Pengikut

Sabtu, 17 Julai 2010

TIDUR BERSAMA


Tidur bersama dengan gaya yang sama...
Mimpi lain-lain.
Alangkah bestnya mereka kerana tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak atau barang-barang dipasaran...

MEMANG TIDAK MEMBEBANKAN!!!

Isu terkini:
Gaji hang puluh ribu, kalau ikut kira gaji hang memang la tak membebankan..

*-Gambari ini pulak memang menarik, menjimatkan dan kurang membebankan, bahkan mampu meringankan bebanan yang ditanggung..

Jumaat, 16 Julai 2010

JIMAT BELANJA...


Antara Penyelarasan dengan kenaikkan...
Sembunyi dalam terang lagi bersuluh..

Rabu, 14 Julai 2010

HANGAT : "KATAK NAIK KATAK"

Bila hari hujan dan musim hujan, memang banyak bunyi katak.
Tapi kali ini mari kita lihat gambar katak naik katak.

Entahlah... Macam-macam andaian boleh dibuat.
Mungkin serampang dua mata?
Kepuasan...dan dalam masa yang sama dapat banyak faedah lain.
Maklumlah bila dah berada di tempat sedikit tinggi, ruang penglihatan lebih luas dan jauh kehadapan serta sekeliling juga.
Suara pun lebih jauh kedengaran dari biasa.

*penting:Inilah dia gambar katak naik katak yang dimaksudkan, ada yang tahu tujuannya dan ada yg masih kabur hasrat hatinya...

Selasa, 13 Julai 2010

KAMI MASIH SAYANG UMNO, JGN FITNAH KAMI!!!

Bila hantu jadi punca....
Mukaddimah :
Payah la nak tahu mana yg betul.. kalau sah hantu, memang semua arif dan tahu akan perangainya...apatah lagi nak percaya pada ucapannya...

bukan apa,ini cerita psl ahli parti politik kat Malaysia yg masih sayangkann parti, tapi merasa kesal kerana kawan sendiri fitnah benda yg tak betul.fitnah pulak ada kaitan dengan hantu..lagi la tak patut...
apa pun pakat baca la cerita ini:

Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan Umno dalam Bahagian Jelutong mendesak pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi bahagian itu sejak tiga tahun lalu.

Wakil ketua Umno cawangan yang "tergantung" itu, Abdul Wahab Abdullah (kiri), berkata Zahid perlu berjumpa dengan semua ketua dan jawatankuasa 17 cawangan terbabit supaya krisis itu tidak berlarutan dan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Kami daripada 17 cawangan Umno ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang Umno, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan Umno hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Beliau berkata, semua 17 cawangan Umno itu kesal dengan tindakan kepimpinan bahagian Jelutong dan badan perhubungan negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.

"Sehingga tahun ini, kami tidak menerima apa-apa surat yang menyatakan status kami tidak sah atau digantung ataupun ditangguh dan oleh itu apa yang kami lakukan adalah mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing semalam," katanya.

Ahli-ahli Umno bahagian Jelutong juga melahirkan rasa kecewa mereka kerana Ahmad Zahid yang dijadualkan merasmikan mesyuarat agung tahunan (AGM) bahagian itu gagal berbuat demikian.

Selain Zahid yang juga naib presiden Umno, Senator Ezam Mohd Nor yang juga dijemput bersama langsung tidak kelihatan.

Sesetengah ahli mendakwa tindakan pemimpin itu seolah-olah meninggalkan mereka ketika menghadapi kemelut yang belum berakhir.

Abdul Wahab berkata, sebelum ini terdapat wakil majlis tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan Umno bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terbabit dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa semua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.

"Adalah tidak logik tuduhan bahawa cawangan-cawangan kami mempunyai ahli hantu kerana jika ia benar-benar berlaku, Umno bahagian Jelutong itu sendiri adalah tidak sah sekarang kerana kebanyakan kami adalah bekas barisan kepimpinan Umno bahagian itu dan telah pernah menghadiri persidangan perwakilan bahagian," katanya.

Beliau yang juga bekas ketua pemuda Umno bahagian Jelutong berkata tindakan kepimpinan bahagian itu sememangnya melemahkan parti kerana ketika presiden, Datuk Seri Najib Razak, memperkukuhkan pengaruh Umno di kalangan rakyat, bahagian itu pula menyingkirkan ahlinya.

Beliau berkata, lebih 4,000 ahli Umno terbabit memberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan jika MT masih tidak memberi sebarang keputusan, mereka mungkin akan membubarkan cawangan masing-masing dan keluar daripada Umno secara beramai-ramai.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman, berkata beliau telah menghantar surat kepada ahli-ahli daripada 17 cawangan itu untuk menyertai cawangan lain kerana badan perhubungan Umno negeri telah membuat keputusan untuk menutup cawangan mereka.
sumber :sini
*mencari tempat persinggahan dan tapak kehidupan yg lebih baik dan menjamin masa depan amatlah dituntut.

JANGAN LA RIAK!!!

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
*-adakah ini sebahagian dari riak?

Ahad, 11 Julai 2010

GAMBAR AHAD : MENJOLOK MATA!!!


*-Ini gambar menjolok mata. Hidung pun sama...