapang dada dengan kekalahan dan rela memberi ruang pada yang lain, apa yang diutamakan adalah bersatu mengukuhkan perjuangan, bukan merajuk, kecil hati dan sebagainya. Memang betul kata Dr Hasan Ali. Kena berlapang dada dan berjiwa besar.

Banyak kes berlaku kat kampung-kampung, imam tua yang sudah tidak lagi mampu membaca Al-Quran dengan tetap dan betul digantikan oleh imam yang lain, maka imam tua tidak lagi mahu datang ke masjid. Merajuk, terasa dipinggirkan dan seolah-olah orang kg sudah melupakan jasanya. Ini realiti yang dah berlaku. Imam-imam yang tidak lagi berkemampuan atau yang memang tak mampu bila tidak lagi dilantik tidak "berlapang dada dan berjiwa besar..." paling tidak pun datanglah mesyuarat jika tidak uzur, supaya dapat tahu maklumat dan keputusan mesyuarat yang telah disepakati dan diterima ramai.

Hadir mesyuarat dan halakan muncung senjatamu pada musuhmu..
Aitt yang aku ni hala kat musuh ka? hahaha...

Berlapang dada dan berjiwa besarlah para pemimpin PAS.
"Mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu."

Barangkalinya telah ada usaha nak menjernihkan keruh ini, tapi kerna bila diajak berbincang, panggil mesyuarat atau pun kaedah nak berdamai, masih juga tak hadir, tak datang, tak berkerjasama dan terus dengan ego sendiri, maka terpaksalah peluru itu dihalakan jua pada yang cuma nak tikam belakang dan tepi kiri dan kanan.
Moga ada manafaat pada nasihat kat bawah ini :

Kepada siapa hala muncung senjatamu
oleh : Ketua Penerangan
Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun.

Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri.

Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.

“Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini” - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.

Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.


Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya ‘ego diri’) sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.

Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya.

Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.

Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.

Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.

Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali.

Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.

Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya ‘tinggi’ sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, “No one is indespensible.”

Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Disember 2011


Sumber: SINIPautan
cerita berkaitan ada kat SINI jugak.

Jumaat, 16 Disember 2011

SAPA NAK PEJATUH SAPA?

Macam-macam cerita. Orang ni nak pejatuh orang tu, orang tu nak pejatuh orang ni.
Ini menurutnya adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba nak jatuhkan kredibilitnya sebagai pemimpin..

Noh Omar Nafi Hina Hukum Hudud

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan mengaitkan beliau dengan penerbitan klip video yang menghina hukum hudud adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.

"Apa lagi isu, melainkan cara pemimpin pembangkang yang akan serang secara peribadi pemimpin-pemimpin (Barisan Nasional) terutama saya yang berada di Selangor supaya kredibiliti saya hilang (dan) rakyat Selangor tidak percaya kepada kepimpinan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.

Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.

"Pembangkang di Selangor ini, cukup bimbang dengan saya. Dulu fitnah pasal isu insentif padi, tapi yang ini (video hina hudud) saya cukup terkejut dan saya tidak buat (perkara itu)," katanya. - BERNAMA



*PM dan TPM

Isnin, 12 Disember 2011

"eloklah berfikir 1000 kali sebelum memberikan undi kepada parti yang kian hari kian gila ini."

Bagi aku tak perlu fikir sampai 1000 kali.
Cukuplah sekadar 2 kali fikir dah boleh buat keputusan..hehe

Tapi ini bukan pandangan aku.. Kita pakat baca dan agak menarik apa yang disampaikan.
Katanya : 'Kalau Shahrizat seorang bidan di klinik desa di kampung saya suaminya tidak mungkin mendapat pinjaman yang mudah daripada kerajaan".

Bacaan lanjut kat SINI
Baca kat SINI pun amat menarik.




*Tidak sukar untuk memilih

Rabu, 7 Disember 2011

TELUS, MULUS DAN DOT DOT...

Penggunaannya menjadi bukti ketelusan dan tiada lagi ruang untuk berlaku penipuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Macam sebelum ni, saat-saat akhir, penggunaannya dibatalkan atas alasan yang semua dah tahu.
Tertipulah lagi set pembangkang..hahaha..
Asyik-asyik kena patuk dengan ular yang sama kat lubang yang sama...
Apa kata Nazri lagi?
Dia kata ini bukti ikhlasnya kerajaan dan bagaimanapun, katanya pihaknya akan meneliti desakan sesetengah pihak dalam isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan tidak sesuai digunakan oleh orang Islam kerana dakwatnya dikatakan kekal daripada dicuci untuk tempoh 48 jam.
hehehe.. Alasan ini barangkali akan digunakan pada waktu tibanya tarikh pengundian... Barangkali sahaja, banyak lagi alasan depa boleh buat..

Bacaan lanjut : kat SINI





*Gambar lama

Selasa, 6 Disember 2011

BILA GADAI DAPAT DUIT..

Usahlah risau apatah lagi nak kecoh-kecoh ujar abg Umna pada sahabat baiknya abe Mica,
Hidup melayu!!! bermakna kita mempertahankan melayu walau apa keadaan sekalipun, waktu senang waimma waktu susah sekalipun kita tetap sokong, terang Abg Umna lagi supaya abe Mica lebih jelas dan tidak tersalah paham.
Kita semua kena belajar terima yang segala jenis kemunduran dan kelemahan yang melanda umat melayu ini adalah salah DAP, sambung Abg Umna memanaskan lagi perbualan diantara mereka berdua, walaupun abe Mica lebih banyak berdiam diri.
Mana mana tanah yang terjual atau tergadai itu semuanya memberi hasil lumayan pada melayu jugak, jangan la dok nak pejatuh melayu je...bila jual tanah, gadai tanah, semuanya akan dapat duit, bukan percuma, kena ingat tu wahai abe mica oiii..

Ni awat nak kata kat melayu ni? kat SINI



*saling tersenyum

Sabtu, 3 Disember 2011

AMARAN :JANGAN SAMPAI HILANG NIKMAT!!!

Susah bila nikmat hilang.
Susah nak bantu rakyat,
Susah nak memberi khidmat bakti... Mat Sabu tak berpeluang mendapat manafaat jalan yang berturap lagi...kononnya la..hehehe
sebetulnya, bila nikmat hilang,
Susah nak dapat projek,
susah nak boroikan perut sendiri, ahli keluarga dan kaum kerabat,
Susahnya nak beli kondo, keta besaq dan melancong luar negara dan macam-macam lagi.
Senang cerita, bila dah besa dok senang lenang, bila nikmat tu hilang memang amat terasa sekali kesannya...
Boleh jadi gila ooo..
Harus diingat, tindakan orang gila sukar diramal.. berhati-hatilah...

Terbaca la pulak pasal pesanan Ketua Pemuda kat SINI








*Mantan Ketua Pemuda

Khamis, 1 Disember 2011

LETIHNYA NAK JAGA LEMBU...

Kena gaya memang boleh kaut untung pelihara lembu ni..
Jika tak kena cara dan gaya pun bisa melingkup jugak.
Apa pun, kerja ni memang banyak cabaran.
Terpalit dengan lumpur tu dah jadi lumrah.
Tercalit dengan taik lembu pun memang dah jadi rutin.
Kena selalu menyingsing lengan baju hingga nampak bulu ketiak.
Demi kejayaan yang lebih gemilang dan terbilang..
Ada masa cubalah kita selami kesukaran dan keperitan menjadi usahawan ternakan...

Rabu, 30 November 2011

DIIKTIRAF JENTERA UTAMA TAPI KETUANYA TAK JADI MENTERI...

Kini je baru diiktiraf?
Dulu-dulu macam mana?
Syarat diiktiraf bilamana ketuanya tidak dilantik menteri? hehehe...
Kena usaha lagi ye, moga berjaya menjadi calon boleh menang...apa yang penting? KERJASAMA..

Pemuda Umno Kini Jentera Utama Bukan Lagi Sampingan - KJ

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno kini diiktiraf sebagai jentera utama dalamsama-sama membantu membuat persiapan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyifatkan amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno pada malam Selasa sebagai satu pengiktirafan positif dan mandat yang besar lagi berat.

"Jika dalam istilah perang atau tentera, panglima dan hulubalang mempunyai tanggungjawab besar dan satu tugas yang berat.

"Kami (Pemuda Umno) kini bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya diberikan tugas di barisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang," katanya pada sidang media selepasmajlis perasmian berkenaan.

Khairy berkata, pengiktirafan itu juga adalah cabaran kepada beliau dan jentera sayapnya serta sebagai satu amanah kerana ia mengangkat darjat dan taraf Pemuda Umno.

"Ia adalah hasil daripada kerja kita selama ini untuk memastikan BN (Barisan Nasional) dan Umno dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.

"(Namun) apa yang lebih penting adalah cabaran akan datang sebelum PRU tentang apa yang kita perlu buat. Rangka dan strategi itu sudah siap cuma perlu dipastikan ia dapat dilaksanakan dan dilunaskan secara sempurna," katanya lagi.

Beliau menambah, pengiktirafan itu juga bukan untuk seronok-seronok atau syok sendiri tetapi sebenarnya adalah amanah dan terdapat satu gerak kerja yang akan dimulakan selepas Perhimpunan Agung Umno untuk persediaan menghadapi PRU.

"Kami akan turun sehingga ke pusat daerah mengundi dan melibatkan semua pemuda. Tugas kita amat jelas selepas ini.

"Kita akan ada satu kursus untuk tugas-tugas khas bagi pilihan raya dalam waktu terdekat iaitu Disember ini melibatkan semua bahagian dan mereka akan tahu tugas masing-masing," katanya.

Dalam ucapan Muhyiddin bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", beliau mengiktiraf Khairy sebagai panglima perang dan menggesa Ketua Pemuda Umno itu menggerakkan barisan sayap menjadi benteng parti yang kukuh dan mempersiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalampeperangan yang paling perit dalam sejarah parti.

"Landskap politik kini adalah milik orang muda. Umno komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda.

"Kepada pemimpin-pemimpin Umno, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. Umno tidak akan menjadi parti kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda," kata Muhyiddin.

berita ambik kat SINI




*mantan Ketua Pemuda

Selasa, 29 November 2011

SEMUA AHLI WANITA UMNO KENA PERCAYA 110%

Tidak boleh tidak semua ahli kenalah percaya dengan kenyataan beliau.
Yakin dengan ketelusan pemimpin dalam memimpin.
Bukan ambil kesempatan dari jawatan yang disandang.
Jika ada pun ianya hanyalah berasaskan kelayakan, kemampuan dan pengalaman yang dimiliki. Dan sudah barang pasti ianya dibuat diluar pengetahuan pemimpin tersebut.
Memang tidak ada kena mengena. Aku pun terpercaya begitu..hehehe
Jika ada yang bangkitkan dalam perhimpunan nanti, ianya melambangkan ketidakpahaman,kejahilan dan kecetekan pemikiran mereka. Malahan boleh dianggap terpengaruh
dan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang asyik iri hati kerana tidak dapat projek.
Jika tiada yang bersuara maka sokongan masih padu, utuh dan kukuh. Memang ada harapan jadi calon boleh menang..hahaha
Apa yang penting, jangan la suruh menteri tersebut letak jawatan. Biarlah ia terus disitu hingga ruyubbbbbbbbb..
Bacalah kat SINI


*mantan ketua wanita Umno

Ahad, 27 November 2011

JANGAN BACA WAKTU TENSION...



Seorang lelaki penyokong kuat Be eNd singgah di sebuah warung dan memesan segelas teh ais.

Sebentar kemudian,teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang di dalam tehnya..lalu ia memanggil pelayan....

"Waiter...!!! Kenapa ada lalat di dalam teh saye....!!!

dengan muka slambe si pelayan pun menjawab....

"takkanlah dengan harge teh RM 1.00....anda mengharapkan "lembu" di dalamnye..."

Jumaat, 25 November 2011

Khamis, 24 November 2011

YANG DAPAT SIKIT JANGAN LA DENGKI PADA YANG DAPAT BANYAK..HAHAHA

Rasanya sesuatu keputusan yang dibuat kerajaan sudah pasti mengambil kira kepentingan Negara, rakyat dan pastinya tidak memberi kesan buruk.
Sudah barang pasti setiap wang atau setiap sen duit yang diberi pinjam @ dikeluarkan pastinya perlu melalui proses yang ketat dan sangat ketat. malahan ianya akan dipantau dengan ketat sangat@ tersangatlah ketat.
Tanyalah Ketua Pemuda Umno. Dia lebih tahu.. Tak nak tanya KP pun tak pa.. Boleh tanya Noh bin Omar.Dia arif dan tahu...

Berita kat bawah ini tentu ada kaitan dengan ketelusan dan sifat amanah yang dah jadi lumrah kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat : Apa yang penting, rakyat dapat nikmat. Sikit pun kenalah bersyukur. Yang mana dapat banyak tu lagilah besar rasa syukurnya..
Elakkan rasa iri hati. Sama-sama pulun cari rezeki...Cuma rezeki tu halal atau sebaliknya, kenalah tepuk kepala hotak sendiri.

KUALA LUMPUR, 23 Nov ― Pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Januari depan berhubung kontroversi yang menyelubungi badan itu.

Jawatankuasa itu juga mempersoalkan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh keluar wang tanpa perjanjian dengan NFC ditandatangani tahun lalu...

BACAAN LANJUT KAT SINI

Ahad, 20 November 2011

SUKARNYA LEMBU NAK SELESAIKAN MASALAH...


Memang sukar nak selesaikan masalah ni..
Yang tengok pun sukar nak bantu...
Silap bantu lagi menyukarkan keadaan..hahaha

Khamis, 17 November 2011

LEMBU TERSANGKUT..HAHAHA

















Yang kat belakang tu tengah tunggu giliran... Silap-silap tersangkut jugak...hahaha

Selasa, 15 November 2011

JANGAN TANYA DIA.. DIA TAK TERLIBAT


Apa kena mengena Bekas PM mengulas isu ini dan terus membuat kesimpulan senang lagi mudah. Makin banyak persoalan timbul.. Adakah suami punya kerja isteri tak tahu langsung? langsung tak tahu? atau tak ambil tahu langsung? atau langsung tahu tak tahu? hahaha..
baca kat SINI

Apa pun, aku memang tak sokong Ketua Wanita Umno letak jawatan. Biarlah dia teruskan tugas dan amanah yang telah diberikan. Amat tidak wajar jika suami punya getah isteri yang kena cuci...

Pakatan Rakyat usahlah mengheret beliau macam lembu!!! tanyalah suami dia.. itu yang paling bagus..hahaha macam saranan yang diulas bekas PM kita.

Teruskan tugas sebagai Menteri dengan istiqamah dan usalah dilayan saranan Bung tersebut. Lagipun apa kaitan suami dengan Isteri? tiada langsung kena mengena.. Isteri menteri, Suami nak jugak berniaga. takkan dok umah je..hahaha.. hahaha lagipun melayu jugak yang kaya. melayu ke?hahaha

Isnin, 14 November 2011

GEMPAR : BUNG MOKHTAR NAK PEJATUH MELAYU?.

Kuala Sepetang :Hasil tinjauan disekitar gerai melayu yang menjual mee yang dibuat oleh bukan bangsa melayu, makin ramai yang tidak kisah siapa pun yang buat mee tersebut.
Yang utama perut kenyang dan nafsu lapar dapat dipuaskan. Setidak-tidaknya mee tersebut masih murah sekitar Rm 0.5 sen @ Rm o.10 sen berbanding mee buatan melayu Islam yang beriman. Dalam masa yang sama mereka turut pelik dengan kenyataan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang tidak membela rakan seperjuangan.

Malahan tidak rela mempertahankannya dan turut menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) meletakkan jawatan. baca kat SINI kat SINI pun ada jugak.


Ini berlainan dengan sikap setiakawan yang tinggi yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda Umno yang tetap setia, utuh dan teguh mempertahankan kewajaran tindakan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membeli kondominium tersebut.

Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, ujarnya. boleh baca kat SINI

Bung Mokhtar Radin mengaku BN memerintah negara ini dengan adil.
" walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan ujarnya dengan serius.
Tetapi yang jadi tanda tanya orang ramai yang dah nak abis makan mee buatan bukan melayu ialah ,adakah Ketua pemuda Umno tidak cerdik atau Bung Mokhtar iri hati?

Hasil bancian rambang, ramai yang tetap menyokong menteri tersebut dan menggesa agar dia tetap teruskan kerja dan jangan sesekali letak jawatan. Kerana jawatan menteri itu adalah amanah yang tidak boleh dipersia-siakan. Segala kekurangan itu bukanlah sesuatu yang merugikan.malahan ianya untuk memperkayakan melayu jugak...
Akhirnya setelah selesai makan, mereka beramai-ramai keluar dari kedai mee dalam keadaan kekenyangan sambil menepuk-nepuk perut yang agak kehadapan. 'Mujur ada orang belanja, apa yang penting perut terisi, esok orang lain pulak belanja kita, jerit mereka beramai-ramai...

Ahad, 13 November 2011

ASYIK....

Syok betul tengok dia ni : Meluahkan rasa hati...
Bila terkenang orang yang dirindui jauh di mata.. layannnnnnnnnnnn

Khamis, 10 November 2011

BAHANA LEMBU..ANTARA PERUT DAN NYAWA..

Hahaha..
Memang hangat betul diperkatakan tentang isu lembu.
Lembu yang dijaga dan dan dipelihara dengan baik akan memberi pulangan yang lumayan kepada tuannya.
Lembu selalu dikaitkan dengan feel manusia. "Seperti lembu dicucuk hidung"
Begitu juga, manusia yang gagal guna kepala hotak turut dikaitkan "macam lembu.
Manusia yang ada telinga, ada mata tapi tak nak dengar nasihat, kebenaran yang disampaikan, tak nak melihat dan menilai mana yang benar dan mana yang bathil dilabelkan seperti binatang ternakan seperti lembu.Bahkan golongan ini lebih sesat lagi.

Macam kes kat bawah ni, pun pasal lembu... Faedahnya sendiri tanggung.

Sebagai ingatan, gambar ini tiada kaitan dengan lembu yang heboh diperkatakan atau projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil ( sebut diberi kerana kelayakan dan memang mampu).


.


















































Sudah insafkah ia? atau masih tak nak mengaku? atau terus bersedia untuk menjadikan lembu sebagai sumber pendapatan ?

Selasa, 8 November 2011

BELUM APA-APA DAH BUAT HAL..

Akhirnya terjadilah apa yang diramalkan terjadi.
Belum apa-apa dah berani melawan ni.. hebat, kuat dan berani.
Tu masa ni.. Masa dah operasi dilaksanakan macam mana la pulak tindakannya?
Akhirnya adakah menteri@kerajaan terpaksa ikut keputusan mereka?
baca ni elok-elok :
“Mereka tidak boleh membuat kenyataan sebelum (keputusan) Lembaga (Pelesenan Tenaga Atom). Tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti ini dan kita telah mengingatkan mereka,”

Dengan jelas, mereka tidak patut pada arahan agar jangan keluarkan kenyataan sebelum keputusan.
Keputusan belum keluar, tapi dah tahu, hahaha...bahana duit la kot..
Kena tunggu apa kata MB pahang la pulak..

Pasni kalau ada berlaku pelanggaran syarat yang mengakibatkan kesan pada rakyat setempat tiadalah guna lagi bila nasi dan jadi bubur basi dan berulat...

Apalah sangat suara rakyat yang menentang... Semua yang menentang tak tahu apa pun..
Lagipun bukankah ianya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan?
Rakyat didahulukan menikmati nikmatnya..hahaha

Cerita sebenar kat SINI


*gambar hiasan : tiada kaitan dengan kisah ini

Isnin, 7 November 2011

KORBAN...



Salamullah alaikum..
Selamat menyambut aidiladha..
Amat perlu kita mengambil contoh pengorbanan dan kesetiaan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tuntutan Allah.
Mengutamakan apa yang paling utama.
Pengorbanan sarah sukar dijumpa,
pengorbanan hajar luar biasa,
Pengorbanan Ismail tak terduga..
Maaf segala silap, salah dan waktu terkhilaf..

Selasa, 1 November 2011

INI BUKAN KLIP LUCAH.. HAHAHA

Tengah mengantuk dan boring waktu dalam pejabat eloklah tengok klip ini...
Sesuai untuk tontonan umum..

Isnin, 31 Oktober 2011

POLIS MABUK BUAT HAL LA PULAK!!!



Macam-macam hal bila dah mabuk...
Jauhilah dari terlibat dengan perkara-perkara yang memabukkan...

Polis Mabuk - Lima Nyawa Terkorban

31 Oct 2011 8:13AM

BEIJING, 31 Okt 2011 – Pihak berkuasa China menahan seorang pegawai polis yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas dia melanggar sebuah kereta dan menyebabkan lima orang terbunuh, semalam.

Menurut agensi berita Xinhua, pegawai tersebut yang bertugas di daerah Runan, tengah wilayah Henan, didakwa atas kesalahan 'menggugat keselamatan awam dengan cara berbahaya' apabila van polis yang dipandunya merempuh dua tiang lampu isyarat sebelum melanggar lima mangsa terbabit.

"Suspek disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol," kata agensi berita itu yang memetik kenyataan pihak kerajaan.

Sumber ; SINI

Ini gambar Unta..

DULU DAN KINI...








Jumaat, 28 Oktober 2011

tak kelapaq mai dah!!!

Samada kisah ni kisah betul, benar atau rekaan tak tau la..
tapi mai la baca kalau rajin...

kisah pak cik di Sebuah Restoran Makanan segera...

Lokasi : Belah utara Semelanjung Malaysia.

Kisahnya begini :

cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..


pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Begitulah adanya..