Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

:GOPOH DAN TUDUHAN MELAMPAU TERHADAP UST ZAHAZAN...ADA DENDAM SESAMA USTAt?

Baru-baru ni terbaca gak tentang tuduhan murtad dan laknat dari seorang ustatt/tuanagurus  yang mengaji tinggi hingga ke langit, hingga lupa nak kaji dan selidik sesuatu berita pastu terus keluar fatwa yang melampau, dengan tuduhan murtad dan beliau turut melaknat Ust Zahazan..
Akibat tidak cermat dan segaja mengabaikan soal kebenaran sesuatu berita yang dibaca tanpa bertanya pada empunya badan, menyebabkan tindakan seseorang tu nampak bodoh dan terlebih lalak bodohnya...
Moga-moga ruang permusuhan antara para ustaz dengan ustaz tidaklah menampakkan sifat kesyaitanan dalam diri.terserlah sifat mazmumah dalam diri, walau hari-hari bagi tazkirah suruh orang tinggalkan sifat buruk sangka,sifat2 keji dan jahat.Tapi alangkah buruknya bila terlupa tentang sifat jahat dalam diri sendiri.
Baca  : Amaran dan ingatan dari Abu Anas Madani :

Penjelasan: Tuduhan Jahat Terhadap Ustaz Dr Zahazan & Pendakwah Lain.


بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Kepada  golongan yang celupar mulut dan mudah membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti... anda sepatutnya lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang  sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata  sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas dan sahih.
Sahabat kita, Ustaz Dr Zahazan telah dituduh menghina Rasulullah SAW, lalu terus dikecam dan dijatuhkan hukuman di atas oleh mereka yang bersikap bukan seperti seorang muslim dan mukmin yang sepatutnya. Ini sebenarnya berpunca dari salah lapor/tulis dari pihak pelapor yang menemuramah. Kerana gugur sepatah perkataan telah mengubah makna yang besar, maka pihak mass media juga samada majalah/akhbar/radio/tv hendaklan cermat dan berhati-hati dalam menerbitkan makalah atau hasil interview seseorang, khasnya yang terlibat dengan hukum-hakam dan akidah.  Ini pembetulan yang dibuat oleh Majalah MIDI .

Sikap  orang beriman telah diajar oleh Allah swt ketika menerima berita:
لَولا إِذ سَمِعتُموهُ ظَنَّ المُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بِأَنفُسِهِم خَيرًا وَقالوا هٰذا إِفكٌ مُبينٌ
{Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata}  [An-Nur: 12].
Menuduh orang murtad tanpa pendakwaan & penjelasan adalah suatu jenayah yang besar, kerana  tuduhan ini akan kembali semula kepada si penuduh sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW:
. صحيح البخاري: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ! فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا)).
Bermaksud: “Sesiapa yang berkata kepada saudarany: Wahai orang kafir! Akan kembali kepada salah seorang mereka.” [HR Bukhari].
Iaitu jika orang yang dikatakan kafir itu bukan kafir sebenarnya, maka sifat itu akan kembali kepada penuduhnya.

sumber : sini

7 ulasan:

  1. Golongan Wahhabi cuba berdalih!
    Realiti masa sebelum Islam masyarakat Jahiliah beragama cuma pegangan mereka sesat. Sudah ada ahli kitab cuma mereka selewengkan kandungan kitab. Ada beragama majusi dan ada beragama menyembah berhala. Rujuklah al Quran!!!
    Kalau Wahhabi tu Wahhabi jugalah puak yang sesat dan menyesatkan walaupun bertitle Dr. kerana hari ini ramai yang belajar hanya untuk mengambil sijil. Dr. Basit @ Abu Anas Madani
    pernah mengeluarkan kenyataan "berdoa mengadap kubur syirik" dan banyak lagi kenyataan yang bodoh dan kontraversial, ciptaan Wahhabi.

    BalasPadam
  2. muallaf29 September 2012 3:01 PTG
    Kenapa tuduh Ustaz Dr Zahazan wahabi?

    BalasPadam
  3. Dunia dah akhir zaman para ulama sendiri telah mula memurtad dan melaknatkan sesama sendiri inikah yang dikatakan dalam Al-Quran "kerna harta dunia yang sedikit para ulama akan disesatkan oleh nafsu yang tidak pernah kenal ketaqwaan sesaorang anak adam yang sentiasa dikelinlingi oleh para syaitan yang direjam". Adakah perlu seseorang ulama membuat kenyataan secara terbuka dari berbicara secara bersadara dalam islam dengan individu yang terlibat agar dapat mengelakkan salah tanggapan dari masyarakat yang kurang ilmu Agama.

    BalasPadam
  4. jangan sekali-kali maafkan dia ..... kalau dimaafkan dia akan buat lagi nanti .....

    BalasPadam
  5. kerja menuduh lebih mudah....sikit sikit wahabi..sikit sikit sesat...

    formulanya senang...ustaz.. bukan title wajib syurga...bukan title maksum...

    bukan semua ustaz cerdik..bukan semua ustaz rajin buat kajian...

    paling senang tuduh orang wahabi.....

    lepas mengaku ahlus sunnah wal jamaah...

    tak percaya tgk hujah ustaz kaki fitnah..mcm budak2...



    BalasPadam
  6. muallaf29 September 2012 3:01 PTG

    Bodoh...

    BalasPadam
  7. Mereka yg tuduh tnpa berjumpa dgn dr sndri lbh baik kmu bertaubat. Ini amaran keras kpd mrka yg memfitnah melulu. Ittaqullah .moga Allah menunjukkan jalan yg benar kpd mereka yg cetek akalnye.muktamad

    BalasPadam