Pengikut

Sabtu, 22 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN KARIM...

Assalamualaikum

Ucapan Syukur pada Allah atas kurniaannya maka dapat kita sekali lagi bertemu Ramadhan yg penuh dengan limpahan rahmat dan keampunan...

Moga Ramadhan bulan turunnya Al-Quran pada tahun ini memberi ruang dan peluang pada kita untuk menambahkan lagi amal sebanyak mungkin. Biar kita beroleh kehebatan dan kelebihan malam lailatul qadr yg dijanjikan kelebihan seribu bulan= 83 thn lamanya.



Ramadhan menggamit ingatan pada kedua ibubapa yg berada dikampung. Semoga mereka berdua sihat dan beroleh kekuatan untuk terus melaksanakan kewajipan berpuasa.
Tentu mereka sedia menanti kepulangan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit yg tersayang untuk memeriahkan waktu berbuka puasa. Tentu adanya Keli bakar dicicah dengan air asam santan memecah selera ketika berbuka...memang sedap!!!
IsyaAllah saat itu akan dikecapi bersama...
Selamat menyambut Ramadhan yg mulia kepada semua sanak saudara, sahabat handai, kawan-kawan dan seluruh muslimin dan muslimat.

sekian, Wassalam.

Khamis, 20 Ogos 2009

PERMATANG PASIR: WIRA YG KECUNDANG @ KAMBING HITAM MENJADI WIRA ?



Assalamualaikum.

Bila membaca berita tengahari tadi kita dapat saksikan episod baru pertandingan di Permatang Pasir.
Bukan lagi Ust. Salleh Man yg akan berhadan dengan Rohaizat Othman. Tapi Rohaizat terpaksa berhadapan pula dengan bekas rakan kongsinya Yusri Isahak.

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak berkata, beliau akan menemui kepimpinan PAS dan PKR untuk menggunakan pentas ceramah mereka bagi memberi penjelasan mengenai isu tersebut serta membersihkan dirinya.

Sapa sebenarnya yg menjadi WIRA dan siapa pula yg menjadi KAMBING HITAM dalam isu ini kita akan saksikan siapa yg kena atau siapa yg mengena?

Nabi telah mengajar Ummatnya bagaimanakah cara memilih pemimpin dikalangan kamu. Apabila pemimpin yg dilantik adalah dikalangan orang yg bukan ahlinya maka Nabi telah memberi amaran, Kata Nabi : tunggulah kehancurannya, nescaya rosaklah dunia akibat tangan2 mereka..

Oleh itu, bagi yg ada hak untuk mengundi dipermatang pasir dan diseluruh malaysia hendaklah mengambil kisah pertembungan bekas rakan kongsi ini sebagai pedoman dalam memilih pemimpin. Pilihlah calon2 yg mempunyai ciri2 kepimpinan, samda amanah, berakhlak,adil dalam memimpin. Kita tahu siapakah calon tersebut!

Sekian. Wassalam.

Isnin, 17 Ogos 2009

1 MALAYSIA : MACAM-MACAM ADA


Assalamualaikum...

Macam-macam ada. Maksudku, Hari-hari yg kita lalui menyaksikan pelbagai hal yg berlaku, macam-macam isu timbul. Kalau nak ulas semuanya jenuh laa...
maka oleh yg demikian marilah kita bersama merenung dan mengambil kebaikan pada peninggalan amat berguna ini.

Diceritakan daripada Abi Hurairah berkata:

sabda Rasulullah s.a.w. :setengah daripada keelokkan Islam seorang itu ialah ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak mengenai atau yang tidak bersangkut paut dengannya.

Nak lebih paham lagi kita renung pula huraian hadis ini:

Ramai orang suka mengambil tahu dan membicarakan hal-hal keburukan orang lain dan yang tidak kena mengena dengannya. Perbuatan sedemikian boleh menimbulkan keadaan buruk hingga membawa kepada pertelingkahan di antara satu dengan lain.

Dalam hadis di atas Rasulullah mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan mempedulikan keburukan orang lain yang tidak ada kena mengena baginya, demi untuk menjaga kesempurnaan dan keelokkan ugamanya. Orang-orang yang suka mengambil tahu dan menyelidik hal-hal orang lain itu sudah tentu akan menimbulkan gejala-gejala yang tidak baik dan akan membawa kepada pertelingkahan.

Oleh itu janganlah kita mencari rahsia orang dan membincangkan perkara-perkara yang tidak ada gunanya bagi kita semoga dengan demikian pegangan kita dengan Ugama Islam akan menjadi lebih sempurna dan lebih elok lagi.

makin nak paham kan? sambung sikit lagi...bab pengajaran hadis.

Di antara pengajaran yang dapat difaham dari hadis di atas ialah:

1. Hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada perselisihan di antara sesama sendiri.

2. Kita jangan membincangkan perkara-perkara orang lain yang tidak ada guna bagi kita.

3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang tidak baik itu adalah menunjukkan keelokkan Islam seorang itu.

sekadar itu saja ye.
Hidayah adalah dari Allah...

sekian, Wassalam.

Menyemai Siasah Kebencian

Oleh : Muhaimin Sulam

1. Dalam kehidupan politik hari ini, pantang sekali tengok orang buat salah dan tersalah. Terlajak sikit, dimaki bertimbun-timbun. Tak dapat batang tubuh orang, bayang-bayang pun dilanyak sakan. Semacam aku seorang sahaja yang tidak bersalah dan salah. Keuntungannya dari kesilapan musuh. Terasa rugi kalau musuh bertindak benar dan betul.


2. Kadangkala mamat tu dah ok, tapi dicari kesalahan anak beranaknya pula. Sampai dicari tujuh jurai keturunan. Cari siapa kawan dia. Apa dibuat masa mudanya.........Alasannya mudah, demi survival politik beb!


3. Pelayar dan penulis blog pun sudah naik marhalah sebagai Murshidul Am untuk semua parti. Kononnya demi perjuangan. Setahun kacang masuk politik, berdegar-degar idea kosong ditabuh. Sebijik saling tak tumpah dengan media perdana yang busuk lagi membusukkan.


4. Yang lebih malang, ramai pula Lebai Malang terkial-kial mengejar kenduri 'maklumat'. Terliur-liur keletihan mengejar seperti anjing kehauasan. Dan kemudian menyalak-nyalak bikin kacau orang mau tidur malam.


5. Selamat malam kalian:



Demokrasi itu sememangnya

Untuk kita memilih berpecah

Yang kita agungkannya

atas nama kebebasan

dan juga kebenaran

lalu kita pisahkan milik sendiri

atas nama perjuangan

siasah ini menyemaikan kebencian

mengelapkan kefahaman

memilikkan kebenaran

jauh untuk berkongsi dengan musuh

jauh sekali untuk

menadah bersama


swansea.uk.

dipetik dari blog : http://muhaiminsulam.blogspot.com/