Pengikut

Jumaat, 10 Julai 2009

MANGSA-MANGSA JAHILIYAH MODEN

Nie lagi wajah2 mangsa kedurjanaan manusia bersifat lebih teruk dari binatang...

Gambar2 ni menjadi bukti kepada kita betapa gelora nafsu yg tak mampu dibendung telah membinasakan sifat2 kemanusiaan. Jadikan iktibar dan ambil pengajaran dari peristiwa ini..






mudah kita sentiasa dipelihara Allah dari sebarang wabak yg meruntuhkan dan memusnahkan generasi kita... Kembali pada Ajaran Islam..



































sekian wassalam.

Khamis, 9 Julai 2009

JAHILIYAH MODEN

Assalamualaikum...

Jika kita mengimbau kembali sejarah pada zaman pemerintahan firaun, seluruh anak lelaki yg baru dilahirkan dibunuh kejam oleh penyokong dasar-dasar firaun atas dasar ketaatan dan kepatuhan kepada arahan firaun... sesiapa yg menyembunyikan kelahiran akan turut dihukum dengan kejam. Semua ini ada sebab takut pada kebenaran dan bimbang akan tibanya saat kejatuhan.
Setelah berlalu beberapa zaman dan kurun sejarah pembunuhan bayi berulang kembali, tetapi bayi yang dibunuh terhad pada bayi perempuan je... inilah zaman sebelum datangnya cahaya Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad utusan Allah yg merupakan penutup segala nabi dan rasul...
Setelah cahaya Islam terus mekar dan berkembang, dengan sebab setiap pendokong ajaran Rasul sentiasa kukuh dan padu dalam mengamalkan segala tuntutan Allah dan Rasulnya bersumberkan Kitab suci Al-Quran dan Sunnah nabi S.A.W.
Setelah melalui beberapa zaman dan kurun, Ummat Islam semakin jauh dengan panduan yg ditinggalkan nabi...
Apa yg berlaku hari ini , yg secara live nya dapat kita saksikan dengan kepala, dan mata kita, betapa jahiliyah itu kembali... Lihatlah, anak2 kecil yg tidak berdosa, tak kira jantina, lelaki ataupun perempuan, lebih hebat kekejamannya dari zaman firaun dan zaman jahiliyah,semuanya dibunuh penuh kejam dan dahsyat,
tangan2 mana yg menutup dosa dengan dosa berangkai,
manusia2 mana yg telah silap menempah silap bertimbun!!! Saksikanlah!!!

memang benarlah firman Allah, manusia bila tidak guna hati, mata dan telinga untuk paham dan tunduk pada ketetapan Allah dan Rasulnya ,nescaya akan menjadi hina sehinanya, sehingga menjadi lebih teruk daripada lembu, kambing, kerbau atau apa2 sahaja binatang ternak. Malahan golongan yg tak nak ikut dan degil ini lebih menderita kerana menempah tempat didalam neraka jahanam.

Firman Allah yg bermaksud : "
Dan sungguh, akan kami akan isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah) Mereka ini seperti haiwan ternakan,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yg lengah.
Surah Al-A'raf ayat 179.
Zaman kehancuran akan tiba, detik dan saat hari kegemparan dan hari perhitungan pasti datang. Usah bertangguh lagi, kekejaman dan kedurjanaan ini akan dihitung dan dibongkar seluruhnya... tiada lagi ruang untuk menutup aib dan busuknya hati... Insaflah!!! Allah maha Adil lagi maha mengetahui...

Oleh itu, gunalah ruang dan peluang umur yg Allah kurniakan pada kita untuk kembali pada landasan yg betul. Setiap manusia akan hidup bahagia bila kembali pada ajaran agama, Segala kesedihan dan diri, bayang2 kedukaan, mimpi2 buruk, ketakutan dan kegelisahan akan lenyap. Hindarilah lorong2 kesengsaraan, jauhilah dari keputusasaan dan keluh kesah.. Kembalilah kita kepada Allah dan meneroka jalan2 keindahan bersama iman dalam hati, lidah dan perbuatan.InsyaAllah lahir perasaan puas dengan qadha dan qadar Allah Taala.
" Ya tuhan kami,sesungguhnya kami telah beriman,
maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka"

sekian wassalam.

SABAR...


Sabarlah menghadapi hari-hari yang sukar,
kerana semua kesukaran pasti ada akhirnya,
dan kesabaran itu hanya dimiliki
oleh orang yang mempunyai kedudukan mulia..

*gambar hiasan : Kesabarannya menahan kesakitan dan penderitaan untuk kemegahan

bersabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup, kerana kebiasaan sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan..
sekian wassalam.

Ahad, 5 Julai 2009

PENYAKIT

Assalamualaikum..
salam ukhuwah untuk semua,

"Adakalanya jiwa ini mengeluh, kerana musibah yang menimpanya, padahal ada jalan keluar semudah membuka ikatan".

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’. (Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:

Firman Allah yang bermaksud:

‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’. (Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI

Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN

Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.


2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN

Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA

Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI

Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.


Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau janun..

akhirnya, sama2lah kita bermuhasabah danberusaha merubah diri kita dan membentuk jiwa yg benar2 terhindar dari sebarang penyakit dan fizikal kita turut terpelihara dari ancaman segala yg mampu memudharatkan kita di dunia dan di akhirat..
sekian
wassalam