Pengikut

Sabtu, 19 Mac 2011

RASA NAK MARAH? TENANGKAN IA SEMULA...

Megetuk pintu hati.
Menjadi pedoman dan petunjuk sepanjang hidup...

video

Jumaat, 18 Mac 2011

BERHUTANG UNTUK MELABUR? BOLEH KE?

1- Saya ada sedikit kebingungan, kebimbangan dan kekeliruan...

Saya takde duit nak melabur. Maklumlah gaji tak berapa cukup. Harga barang keperluan makin melambung-lambung. Susu, beras, tepung, roti, ikan, sayur, kelapa dan macam-macam lagi semuanya kena beli untuk bagi makan anak isteri.
Nak bergerak petrol kena isi, tol kena bayar hari-hari. larat ke saya nak kayuh basikal hari2 pi tempat kerja? Umur makin tua.. Kudrat makin tiada..

Masalahnya ialah bila mana mak saya, pak saya, mak mertua saya, pak mertua saya, ipar duai saya sering berleter suruh saya buat pinjaman, dan duit tersebut boleh dilaburkan. Buat macam depa dok buat. Untung maaa...
Isteri saya turut terpengaruh dengan leteran tersebut. Saya dah pesan kat isteri tersayang, jangan terpengaruh dengan bisikan tersebut.
" Orang tak paham tahap sebenar kewangan kita, walau dalam slip gaji nampak macam banyak je masyuk.Hakikat yang sebenar kita yang tanggung.." nasihat berhikmah saya pada isteri. Tapi dia kecundang juga dengan desakan.

Akibatnya saya sering diberi tekanan supaya membuat pinjaman dengan segera sebelum menyesal dikemudian hari.
Suami mana tak sayang isteri?
Maaf...Itu bukan soalan sebenar saya..

Soalannya ialah adakah boleh saya berhutang kat bank, kemudian dengan wang tersebut saya melabur dalam ASB ?

Jawapan :
Jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
2- OK... Kalau macam tu, apa pula hukum melabur kat ASB sebenarnya?

Jawapan : Kalau nak diterangkan kat sini memang panjang lebar.

3- Kalau panjang lebar, Pendekkan!!!!
Jawapan : Kalau pendek, nanti boleh mengagalkan kepahaman anda tentang hukumnya.
Ianya perlu dijelaskan dengan jelas, terang dan nyata.
Oleh yang demikian, adalah baik jika anda membacanya dengan teliti dan membuat perbandingan sebaik mungkin.
Baca kat SINI Atau SINI.
Kena rajin baca. Baru minda lebih mudah menerima kebenaran dan Ilmu itu adalah Nur...
Mudah-mudahan kita bersedia menerima apa yang TERBAIK buat kita, isteri kita, anak-anak kita dan generasi seterusnya...


*gambar hiasan

PBB TUNJUK JANTAN?

Tiba-tiba je amat pantas PBB bertindak . Mesti ada sebab musababnya.
Kalau kat Palestin, lembab, lembik, macam takde undang-undang antarabangsa.
Semuanya memberi keuntungan pada Israel.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan PBB mengundi membenarkan serangan udara bagi menghentikan asakan tentera Muammar Gaddafi terhadap kawasan yang dikuasai pemberontak dengan pengeboman dijangka dilancarkan tidak lama lagi. - AFP
dicedok dari sini

Khamis, 17 Mac 2011

LAMA BEBENOR TAK DENGAR CERAMAH ISMAIL KAMUS...

Memang dah lama tak dengar ceramah Dato Ismail Kamus.
Ceramah, tazkirah yang disampaikan mampu memukau hadirin yang datang.

Mudah dan senang paham.
Pagi ni terbaca berita tentangnya.
Semua boleh tengok gambar dan cerita terbarunya kat SINI.
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau dan dapatlah dia meneruskan agenda dakwah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.
Kita pakat-pakat doa agar dia cepat sembuh dan kembali sihat walafiat...InsyaAllah..

Rabu, 16 Mac 2011

MASIH BUDAK, TAPI DAH PANDAI...

Jangan pandang-pandang
Jangan pegang-pegang je.
Kena la belajar bagi pandai.
Baru boleh jadi macam kat bawah ni :

video

Selasa, 15 Mac 2011

BAHAYA DITANGGUNG MEREKA SEHINGGA 2012?


Engkau tak tahu apa,
Mak ayah engkau juga tak tahu tentang bahaya itu,
Mana paham apa itu 'polikarbonat"
Apa kesannya pada kesihatan atau pada tubuh?
Abis tu nak buat macam mana?
Tunggu je la 2012...
Kalau ditangguhkan?
Tunggulah lagi... Yang penting tak ada syarikat pengeluar yang rugi...

cerita berkaitan : SINI