Pengikut

Isnin, 19 November 2012

ANALISA SELEPAS MUKTAMAR : TAK SAMA KERNA AKU DAH TERKIPAI...

Memang  lain.
Dulu tak macam ni.
Dulu aku kat atas pentas.
Dulu aku ada peluang menghamburkan kata-kata perjuangan penuh semangat, hinggakan peluh bersambur-sambur...
"Tidak boleh tidak" aku rasakan ianya dah tak sama macam dulu...
Sebabnya aku dah terkipai..

Apapun mulia melayu kerna Islam. Tiada Islam apa hebatnya melayu?

tiada kaitan dengan kisah kat ATAS :

SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pas yang berakhir semalam disifatkan sebagai tidak menghayati dasar perjuangan Pas.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, pemimpin Pas tidak menyebut mengenai dasar perjuangan Pas seperti di tahun-tahun lalu.

Menurutnya, tiada pengisian penting seperti soal akidah, hukum hudud dan negara Islam seperti yang sering dilaungkan.

“Ia pastinya mengecewakan ahli Pas yang mencecah hampir sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, Pas menerusi muktamar kali ini tidak ubah seperti parti pilihan raya.

“Kepimpinan Pas, sama ada Presiden mahupun Mursyidul Amnya, seperti hendak lari daripada berbicara mengenai isu akidah yang saat ini menjadi kontroversi.

“Saya dapati, ucapan Presiden seperti di dalam persidangan DAP dan PKR sahaja,” katanya, yang kini Presiden Jati, sebuah badan untuk martabatkan umat.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu turut melahirkan rasa kecewa Presiden Pas juga hampir tiada menyebut perjuangan parti seperti jihad dan usaha melahirkan pemimpin muda.
“Kerana itu saya menganggap di muktamar kali ini, Pas hanya parti pilihan raya. Sungguhpun ada segelintir perwakilan menyebut perkara pokok perjuangan, namun ia masih tidak lari dari lingkungan untuk pilihan raya semata-mata. Ini benar-benar berlainan dengan muktamar lalu,” katanya.
Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menganggap terdapat kesilapan dan kelemahan pada muktamar kali ini kerana isu akidah tidak dibahaskan.

Menurutnya, pendirian Dewan Ulama Pas yang lebih selektif boleh menyebabkan masyarakat kurang percaya kepada pendirian dan perjuangan Pas.

“Mungkin Pas tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak berikutan isu akidah ini. Itu silap kerana sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas tidak harus gentar, berdepan isu sebegini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau memuji muktamar kali ini yang dianggap berjaya dalam menterjemahkan isu Negara Berkebajikan.
Sumber : Sini

1 ulasan:

  1. Pening ni pening......macam mana jika tidak ada satu parti atau NGO pun yang sudi mencalunkan aku dalam PRU13 nanti. Bagaimana aku harus meneruskan kehidupan setelah tidak menjadi ADUN nanti....Bisakah aku membayar hutang yang kian menimbun....Masihkah aku diperlukan lagi sekiranya diriku ini terpinggir......Jauh lebih membimbangkan apakah nasibku lebih malang jika BN tumbang.....menjadi PARIAH kah aku akhirnya.....

    BalasPadam