Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

TARIK BALIK ANUGERAH!!!


kalau dah label sebagai pengganas, apa guna bagi anugerah.
Kena la tarik secepat mungkin... Supaya umat Islam tahu dan arif siapa penganas sebenar..
*gambar:Adakah ini wajah penuntut keadilan atau pengganas?

Cerita pasal sapa kena bertaubat : Yusuf ke, Ikhwan ke ?
baca kat SUMBER :SINI

Jumaat, 25 Februari 2011

MATI ATAU AKAN DIDAKWA!!!

Memang ganas dan tindakannya melampau batas. Membunuh rakyat sendiri demi mempertahankan kuasa...

PARIS: Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripadanya di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, pada Rabu.

Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, keadaan kekacauan akibat kemarahan orang ramai kepada regim itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu. Selasa lalu, pemerintah Libya buat pertama kali mendedahkan seramai 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu tetapi Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang maut.

“Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

“Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak bebas penunjuk perasaan dan tidak sepatutnya tentera udara dibenar melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein. -AFP

sumber : sini

Rabu, 23 Februari 2011

KERANA ZALIM, MENTERI PUN BERPALING TADAH!!!

Kezaliman dan penindasan terhadap rakyat sendiri mengundang bantahan rakyat.
Kezaliman ada dimana-mana.
Bukan setakat di Burma, dimana-mana pun ada kezaliman.
Tahap kezaliman berbeza-beza.
Sampai satu masa kezaliman akan hancur. Walau sehebat mana sekalipun kezaliman itu... ianya tidak akan kekal. Ada hukuman bagi mereka yang zalim...

Berita terkini di Libya :

Menteri Libya letak jawatan, enggan ikut arahan Gadhafi

TOBRUK (Libya): Menteri Dalam Negeri Libya, Abdul Fattah Younis al Abidi, berkata beliau sudah meletakkan jawatan daripada kerajaan dan menyertai penunjuk perasaan, yang mana disifatkannya akan mencapai kejayaan dalam tempoh "beberapa hari atau jam".

Katanya, beliau sudah meletakkan jawatan Isnin lalu selepas mendapat tahu 300 rakyat yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi dalam tempoh dua hingga tiga hari dan mendakwa pemimpin Libya, Moammar Gadhafi merancang serangan ke atas orang awam dalam skala yang lebih meluas.
"Gadhafi memberitahu saya beliau merancang menggunakan pesawat terhadap rakyat di Benghazi dan saya memberitahunya ratusan rakyat akan terbunuh jika ia dilaksanakan," katanya dalam temubual telefon berbahasa Arab di sini, Rabu (waktu tempatan).
Abdul Fattah berkata, beliau kini menyokong rakyat dan revolusi. - CNN.COM
sumber : sini

TANDA DAH NAK JATUH

Sama saja ayatnya dengan Hosni Mubarak sebelum tiba detik akhir kejatuhannya...

"Saya tidak akan meninggalkan tanah ini negara ini saya akan mati di sini sebagai pejuang ”

TRIPOLI, 23 Feb — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terhadap kepimpinan beliau.

Cara beliau menangani kebangkitan sejak beberapa lalu juga mendapat kritikan Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya tidak akan meninggalkan tanah ini (negara ini), saya akan mati di sini sebagai pejuang,” kata beliau menerusi televisyen kerajaan malam tadi.

Dalam ucapan yang digambarkan sebagai merewang dan enggan tunduk kepada desakan demonstrasi, Muammar yang memerintah negaranya sejak lebih empat dekad lalu mempersalahkan golongan muda dan melabelkan penunjuk perasaan sebagai “tikus dan askar upahan”, yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.

Sebaliknya Muammar meminta rakyatnya turun ke jalan hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada beliau.

Beliau juga meminta rakyatnya supaya “membersihkan Libya dari rumah ke rumah” melainkan penunjuk perasaan menyerah diri.

Hampir 500 orang dikatakan sudah terbunuh dalam demonstrasi yang bermula lebih seminggu lalu.

Muammar muncul buat kali kedua dalam 24 jam untuk memberikan ucapan menerusi televisyen semalam.

Dalam laporan berasingan Reuters pula menyebut Liga Arab telah menggantung delegasi Libya daripada menyertai aktiviti pertubuhan itu yang berpejabat di Kaherah.

Bagaimanapun ia tidak memberikan sebarang butiran berhubung keputusan itu, yang dibuat ekoran tindakan keras kerajaan Libya ke atas demonstrasi.

Tentera Libya didakwa menyerang dan mengebom banyak lokasi kelmarin.

Stesen TV Al Jazeera pula melaporkan Menteri Dalam Negerinya Abdel Fattah Younes al Abidi telah mengumumkan keputusannya membelot kerajaan pimpinan Muammar dan menyokong “revolusi 17 Februari”.

Stesen itu menyiarkan video amatur di mana Abdel Fattah duduk di atas meja dan membacakan satu kenyataan yang turut menggesa tentera Libya menyertai rakyat dan “tuntutan sahih” mereka.

Beberapa diplomat yang berada di negara asing turut mengumumkan peletakan jawatan mereka sejak beberapa hari lalu membantah tindakan kepimpinan Muammar menghadapi tunjuk perasaan. — Reuters

Selasa, 22 Februari 2011

LIWAT 2 : TARIKH LA PULAK TAK SAMA...


Mahukan cerita dan berita terbaru tentang kes liwat Anwar Ibrahim?
Memang agak terbelik-belit.
Macam filem hindustan. Kena ikutinya dengan tumpuan yang sepenuhnya..
Macam-macam hal yang berlak...
kadang-kadang tu ada gak kegemparan yang memang tak disangka-sangka...

Betul ka berita ini ?
"Sampel diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat"
baca dan tunggulah episod soal jawab seterusnya...

DAH LAMA DAH!!!, DAH LAMA SANGAT KENA KURUNG...

Umat Islam yang nak beramal dengan ajaran yang sebenarnya iaitu mengikut apa yg dinyatakan dalam Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak dan Qias akan dihalang dan ditentang. Dan sekiranya berdegil akan dianggap sebagai penentang pembaharuan, pelampau dan macam-macam lagi. Hingga kita resah dan takut, sehinggalah kita akur dan mengikut jejak langkah yahudi dan nasara...
Beruntunglah siapa yang tetap setia...

ALOR SETAR - Pas mendakwa Islam di negara ini ’dikurung’ di pejabat agama, malah skopnya juga disempitkan demi mempertahankan sistem sekular warisan penjajah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat, berbeza dengan pendekatan kepimpinan yang diamalkan Rasulullah SAW.

Menurutnya, selain menghakis Bahasa Melayu sebagai ‘jiwa’ bangsa, UMNO dan BN juga gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku penyelarasan harga barangan yang bebankan rakyat.

“Kekayaan negara hanya berpusing dalam kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.

“Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada UMNO. Bila habis pilihan raya, harga barang diselaraskan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat di perkarangan Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam kelmarin.

Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda Pas itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.

Abdul Hadi turut mengingatkan UMNO agar mengambil iktibar dari kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

“Rakyat ni umpama ’spring’, sekiranya orang yang tekan spring sudah tidak mampu menahannya, spring itu akan naik ke muka orang yang menekan dan mencederakannya.

“Sebelum UMNO dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu beri padang sama rata kepada parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah,” katanya.

Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya Pas menggantikan UMNO untuk memerintah negara ini.

Beliau mendakwa, parti itu terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka.

“Lebih memburukkan keadaan, sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam dan sebagai buktinya umat Islam di Malaysia masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sejak negara beroleh kemerdekaan.

“Kelemahan itu disebabkan kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tidak boleh tolong orang Islam, tidak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam,” katanya.

Justeru, Abdul Hadi mahu jentera Pas bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) menggantikan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Pertahankan Kedah. Kalau Kedah dan Kelantan tidak diperkuatkan, hendak pergi Putrajaya macam mana?

“Jangan cakap sahaja hendak Putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama daftar pemilih tidak wujud,” katanya. Sumber : Sinarharian


*-Gambar hiasan : Tersepit akibat tanah runtuh

Ahad, 20 Februari 2011

PEREMPUAN CANTIK PUN TAK DILAYAN..


-Perempuan cantik, kaya dan berkedudukan datang menggoda, Dia tak layan, bahkan sanggup memilih penjara demi Agama Allah..
-Rela diri menjadi korban jika itu adalah arahan dari Allah

ALOR SETAR, 19 Feb: Pemuda PAS disaran meneladani semangat pemuda Islam terdahulu yang keberanian mereka dinukilkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memberi contoh keberanian yang ditunjukkan Nabi Allah Yusuf yang sanggup menolak tawaran perempuan cantik dan pangkat, sebaliknya memilih penjara demi menjaga agama Allah.

Kedua, kisah Nabi Ismail yang rela disembelih bapanya demi menunaikan arahan Allah SWT, dan kebijaksanaan Muhammad Al Fateh yang berjaya Konstantinopel ketika berusia 19 tahun.

"Ismail telah meninggalkan kita, Yusof telah meninggalkan kita, Ahmad Al Fateh telah meninggalkan kita.

"Biarpun mungkin jasadnya tidak bersama kita, tetapi semangatnya hari ini dipikul oleh Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup program Himpunan 30K Pemuda PAS yang berlangsung di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini.

Menyentuh himpunan kali kedua selepas kali pertama di Kelantan sebelum PRU ke-12 dahulu, beliau berkata, penganjuran himpunan ini tepat dengan tema himpunan 'Masa Untuk Berubah.

Ujarnya, pemuda PAS yang ada hari ini adalah agen pengubah bagi menentukan masa depan negara yang lebih harmoni.

"Pertama, saudaralah penyambung risalah perjuangan islam, yang keduanya untuk menjatuhkan Umno Barisan Nasional," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan pemuda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terdekat, Merlimau dan Kerdau yang akan berlangsung serentak 6 Mac ini.

Katanya, biarpun PAS kalah dalam beberapa PRK sebelum ini, namun Islam mengajar umatnya agar tidak berputus asa kerana kemenangan sebenar adalah pada penilaian Allah.

"PAS mengajar kita bahawa perjuangan kita tak pernah kalah cuma belum ditakdirkan menang.

"Konstentinopel pun boleh, apalah sangat Putrajaya dan ibu kota ibu kota lain," katanya disambut laungan takbir hadirin.

Bagaimanapun ujarnya, himpunan hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata, jika tidak disusuli dengan gerak kerja oleh pemuda.

Sehubungan itu, beliau mahu pemuda berikrar untuk melipatgandakan usaha demi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.

sumber :SINI