Pengikut

Sabtu, 1 Ogos 2009

DEMO ISA : BUDI dan BAHASA ????

Assalamualaikum...

Bila tengok gambar nie rasa mcm tak percaya la pulak.
boleh dikatakan ini antara gambar terbaik hari ini.

Hakikatnya sapa yang pi demo tadi dapat merasakan budi yang ditaburkan mereka. Apakah bahasa anda ketika itu?

MERDEKA : SAPA YG KENA?

Assalamualaikum...

Hari ini 1 Ogos. Ada peristiwa besar yg akan berlaku... kita tunggu je.

Hari ini juga kita dah dengar pasal isu yg dah jadi agenda tahunan, isu gula berkurangan dipasaran.
dah lama dah isu kedengaran. Sudah lama isu ini menjadi tajuk2 utama akhbar. Tindakannya kita dah dapat jangka, kenyataan demi kenyataan akhbar akan menyusul selepas ini. Dalam nada yg sama jua. Kita dah boleh hafaz irama dan lagu yg akan berkumandang. Tindakannya? sendiri tengok, sendiri buat penilaian.

Hari ini juga isu pilihanraya permatang pasir dah bermula. Makin lama makin rancak. Kesegaran isu ini sentiasa berada di ranking teratas untuk ulasan isu panas.

Hari ini dalam sejarah...
Sapa yg kena hari ini?
anda semua memang bijak.
Semuanya adalah anugerah Allah.
Adakah kita sedia mensyukurinya?


sekian. Wassalam

Jumaat, 31 Julai 2009

ADUN PAS MENINGGAL DUNIA: PENGHUJUNG KEHIDUPAN


Untuk makluman semua, berita terbaru yg diterima,Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung.


Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.


KITA SAMA2 MENGHADIAHKAN BACAAN AL-FATIHAH BUAT BELIAU. MOGA-MOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN KEAMPUNAN KEPADANYA DAN MEMASUKKAN BELIAU DIKALANGAN ORANG2 YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI AZAB API NERAKA. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.


AL-FATIHAH...

Selasa, 28 Julai 2009

HUJJAH TV9 : KITA BELUM MERDEKA.


HUJJAH TV9 : Natrah:


Bagi sesiapa yg menyaksikan HUJJAH di tv9 sebentar tadi akan dapat menilai secara rasional betapa hakikat sebenar Malaysia masih belum merdeka dalam ertikata yg sebenarnya...
Peristiwa Natrah banyak mengajar kita betapa usaha berterusan penjajah untuk mengikis dan menghancurkan akidah ummat Islam merupakan suatu agenda yg tiada hentinya.
Menurut Prof. Dato Dr Zaleha Kamaruddin sebentar tadi peristiwa Natrah yg membangkitkan kesatuan Ummat Melayu yg beragama Islam untuk menyatakan rasa kecintaan pada agama dan mempertahankan agama dengan tenaga, harta dan nyawa mereka... Biar darah merah mengalir tumpah, jgn biar agama diperlaku sedemikian rupa...Itu dulu.. Penjajah melihat isu kesatuan ummat Islam dalam mempertahankan akidah merungsingkan mereka. Oleh itu penjajah berusaha, mengkaji, mendalami dan mencari dimana kelemahan ummat Islam, hasilnya apa yg kita lihat sekarang bagaimana keruntuhan nilai dan kekuatan akidah ummat makin hari makin longgar.Ini membentuk jiwa ummat melayu yg mempunyai permikiran mcm penjajah. Merasa kekok untuk mempertahankan maruah Islam, merasa kolot bila berpegang pada kesyumulan Islam dan macam2 lagi. Kita pun tahu unsur2 penjajahan itu terus bertahan dari dulu sampai kini.
Serangan permikiran yg melanda ummat Islam, menyebabkan Ummat Islam berhadapan dengan krisis keyakinan dalam hidup beragama seperti mana yg diajar oleh Nabi Akhir Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pada penutup HUJJAH tv9 tadi,ahli panel telah mengajak kita semua besatu kembali di bawah ISLAM. Inilah asas utama keutuhan dan kejayaan kita sebenarnya.
Ada hati dan akal fikiran pakat fikir, ada mata pandanglah kebenaran lantas mengikut jalan2 kebenaran dan ada telinga kena sering dengar hujjah2 kebenaran, ada cahaya pada kebenaran.. Allah jua pemimpin bagi org2 yg beriman...
Dulu, kini dan selamanya

sekian, Wassalam.