Pengikut

Sabtu, 18 Februari 2012

JENUHNYA BERATUR...












Panjangnya barisan,
Jenuh nak tunggu giliran. Ketaq la jugak kepala lutut sementara nak dapat.
Zaman makin canggih, semuanya dihujung jari, bukan zaman P Ramlee, ujar pemimpin bahagian yang lantang bersuara ketika pembahagian bantuan...

Khamis, 16 Februari 2012

SAPA YANG TAK TAHAN NAK KAWIN KENA TAU NI..

Bila dah ada kemampuan, kena bersegeralah mendirikan rumah tangga.
Supaya terpelihara diri dari ancaman nafsu syahwat yang tidak kena pada tempatnya.
Sebelum itu kenalah tahu hukum hakam berkenaan nikah khawin.
Antaranya soal hukum memakai inai, yang sering diabaikan oleh sebilangan besar dari kita.
Tentang aurat semua dah sedia maklum. Cuma nak ikut atau engkar.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

SUMBER : SINI

Rabu, 15 Februari 2012

INI BUKAN LEMBU KORBAN!

Tiada kaitan dengan isu lembu atau lembu kena korban.
Memang tiada kena mengena dengan NCF yang tiada kaitan dengan Menteri tu.
Ini kes Unta la pulak..:)

Selasa, 14 Februari 2012

ANWAR KENA PILIH ANTARA 2

Kena segera bertindak.
Samada tarik balik atau saman.
Ini bukan melibatkan 1 atau 2 orang. Ini melibatkan seluruh Umat Islam.
Apa pun, mai pakat ambik tahu pasal hal ini :

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.


Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

Sumber : SINI

Isnin, 13 Februari 2012

BAKAL MB KEDAH GUMBIRA..?

Tak mengenal waktu dan ketika,
Tetap membantu walaupun kalah.
Berusaha penuh daya menyelesaikan masalah rakyat.
Dengan cara itu, rakyat akan sedar, siapa yang benar-benar ikhlas memberi khidmat...
Akhirnya rakyat tertawan lah adanya... Ada harapan la nak jadi MB kot?

Mukhriz: Semakin ramai India sokong BN di Kedah
dicopy dari : sini
Sokongan masyarakat India di Kedah kepada Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin meningkat berikutan langkah BN yang sentiasa membantu masyarakat itu walaupun BN tidak mentadbir kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata peningkatan sokongan terhadap BN jelas terbukti dengan kehadiran ramai masyarakat India pada majlis-majlis politik, keagamaan dan adat anjuran BN di negeri ini.

"Faktor yang mendorong mereka menyokong BN adalah walaupun tidak memerintah Kedah tetapi BN masih membantu kesukaran hidup dan mengatasi masalah masyarakat tersebut," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pesta Ponggal MIC Bahagian Padang Serai, di Padang Awam Taman Selasih di Kulim semalam.

Mukhriz berkata selain itu, perasaan kecewa serta muak dengan janji-janji kosong pakatan pembangkang khususnya PAS yang memerintah Kedah, menyebabkan masyarakat India di negeri ini kini beralih menyokong BN.

"Golongan itu bukan sahaja kecewa malah berasa marah kerana apa yang dijanjikan selepas pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan," katanya.

Katanya, masyarakat India juga tertawan dengan keikhlasan perjuangan BN berbanding pengalaman yang mereka alami ketika PAS menerajui Kedah selama ini.

- Bernama

*Ni gambar menteri bukan MB.Tiada kaitan dengan cerita kat atas