Pengikut

Sabtu, 13 November 2010

AJAK AHLI UMNO LAKUKAN PERUBAHAN...


PAS perlu menang dengan kekuatan sendiri
Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 13 Nov:
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.

Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.

Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.

"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.

Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Umno berundur secara terhormat

Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.

Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.

"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.

Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.

Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".

Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".
sumber : harakahdaily

PESANAN TERAKHIR AYAH...


Pesanan yang sering dilupakan...
Pesanan yang kurang diberi perhatian..
Pesanan inilah yang paling bernilai dan berharga dari seorang ayah kepada anaknya...
Baca cerita ini :

KUALA LUMPUR: Jangan tinggal solat dan belajar bersungguh-sungguh untuk hadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), demikian pesan terakhir penyanyi Mohd Shamrin Abd Samad, kepada anak sulungnya, Siti Najwa, 17.

Shamrin, 45, dari kumpulan Fotograf yang meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, pada 6 petang kelmarin akibat sakit jantung.
Najwa berkata walaupun dia dan ayahnya tinggal berasingan akibat perceraian dua orang tuanya itu, bapanya sering menghubunginya dan sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk berjaya dalam pelajaran.
Najwa yang tinggal bersama ibunya, Noreda Mohd Razali, 45, di Taman Melawati berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan ayahnya kira-kira sebulan lalu dan ketika itu ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kesihatan dirinya.

Kira-kira tiga hari lalu saya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ayah dan mengatakan yang saya merinduinya dan dia terus menghubungi saya.

Dalam perbualan itu, ayah menasihatkan supaya saya fokus pada pelajaran dan SPM yang akan saya duduki tidak lama lagi dan berjanji akan membawa saya pergi bercuti selepas habis SPM, katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam USJ 22 di Subang, semalam.

Isteri Allahyarham, Jasrizatul Akhmar Abu Samah, 29, berkata pada mulanya beliau mendapat panggilan dari anak saudaranya memaklumkan mengenai kematian suaminya tetapi dia tidak mempercayainya kerana anak saudaranya itu suka bergurau.
Bagaimanapun, saya terus menghubungi telefon bimbit suami tetapi rakannya menjawab dan menyuruh saya segera ke Hospital Pakar Islam Kampung Baru, namun tidak memberitahu mengenai kematian suami, katanya.

Jasrizatul berkata setiba di hospital itu, beliau sekali lagi diberitahu mengenai kematian suaminya.

Beliau berkata, sebelum itu tiada sebarang perubahan atau petanda ditunjukkan Allahyarham tentang kesihatan dirinya.

Apa yang saya tahu memang sejak kebelakangan ini suami saya tidak cukup rehat tetapi dia seorang yang sihat dan tiap-tiap petang beliau bersukan, katanya.

Jenazah Allahyarham Shamrin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang, selepas solat Jumaat.

Shamrin pernah popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dan pernah merakamkan lagu duet bersama biduanita Datuk Sharifah Aini yang bertajuk Kamu Aku Satu. BERNAMA

Jumaat, 12 November 2010

DENGARLAH NASIHAT KAWANMU INI!!!


Jadilah contoh pada generasi akan datang...
Jangan bermasam muka atau suka bergaduh, tambahan pula sesama geng sendiri...
Usahlah banyak cakap jika percakapan itu banyak keburukan dan kata-kata nista...
Berkata baik atau diam..

Begitukah adanya...

Khamis, 11 November 2010

PAS SABOTAJ PAKATAN? @ TENTANG KRONISME?


Penyelewengan sememangnya boleh berlaku dalam kerajaan BN atau Pakatan Rakyat.
Sekiranya ada unsur-unsur yang menunjukkan kearah itu, maka amat wajarlah ianya disiasat dan diselidik dengan adil.

SHAH ALAM, 10 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan Adun Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara bulan lalu.

“PKNS sudah ada perjanjian integriti, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa audit profesional di MBI (Perbadanan Menteri Besar Selangor),” kata Menteri Besar Selangor pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid (gambar) yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS memberitahu, jawatankuasa itu akan menyiasat dakwaan PKNS menaja Jamuan Makan Malam Angkasawan sempena majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Pusat Konvensyen SACC.

Jawatankuasa audit itu turut akan menyiasat anasir kronisme apabila sekumpulan pegawai kontrak di bawah anak syarikat PKNS Holdings diberi gaji lumayan berbanding pegawai-pegawai tetap.

Khalid berkata, jawatankuasa audit itu turut akan memberi perhatian pada beberapa memorandum, termasuk daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosi Che Mat.

“Oleh kerana banyak sangat memorandum itu semua, saya suruh (jawatankuasa) audit berfungsi sekarang, sekarang dia mula menjalankan (siasatan ke atas) kenyataan-kenyataan itu, saya menyuruh dia (jawatankuasa audit) mendengar kedua-dua pihak,” jelas Khalid.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes PKNS akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).

“Dalam masa yang singkat, saya beri dia (jawatankuasa audit) masa selama dua minggu untuk buat keputusan,” katanya.

“Jika kita mendapati perlu (merujuk pada Selcat) kita buat, kalau kita dapati tak perlu, tak payah, kita akan buat semua ini apabila kita mendapat keputusan (siasatan) dari jawatankuasa audit profesional kita,” kata Khalid.

Seorang lagi ahli lembaga pengarah PKNS, Iskandar Abdul Samad pula selain sependapat dengan Khalid, beliau turut menafikan dakwaan umum kononnya tindakan Saari itu adalah sabotaj PAS negeri.

“Saya rasa kalau wujud unsur sabotaj, kalau mereka (pemberi maklumat) nak jatuhkan kerajaan, mereka tidak memberi kepada YB Saari, mereka akan beri pada (Datuk Seri) Dr Mohd Khir Toyo, Ketua Pembangkang.

“Dunia tanpa sempadan, sesiapa pun boleh buat semua ini, saya rasa mereka buat (dedah) semua ini untuk kebaikan PKNS,” jelas Iskandar yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Yang Dipertua PAS kawasan Pandan ini mempertahankan tindakan PAS Selangor membuat desakan terbuka ke atas pentadbiran Khalid supaya menyiasat kes tersebut.

“Memang tindakan yang wajar, sesiapa yang melakukan kesalahan maka perlu dihukum,” tegas Iskandar.

Semalam, Saari ketika sesi perbahasan Bajet 2011 mendedahkan beberapa pegawai kontrak dibayar gaji lumayan sekitar RM10,000 hingga RM24,000.

Shaari turut membangkitkan soal kos sewa, kos perpindahan, kos ubah suai pejabat korporat PKNS yang melebihi RM15,785,552.

Malah Saari turut mempersoal kaedah pelantikan Prof Erman Papzian sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.

Khalid dijangka akan memberi penjelasan khusus berhubung skandal di PKNS pada sesi penggulungan Bajet 2011 esok

tengok kat sini

Rabu, 10 November 2010

BERITA PELIK @ LUAR BIASA : ANWAR LETAK JAWATAN?

Memang ramai yang terkejut dan mungkin pengsan.
Berita pelik lagi memeranjatkan :
Sekiranya berita tersebut seperti ini :
KUALA LUMPUR :-Anwar Ibrahim akhirnya tunduk pada desakan Zaid dengan meletak jawatan dan berundur dari dunia politik buat selama-lamanya. Dia berkemungkinan menanam pokok kelapa sawit sebagai kerjaya barunya...tamat

Seandainya macam tu, ramai yang tak percaya dan ramai yang pelik, hairan dan muskhil..
Tapi berita sebenarnya seperti ini :

Anwar Tidak Akan Tunduk Desakan Zaid

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan tunduk terhadap desakan Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya berundur daripada parti itu dan menyifatkannya sebagai satu pandangan peribadi.

Bagaimanapun, katanya beliau sedia mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada desakan daripada pemimpin parti tersebut yang mahu beliau berundur daripada PKR.

"Itu pandangan dia (Zaid). Namun jika ada konsensus daripada kalangan pimpinan saya akan pertimbangkan tetapi dalam perkara ini tidak pernah saya dengar lagi. Ini kali pertama kali saya dengar daripada Zaid," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari Selasa.

Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang medianya hari ini menggesa Penasihat PKR itu dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali berundur kerana merekalah punca segala masalah dalam parti.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pandangan tersebut disuarakan bagi memastikan PKR terus relevan sebagai sebuah parti pembangkang dengan berkesan.

Anwar juga meminta Zaid supaya mengemukakan ketidakpuasan hatinya berhubung proses pemilihan parti itu kepada jawatankuasa pemilihan serta jawatankuasa disiplin parti tersebut.

Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu akan diteliti dan disiasat secara terperinci dan sekiranya dakwaan yang dikeluarkan Zaid sebelum ini adalah benar, maka tindakan selanjutnya akan diambil.

-- BERNAMA

Isnin, 8 November 2010

BERUNDUR KERANA APA?


Dah tahu siapa yang berundur...
Macam-macam sebab bila berundur.
Antaranya :
1-Berundur kerana tahu kemampuan diri
2-Berundur kerana tekanan
3-Berundur kerana merancang tektik baru
4-Berundur kerana memberi ruang pada pelapis baru
5-Berundur kerana kecewa dan putus asa
6-Berundur kerana dia...
7-Berundur kerana....(pakat isi sendiri dan fikirkan sendiri )

Setiap amalan yang baik akan diberi ganjaran oleh Allah. Begitu juga dengan amalan yang buruk.setimpal dengan apa yang dikerjakannya.Tiada sebarang kezaliman bila tiba saat perhitungan di sisi Allah...
Begitulah adanya...

Ahad, 7 November 2010

PERANGAI HASAD DENGKI (PhD)

Perangai hasad dengki memang ada pada kebanyakan ummat Islam. Tak suka atau perasaan tidak senang hati dengan kelebihan-kelebihan yang dicapai oleh seorang lain dan ia berusaha pula untuk menghapus dan melenyapkan kelebihan-kelebihan itu daripadanya.

Sebolehnya dia akan berusaha sedaya mungkin untuk melihat keburukan menimpa orang lain yang hidup aman sentosa.

Dalam banyak-banyak hasad, ada 2 je hasad yang dibenarkan oleh Syariat.

Terjemahan hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w. Tidak dibenarkan berhasad kecuali pada dua perkara sahaja iaitu seorang yang dikurniakan oleh Allah hartabenda maka ia membelanjakannya pada jalan yang benar dan seorang dikurniakannya ilmu pengetahuan lalu ia mencari kehidupan dengannya dan ia mengajarkannya.

Pengajaran Hadis:
Di antara pengajaran yang dapat difahamkan ialah:

1. Kita mesti menjauhkan diri kita daripada sifat-sifat buruk seperti hasad dengki dan sebagainya.

2. Kita dikehendaki berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kekayaan dan pengetahuan sebagaimana yang didapati oleh orang lain.

3. Kita juga dikehendaki berlumba-lumba dengan tujuan mendapatkan kemajuan dan kebahagiaan hidup.