Pengikut

Khamis, 1 April 2010

AKU TIDAK TERSILAP LAA..


Ini bukan kes silap masuk atau kes sasau akibat terkena jerat skim cepat kaya...

Tapi merasa subsidi yg diberikan kerajaan...

Pengagihan yg dapat dirasai oleh semua rakyat jelata, tak kira apa jua taraf dan aras kehidupan.

Rabu, 31 Mac 2010

AKU BERPRINSIP!!!

Usahlah pujuk rayu ku...
aku tak akan sekali-kali terperdaya dengan semua itu...
Aku akan tetap dan tidak akan berganjak dengan pendirianku... ujar Katak sambil menguap panjang. Maklumlah baru lepas makan besar.*gambar katak menguap
Memang ia tahan uji.

BURUNG

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.(Surah An-Nur ayat 41 )


Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mulk ayat 19)




Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.(An-Nahl ayat 79 )

?

Selasa, 30 Mac 2010

KAWAN MENYAMAR KAWAN

Kawan makan kawan.
Banyak dan berlaku...
MUngkin kes politik menyamar.

Sukar mengenal mana kawan dan mana lawan.
Moralnya: Calon yg nak dipilih itu biarlah bukan jenis macam ni.

Isnin, 29 Mac 2010

HULU SELANGOR : MEMILIH CALON :DILEMA BERTUKAR TRAUMA?

siapakah calon Parlimen Hulu Selangor,MIC atau UMNo?
Pendahuluan:
BN memang tidak ketandusan pemimpin. Ramai tokoh yg mampu diketengahkan untuk menjadi calon pada pilihanraya kecil Hulu Selangor. Tapi masalah terbesarnya ialah,perebutan dikalangan yg layak untuk menjadi calon. Bukan itu saja, yg tak layak pun berebut-rebut nak jadi calon. Seboleh mungkin berusaha melobi supaya terpilih dan dipilih.

Sejarah:
Dalam parlimen Hulu Selangor ini terdapat tiga DUN dibawahnya iaitu,DUN Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.

Bagi ketiga-tiga DUN ini ianya telah dimenangi oleh calon2 BN.

Mengikut daftar pemilih Mac 2008 terdapat seramai 63,593 pengundi di kawasan parlimen berkenaan.

Semasa pilihanraya umum Mac 2008, calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177 dengan majoriti hanya 198 undi.

Dilema:
Adakah kekalahan BN PADA mac 2008 di Parlimen Hulu Selangor disebabkan penduduk di situ mahukan calon melayu sebagai ahli parlimen mereka?

Jika ini yg dimahukan, adakah UMNO sanggup melukakan rakan sepasukan demi mencapai kemenangan?

Seandainya BN masih berpegang pada sistem kouta, ini bermakna BN akan meletakkan calon dari MIC. Ini bermakna BN akan berhadapan dengan risiko undi protes.

Dalam keadaan UMNO ingin mengembalikan sokongan orang melayu, hati dan perasan orang melayu perlulah dijaga. Bertepatan dengan laungan dari para pemimpin UMNO yg ingin membela politik melayu yg semakin terhakis.
Apatah lagi Dengan mendapat sokongan padu dari PERKASA dan Utusan Malaysia yg berapi-rapi menjaja kepentingan bangsa dan agama.
Tentu PERKASA tidak akan berdiam diri jika calon bukan melayu yg dipilih. Ini kawasan Majoriti Melayu.Hujjah kukuh mereka.
Mungkin bertalu2 laporan polis akan dibuat jika tuntutan mereka tidak dilayan.

Begitu juga dengan MIC, pasti ada yg tidak berpuas hati jika bukan calon mereka yg dipilih. Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC awal-awal lagi mahukan calon dari MIC bertanding di situ.

Trauma:
Seperti yg diketahui umum, MIC umpama bot yg hampir karam.Bertanding di 9 kerusi parlimen dan hanya mampu menang 3 darinya sahaja.Tapi berasaskan kouta, parlimen ini adalah dibawah kouta MIC.

Mana mungkin Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC sanggup mengangkat bendera putih. Dia akan dipersalahkan kerana tidak tegar mempertahankan kouta tersebut.
Dalam keadaan reputasi Samy vellu yg semakin malap, tentu dia tidak mahu diperlekehkan lagi.
Bolehlah dianggap BN berada dalam dilema bertukar trauma dalam memilih calon, samada dari UMNO atau MIC.

Soalnya, adakah BN akan mengutamakan setiakawan yg berasaskan konsep kongsi kuasa atau kemenangan yg lebih didahulukan?
*jenuh nak fikiQ

Memang menarik.Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Ahad, 28 Mac 2010

KEMALANGAN NGERI : JARANG BERLAKU DAN SUKAR DIPAHAMI

Soalan perbandingan .
Pendahuluan:
Cuba perhatikan gambar kemalangan ngeri ini...

Untuk makluman awal, ini bukan Pesawat yg dimiliki TUDM.


Persoalan dari kes ini berkisah kepada beberapa sudut.

Sudut 1 :
Adakah tersalah landasan atau terbang terlalu rendah?
Sudut 2 :
Adakah ia sesat arah atau lehernya terlalu panjang?
Sudut 3 :
Adakah kealpaan dari satu pihak atau kedua-dua pihak atau semua tidak bersalah?
Sudut 4 :
Adakah ini silap ahli politik atau pemimpin politik?

Sekadar itu itu je la..masing2 fikir dengan kaedah berfikir yg betul.