Berusaha menjadi orang yang paham ataupun faqih dalam bab agama adalah usaha yang berterusan.
Selagi ada umur, selagi itulah ianya tidak pernah kunjung padam.
Sayang dan kasih pada orang yang berilmu dan beramal soleh adalah salah satu usaha mendekatkan diri kita pada kepahaman dan meluaskan lagi aras kepahaman kita...
SHAH ALAM - Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR)
bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk
dilaksanakan di negara ini.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus
akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar
perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.
Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak
akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara
tersebut.
“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan
terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP
dan PKR.
“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan
agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga
sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali
berbincang.
“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan
sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.
“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini
membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.
sumber : sini
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Jumaat, 18 Mei 2012
Selasa, 15 Mei 2012
SENTUH PUNGGUNG KERNA TAK TAHAN SANGAT...
Seorang lelaki bertanya kepada ustaz yang sedang mengajar kat masjid.
Soalnya : Apa hukum sentuh punggung kerna tak tahan sangat gatalnya ketika solat?
Ustaz tu pun jawab, Adapun hukumnya tidaklah batal.
Soal lelaki itu lagi, eh ustaz, saya sentuh tanpa lapik ni...
Ustaz bertanya kembali, Kamu tak pakai kain ka waktu tu?
Pakai, tapi saya gagau belah dalam ujar lelaki itu memberi penjelasan.
Tetap tidak batal kerna sentuh punggung bukan perkara yang membatalkan solat, melainkan terdedah auratnya, jelas ustaz itu dengan nada sedikit ditinggikan.
ooo kalau gitu saya nak tanya satu lagi soalan ni ustaz, boleh tak?
Boleh je kata ustaz sambil membetulkan silanya.
Ustaz, Apa pulak hukum buat senaman punggung depan kediaman orang lain?
Ustaz tadi kehairanan. Inilah kali pertama beliau ditanya soalan sedemikian.
Emm... Nanti saya tanya mufti @majlis fatwa tentang soalan ini. Sebab benda baru..Jawab ustaz dengan sedikit kaget.
Lelaki yang bertanya tadi tunduk dan tangannya menguis-nguis karpet berwarna biru...Ceroi ustaz ni ujar benak hatinya yang kurang berpuas hati...
Begitulah adanya...

Langgan:
Catatan (Atom)