Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

TG NIK AZIZ : BLOG CELAKA !!! ( BAHAGIAN 2 )

Asalnya " Dengar khabar" "dengar cerita"
pastu bila dah tersebar daripada individu ke individu,blog ke blog,sms ke sms, email ke email atau apa je la yg sepadan n sewaktu dengannya. Maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.pastu yg bacanya pulak berbeza dari tahap ilmu, aras permikiran serta kemampuan menilai yg adakalanya bagus dan ada yg kureng.
Berita panas,gempar n sensasi, terutama melibatkan individu ternama,terkenal,terhebat, terbijaksana atau tersohor akan mudah mendapat perhatian khalayak.
Bila kita dapat sedikit maklumat, terus berita itu disebarkan melalui pelbagai cara, sms, mms, email, tel, atau macam2 la lagi saluran yang ada,ia merebak dengan mudah.pantas dan cepat. Paling merana bila berita yg kita sebarkan itu hanya fitnah atau ada unsur fitnah. Lantas kita menjadi antara punca2 fitnah tersebar walau kita tidak berniat nak buat fitnah atau menyuburkan fitnah. Tetapi atas sebab kegagalan kita mengenal pasti secara lebih teliti tentang sesuatu berita menyebabkan ada yg merasa kepedihan dan kesengsaraan bahana fitnah.
Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita fitnah atau berunsur fitnah.
Terkadang tu pihak yang turut TERbabit (secara sedar atau tidak )menyebar dan menyuburkan fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan menyumbang kearah kemerebakannya seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Allah dah sebut tapi sentiasa kita lalai:
"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" - Al-Nisa':114

Allah turut menyatakan tentang bahayanya :
..Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Secara mudahnya bila adanya fitnah maka adalah dosa bagi yg buat fitnah dan penyebar2 fitnah. Alangkah celakanya bila kerja-kerja jahat ini menyebabkan kita makin menjauhkan diri dari syurga. Alangkah benarnya Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka jelaslah tiada lagi kegembiraan dan kebahgiaan bilamana kecelakaan menimpa atas hasil dari tangan2 kita.
kata ahli ilmu : Org yg paling berbahgia adalah orang yg menyebarkan kebahgian kepada orang ramai.
Allahu Akbar!!!
wassalam.
#keterangan gambar :Malang tak berbau.

Selasa, 29 Disember 2009

TG NIK AZIZ :BLOG CELAKA!!!

Assalamualaikum.
Gempar isu tentang blog celaka...antara pecat atau letak jawatan?
sapa yg kena?
Ambil iktibar dan sebagai ingatan bagi yg lalai.
Bagi blog yg suka menyebarkan fitnah (dapat berita tak siasat dulu dengan teliti) tak kisah dilebal dengan apa pun.
setakat Nik Aziz kata celaka takde bendanya bagi golongan ini.
Amaran Allah pencipta sekelian alam pun mereka tak ambil kisah, yg penting berita yg disampaikan tu panas n meletup habiss.

Biar ramai2 dapat berita dengan cepat.Soal benar atau palsu belakang kira, negara demokrasi n slogan kebebasan bersuara menjadi hujjah.
Allah sebut :Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Puncanya Jahil.Menyesal akhirnya...
#keterangan gambar : kelalaian dan terlalu suka tergesa-gesa atau gopoh antara punca kemalangan ngeri.
Wassalam

Isnin, 28 Disember 2009

paham-paham je la...

Angguk-angguk, geleng-geleng, pakat paham sendiri la ye...

Ahad, 27 Disember 2009

BILA TERLAMPAU TAKUT

"Lebih Baik Pakai Pampers"

Bagi yg ambil berat tentang perjuangan mereka dan istiqamahnya mereka mempertahankan agama dan tanah air dari ancaman dan serangan zionis pasti tahu tentang Kehebatan Pasukan Al-Qassam.
Sehingga memaksa tentara Israel mengenakan Pampers.
Bukan hanya bayi yang mengenakan diapers bahkan tentara Yahudi-Israel juga mengenakannya.
Tapi bukan karena mereka pakai saja-saja. Tapi Ini disebabkan karena mereka takut buang air di luar kenderaan kereta kebal atau kereta perisai mereka karena khuatir dan amat bimbang dengan serangan para pejuang Al-Qassam.

Gara-gara sikap kepondanan dan kedayusan tentera Yahudi ini, para pemuda Palestin memberi gelaran baru pada mereka dengan panggilan"Jaish Pampers"(tentara Pampers).

Kata pejuang palestin :

“Di mana keberanian tentara itu (Israel), yang menyerang dengan sokongan dan dokongan teknologi. Dari udara, dari atas awan, dari laut, serta dari dalam kereta kebal mereka yang tercanggih dan terhebat itu, untuk berhadapan para pemuda yang tidak memiliki banyak senjata, akan tetapi mereka mampu mengalahkan tentera ini,”
“Dan kami akan menggambarkan betapa pengecutnya para tentara Zionis itu, adalah hal yang paling pelik, bahawa yang selalu kita anggap sebagai angkatan tentera yang terkuat di dunia tapi mengenakan Pampers, dan mereka tidak mau keluar dari kereta kebal untuk menghadapi para pejuang,” tambah pejuang Al-Qassam.

Berita ini menjadi bualan hangat dikalangan penduduk palestin. Betapa tentera Yahudi ini terpaksa menempah diapers yg lebih besar ukurannya supaya lebih tahan lama dan lebih menyerap... Itulah adanya...

Khamis, 24 Disember 2009

HUKUM UCAP SELAMAT PADA HARI KRISMAS ATAU SELAINNYA

Assalamualaikum.

Ramai dikalangan kita masih belum mengetahui secara jelas tentang hukum mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari Krismas atau selainnya. Berikut disiarkan beberapa pandangan tentang hukum tersebut.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid dalam fatwanya menyatakan seperti berikut :
"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Cukup jelas lagi terang bukan? mudahan ada manafaat pada perkongsian ini.
Sekian, Wassalam.

Rabu, 23 Disember 2009

THE LOSS OF F-5E ENGINE: DOES AL-MAUNAH COME BACK?

Assalamualaikum.
isu kehilangan Enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM yang bernilai RM50 juta terus diperkatakan. Bukan SATU, tapi DUA..
' Perkara serius kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Dia akan berusaha bersungguh2 untuk membongkar segalanya dan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes ini.rujuk sini

Soalnya adakah kehilangan ini ada hubung kait dengan geng Al-maunah yg terbukti hebat mencilok ribuan senjata dikem tentera sedikit waktu dahulu?
mungkin Tan Sri Abdul Gani Patail patut menyelidik kembali adakah geng Al-Maunah dulu ada yg terlepas bebas? serba mungkin.

Berasaskan kenyataan Peguam Negara, kes ini menjadi semakin rumit kerana membabitkan pelbagai agensi seperti kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin. Oleh kerana Peguam Negara dah berjanji akan menyiasat sepenuhnya maka kita rakyat yg akur dan patuh kena la pakat tunggu je la sapa yg kena.


Rakyat pastinya mengharapkan Penjenayah,merangkap pencuri,pengkhianat dan penderhaka kepada negara ini tidak terlepas bebas dan bersuka ria dengan hasil jualan enjin yg sukar nak didapati dipasaran. kalu tengok kat muka hadapan Sinar Harian hari ini, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi berkata mereka yang terlibat dalam kehilangan ini adalah penderhaka. Kata beliau mereka bukan sekadar pencuri tetapi pengkhianat dan penderhaka kepada negara.


Jgn pula lepas ini keluar la pulak berita " bukan dua, tapi banyak lagi yg hilang,hingga tak mampu nak siasat. Naya 1 Malaysia.Mudahan tidak begitu.

Jual kopi Radix dengan minyak but2 lagi ok.walau untungnya tak la sebanyak macam jual enjin F-5E, tapi Halalan thoiyiba... gempur jgn tak gempur.
sekian, wassalam.

MULUT KENA TUTUP, tANGAN MENYATAKAN KEBENARAN, KAKI JADI SAKSI.

Assalamualaikum.

Alangkah gumbiranya jika hidup kita dipenuhi dengan kebahagian dan sarat dengan keindahan iaitu hidup tanpa keraguan, tanpa kebimbangan, tanpa kebosanan dan tanpa keluhan...Maka Hijrah mencari kebenaran dalam penulisan dan pena itu menjadi senjatanya adalah antara jalan2 menghindari kegelisahan, kesengsaraan dan kegagalan.

Nun. Demi pena dan catitannya. (al Qalam:1)

Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid. (Qaf: 18)

Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu. (Yassin: 65)

Penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya.

Tulisan boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna...katakan YA pada kebenaran...

sekian. Wassalam

Jumaat, 18 Disember 2009

HIJRAH ITU PENGORBANAN...

Assalamualaikum.

Sesungguhnya manusia hanya bernilai di sisi Allah SWT sekiranya mereka berpegang teguh dengan aqidah yang benar dan agama Islam yang murni.ALLAH SWT meletakkan kesucian agama dan aqidah mengatasi segala-galanya di muka dunia ini.

Hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat ke Madinah, bukan semata-mata hijrah menyelamatkan diri dari gangguan Quraisy. Sebaliknya setelah kesucian Islam dan aqidah dalam dada dan jiwa manusia terancam oleh musuh. Setelah pelbagai usaha untuk menyelamatkan agama dan juga aqidah menghadapi jalan buntu di Makkah, maka Allah SWT memerintahkan Rasulnya berhijrah.
Sebab itu demi agama dan aqidah, mereka tinggalkan seluruh harta duniawi untuk berhijrah ke Madinah. Nabi s.a.w. mengajar umatnya supaya menyelamatkan aqidah dan agama yang suci, dan hati mereka tidak terpaut dengan apa jua kepentingan duniawi.
Justeru itu Allah SWT mewajibkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mengorbankan segala kepentingan diri dan kekayaan duniawi, demi mempertahan dan menyelamatkan agama yang suci dan aqidah yang murni.

Ringkasnya, perjuangan itu memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan itu hadir dari jiwa yg ikhlas,dan keihlasan itu datangnya dari iman dan takwa.
Selamat menyambut Tahun Baru...
sekian. Wassalam

Khamis, 17 Disember 2009

Datuk Ahmad Yaakob : "bukan perkara main-main."

Assalamualaikum.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ(153)

Maksud Nya :

“Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”

Surah Al Baqarah Ayat :153

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan. "Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar... ia bukan perkara main-main. "Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya. Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan. "Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja. "Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

"Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan," katanya.
dipetik dari: http://anaksengat.blogspot.com

Rabu, 16 Disember 2009

Datuk Johari Baharom penyelamat Kerajaan 1 Malaysia?

Isu panas membakar...

...Sebenarnya ketika ‘panggilan kecemasan ‘ pertama dikeluarkan pada semua Ahli Parlimen BN,beliau sedang berada dalam kereta dekat Kuala Klawang,Negeri Sembilan dalam perjalanan menuju ke Muadzam Shah di Pahang.

Demi tugas semata-mata untuk meninjau segera masalah seorang pengusaha syarikat tenusu yang hendak membuang dua lori tangki susunya - beliau terpaksa redah ke situ pada sebelah malam.

”Saya mulanya jadi serba salah ketika menerima panggilan kecemasan suruh datang segera ke Parlimen dari Datuk Zainal .Saya memang nak pergi tengok sendiri masalah pengusaha tenusu itu.Namun saya sedar kalau tidak segera berpatah balik ke Parlimen…masalah amat besar akan menimpa kerajaan,”katanya.
bacaan lanjut sila baca di Agendadaily.com

LALAI DAN MELAMPAU BATAS

Assalamualaikum.
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Maka wajar kita mengetahui antara puncanya ialah lalai dan melampau batas.

Antara Ciri-ciri orang yang lalai kepada Allah.

•-Mereka cenderung mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap ketentu-ketentuan Allah. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (AL-Kahfi-28)
•-Mereka yang hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia.
•-Mereka terus menerus menempuh jalan yang sesat,tidak mahu mengikut jalan yang benar. Allah berfirman: "Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka apabila melihat ayat-ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka milihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu, adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka selalu lalai daripadanya." (Al A’raf-146).

Hanya satu jalan sahaja untuk kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai iaitu firman Allah: "Dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." Al 'Araf ayat 205

Jadi, mengingati Allah dan merendahkan diri adalah jalan bagi kita terhindar dari menjadi golongan yang lalai

Selasa, 15 Disember 2009

TEGUHKAN KOTA KITA

Rakan Kongsi Perniagaan HPA sekalian....
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian boleh membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda terhadap keutuhan kota kita.

Perkara2 yg boleh mendatangkan keruntuhan kota kita:
1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.
3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.

4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
5. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
SUMBER : KOTAKITA
P/S : Pengunjung Blog ini dijemput menjadi ahli HPA, sebagai tanggungjawab sebagai Muslim. Marilah kita sama2 hari demi hari menjauhkan diri kita dari membeli dan menggunakan barangan buatan orang bukan Islam. Selagi berdaya. Bagi yg berminat Boleh email pada penulis : wanzs12@yahoo.com

Isnin, 14 Disember 2009

ARAK DAN JENAMANYA

assalamualaikum ustaz,
seorang rakan saya mempunyai baju berlambang carlsberg dan memakainya. ada sahabat2 saya yang mengatakan haram memakainya,bolehkah saya tahu apakah hujah2 jika hukum memakai pakaian itu adalah haram?

terima kasih.jazakallah

Jawapan :

Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.

Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.

Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina.

Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2.

Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka?

Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam.
SUMBER : DI SINI.

Sabtu, 12 Disember 2009

LAGENDA TERSOHOR : SUARANYA MEMUKAU

Assalamualaikum...
Malam2 minggu begini, bagi yg tidak pernah melihat wajah lagenda ini dan belum pernah mendengar suara emasnya bolehlah melihat dan mendengarnya.
Beliau yg dimaksudkan ialah :Syeikh Abd. Basit Abd Samad. Sama2 kita hayati dan menyedari keindahan bacaan ayat2 suci Al-Quran yg menjadi petunjuk dan pedoman kepada orang2 yg beriman sepanjang zaman hinggalah hati qiamat...

video

Jumaat, 11 Disember 2009

MESTI TENGOK: BAGAIMANA GAJAH MELAHIRKAN ANAK

video

Assalamualaikum...

Jarang kita melihat situasi ini. Betapa hebatnya ciptaan Allah, kasih sayang di antara ibu dan anak menjadi pengiktibaran kepada manusia supaya insaf dan belajar dari kehidupan...Subhanallah...

Ahad, 6 Disember 2009

SUSAH HATI...

Assalamualaikum.
Ada yg antar email minta sebarkan article ni. Untuk renungan pada sapa yg sudi, jadi saya siarkanlah :

"Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Itulah dia..wassalam

Jumaat, 4 Disember 2009

JAHAT SANGKA DAN HASUT MENGHASUT

Assalamualaikum.
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian boleh membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda masyarakat.

Perkara2 yg boleh mendatangkan keruntuhan ummat:
1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.
3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.
4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
5. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

Oleh itu orang-orang Islam hendaklah hidup berbaik-baik dan hormat menghormati di antara satu sama lain serta mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama.

Sekian. Wassalam.

Khamis, 3 Disember 2009

MEROBOH RANGKAIAN PENINDAS

....Media adalah senjata yang boleh membunuh dengan mudah fikiran manusia. Sebab itu protokol Zionis menjadikan media sebagai alat utama membentuk persepsi manusia. Islam juga menyedari peri pentingnya peranan media, lantaran itu ayat surah Hujurat memberi panduan dalam penyebaran berita khususnya ayat 10. Tak cukup dengan itu, peristiwa Hadis al Ifk berkaitan kisah fitnah terhadap Aisyah dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran untuk di hadam oleh umat Islam khususnya penulis dan penyambung berita seperti blogger.

Islam mengajar kita menulis dengan tanggungjawab bahawa kita akan menjawab dan menanggung segalanya di akhirat. Menulis bukan mencari glamer dengan mengorbankan segala prinsip dan kira bicara akhirat. Jauh sekali menulis dengan fitnah jua membangkitkan kembali fitnah.ini adalah asas paling minimum bagi seorang muslim...

baca seterusnya di blog : anak sengat

Rabu, 2 Disember 2009

NAK JADI HERO? JGN SAMPAI BINASA DIRI!

Assalamualaikum.
Baca jgn tak baca. Sebagai ingatan mudahan kita tak mudah alpa:
Kesimpulan :
Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:

a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.

Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.


Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.


Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.
Dipetik dari: tranungkite.net

Selasa, 1 Disember 2009

RXZ VS NISSAN

Assalamualaikum.

Kemalangan ngeri ini berlaku depan mata,sewaktu singgah makan malam dlm perjalanan balik perak.RXZ bertembung dengan van nissan.


Melambung penunggang RXZ jatuh dalam parit tepi jalan,terbenam dalam selut. Tiada kematian, cuma patah n cedera parah dibahagian muka penunggang RXZ.



Berhati2 dijalan raya. Doa jgn lupa...
sekian, wassalam.

Isnin, 30 November 2009

NOSTALGIA

Assalamualaikum.
Perjalanan dari Kampung setelah pulang berhari raya Aidil Adha memang memenatkan. Bukan sebab penat berhari raya, tapi penat menghadapi kesesakan yg melanda lebuhraya utara selatan.

Bayar tol mahal, tapi sesaknya amatlah mentensionkan seluruh jiwa dan raga.Pergerakan kenderaan macam siput je... kalau naik basikal lagi cepat sampai rasanya. Ujian betul...

Khamis, 26 November 2009

ANTARA NIKMAT DAN BALA

Assalamualaikum.
Kehidupan tidak dapat tidak akan berhadapan dengan pelbagai ujian.
ecara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.

Contoh ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat antara lain ialah pangkat, kedudukan, kuasa, kekayaan, kemewahan, sihat tubuh badan, tidak pernah sakit dan mcm2 lagi. Manakala ujian Allah SWT dalam bentuk bala antara lain ialah kemiskinan, kemelaratan hidup, sakit, kematian ahli keluarga terdekat dan lain2. Ada yg mampu mengharungi nikmat ini dengan jaya dan realitinya ramai yg gagal dan kecundang.


Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT.Tidakkah terfikir oleh kita kenapa sesudah diberikan dengan pelbagai nikmat, Allah SWT musnahkan pula mereka dan segala nikmat yang telah mereka perolehi.
Perkara inilah yang dinamakan istidraj.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)

Sebenarnya manusia yang telah diistidraj adalah jenis manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat dosa dan maksiat masih merasakan Allah SWT amat menyayanginya
Mereka memandang hina kepada orang yang kuat beramal soleh. “Dia tu siang malam ke masjid tetapi basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadatnya tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong”. Sebenarnya nikmat yang banyak Allah SWT berikan kepadanya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Ringkasny, Semakin banyak nikmat yang kita perolehi sepatutnya semakin kuat kita bersyukur dan terus menerus mencari keredhaanNya sepanjang hayat.
sekian, wassalam

Isnin, 23 November 2009

SIAPA HIPOKRIT?

Assalamualaikum.

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."
Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr.


Huraian :
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrik itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

wassalam.

Ahad, 22 November 2009

MASUK MASJID : BOLEH KE?

Assalamualaikum...

Sehari dua ini saya dihujani pertanyaan ekoran kontroversi yang berlaku di Selangor berkaitan isu non-muslim masuk ke masjid. Saya merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.



Benarkah demikian? Apakah sebenarnya pandangan para fuqaha berkenaan dengan isu ini? Jika dikaji sebenarnya terdapat perbezaan pandangan yang ketara di dalam isu ini ekoran tiadanya nas mutlak yang melarang orang-orang bukan Islam memasuki masjid. Perbezaan itu bolehlah diringkaskan sebagaimana berikut :



Pertama : Pandangan yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi. Mereka berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif yang masih kafir pada masa itu di masjidnya. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”


Mereka berhujah bahawa ayat ini menegah orang-orang kafir memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah dan perbuatan ini menghina Masjidil Haram. Oleh yang demikian, ’illah larangan bukanlah kekufuran mereka tetapi penghinaan terhadap masjid.



Kedua : Dibolehkan orang-orang kafir memasuki masjid dengan izin kaum muslimin kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Syafie (Lihat Raudhah Tolibin, jilid 1 / ms 296). Pandangan ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad dan juga pandangan sebahagian ulama Mazhab Hambali.

Hujah mereka ialah kata-kata Said bin Musayyib : Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia kafir namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram. (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim di dalam pentafsiran ayat 28, surah al-Taubah)



Ketiga : Diharamkan sama sekali bagi orang-orang kafir untuk memasuki masjid. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal dan majoriti fuqaha yang bermazhab Hambali. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah memerintahkan seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar RA tidak membantah kata-kata Abu Musa. Ini menunjukkan pandangan bahwa orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid merupakan pandangan yang masyhur di kalangan sahabat. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi semasa menafsirkan ayat 28 surah al-Taubah dengan beberapa hujah yang lain).



Keempat : Tidak dibenarkan orang-orang kafir memasuki masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan di dalam keadaan dharurat. Jika mereka memasuki masjid sekalipun hendaklah dengan pengawasan orang-orang Islam kerana dibimbangi akan membuat perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Ini merupakan pandangan mazhab Malik (Rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki).


Selain itu, ada juga pandangan para ulama yang membezakan hukum menurut perbezaan jenis kafir itu sendiri samada harbi, zimmi atau ’ahdi.


Perbezaan-perbezaan pandangan ini menunjukkan keluasan fiqh di dalam masalah non-muslim memasuki masjid. Oleh yang demikian, tidaklah wajar mana-mana pihak menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas apatah lagi jika sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi, sudah tentu pandangan yang wajar diambil ialah harus. Di dalam medan dakwah untuk mengajak orang-orang bukan Islam bersama-sama kaum muslimin dan melembutkan hati mereka, pandangan ini wajar diambil selagi mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang menghina kesucian masjid.


Wallahu a’lam.

dipetik dari blog : http://ahmadfadhli.wordpress.com/

Selasa, 17 November 2009

BUSUK HATI : SESAT BERPANJANGAN

Assalamualaikum.

Jika kita melakukan pelbagai kekeliruan pada masa lalu, jadikanlah hal itu sebagai pelajaran dan pengajaran, usahlah diulanggi sesudah itu.Barulah hati rohaninya cenderung pada kebenaran.

Setiap orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’. (Q.S. Al-Haj, ayat 46)



Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.

Usah biarkan diri sesat berpanjangan...

sekian wassalam.
http://penasuasa.blogspot.com

Isnin, 16 November 2009

HATI BUSUK :JGN CARI NAHAS!!!

Assalamualaikum.

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’ (Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

Jumaat, 13 November 2009

BIAR SERIBU GEGARAN MENERJAH!!!

TAUTAN KASIH KITA.

Di sini kita jalin
Tautan kasih kita
Kita susun batu bata membina kota
Pasaknya aqidah
Dindingnya akhlak dan ibadah
Lantainya semangat dan ukhwah

Tapak kota ini terbina
dari paduan tenaga pendokong setia
Yang pernah disenda
tak dipandang sebelah mata
Yang pernah mendaki bukit payah merintis derita
Yang pernah jatuh rebah bangkit semula
Namun usaha mereka tidak sia ­sia
Kini kota ini berdiri megah

Mari kita jaga kota kita
Biar seribu gegaran menerjah
Biar sejuta taufan menyanggah
Kita gempur jangan sekali undur

Ingatlah
Biar betapa susah resah hari ini
Laluan di hadapan lebih panjang
berliku dan berduri

Ayuh
denyut nadi kita biar senada
Derap langkah kita biar perkasa
Palu rebana satu irama
Buang jauh dengki khianat ke hutan banat
Marah dendam ke lurah dalam
Prasangka busuk ke telaga buruk

Di sini api keberanian kita telah menyala
Membakar hangus pagar-pagar ketakutan
Menghancur lebur batu-batu kejahilan

Di sini benih-benih suci ditabur
bertunas subur di pesisiran
tumbuh hijau di dataran
berdiri gagah di banjaran
biar tumbuhnya di mana
kelak harum bunganya
mewangi ke seluruh benua

Kota ini kota kita
Binalah dengan ikhlas rasa cinta
dan murni budi bakti
Bersama mencari makna hakiki
Menuju reda Ilahi

SAJAK INI HASIL NUKILAN : Sani09

Khamis, 12 November 2009

LEBIH BODOH DARI KALDAI ?...

Assalamualaikum.

Yg mana satu pilihan kita? bila kita baca kisah ini:-

dua beranak [ ayah dan anak ] naik seekor kaldai . Lalu orang kata alangkah zalimnya mereka berdua kerana membebankan seekor kaldai , maka si anak turun meninggalkan ayahnya di atas kaldai , lalu orang berkata pula alangkah tergamaknya si ayah , dia rileks berada di atas kaldai sedang anaknya yang masih kecil berpeluh berjalan kaki .

Mereka tukar posisi , si anak naik kaldai dan ayahnya pula berjalan kaki demi memastikan persepsi orang ramai tidak negatif terhadap mereka , lalu orang berkata alangkah zalimnya si anak yang masih muda tergamak membiarkan si ayah yang telah tua berpeluh berjalan kaki .

Mereka ambil keputusan dua - dua turun jalan kaki dan mereka mengheret kaldai mereka . yang penting tiada lagi persepsi yang negatif terhadap mereka . Ternyata mereka silap kerana masih ada orang kata , alangkah bodohnya mereka berdua , ada kaldai tetapi tidak menggunakannya sebagai kenderaan .

Akhirnya mereka berdua [ ayah dan anak ] mengatakan , kita tidak ada pilihan lain untuk mengelak persepsi negatif orang terhadap kita , melainkan satu cara lagi iaitu mereka ikat kaldai
lalu mereka pikul kaldai menuju destinasi mereka . malangnya orang berkata : " apakah mereka berdua ini gila ? ada kaldai , sudahlah tidak menaikinya tetapi mereka yang memikul kaldai . Mereka ini lebih bodoh dari kaldai yang bodoh itu " .

kisah ini dipetik dari : http://episodeperjuangan.blogspot.com

Selasa, 10 November 2009

MELAYU NASIHAT MELAYU

Assalamualaikum.

Suatu petang yg mendung, al-maklumlah cuaca yg tak menentu kebelakangan ini, bila hujan nak turun suasana petang begitu kelam, langit gelap ditutupi awan hitam, sekali sekala guruh berdentum, kilat sambar menyambar, kadang2 dentuman kuat guruh dan sambaran kilat amat menggerunkan.
Maka tersebut la kisah disebuah rumah sewa :

Dua sahabat baik sedang berehat. Seorang tekun membaca surat khabar "utusan meronta" sambil bersandar di kerusi kayu berlapik bantal penuh dengan peta-peta buatan sendiri. Yg seorang lagi sibuk membelek2 majalah "manggos aksi seksi tapi hati baik" sambil meniarap beralaskan tikar mengkuang yg semakin lusuh dimamah usia senja. Agak gelisah tingkah lakunya, mungkin 'geram' dan bercampur-baur perasaannya dengan aksi2 anak melayu yg makin berani. Tiba-tiba, khayalan dia terganggu dengan panggilan sahabatnya.



"Faris! tolong buka lampu kejap,gelap la pulak" kata azmaz,
"buka sendirilaaa, sedap dia ngarah orang,pantas je Faris menjawab.
Alaa...takkan tolong pun tak boleh!? bidas azmaz semula.

Akhirnya Faris menolong membuka suis lampu untuk kawannya itu sambil berkata,"Payah la kau nie"
Walaupun dah dibantu, Azmaz masih membebel, "Inilah orang melayu. Pemalas!!!
Faris tak berkata apa-apa. Ia sekadar menggeleng-geleng kepala. Entah apa yg difikirkannya.

keterangan gambar: tiada kena mengena dengan kisah ini. Sekadar lihat dan buat rumusan sendiri.

Sekian. Wassalam.

Isnin, 9 November 2009

BACUL DAN MALAS

Assalamualaikum.

Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tampa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Nabi pernah berdoa menurut riwayat dari Annas bin Malik :

"Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh"
(Riwayat dari Muslim)


Paham dari hadis ini,Rasulullah SAW. mengakui adanya sifat-sifat tersebut dan baginda sendiri berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sifat tersebut. Rasulullah SAW. juga berdoa supaya dilindungi daripada terkena azab semasa di dalam kubur dan daripada sebarang kesusahan lain semasa hidup dan selepas mati.

Baginda juga berdoa kepada Allah supaya tidak dibebani hutang dan dikalahkan musuh-musuh. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah berusaha menghindarkan diri daripada sifat-sifat buruk disamping berdoa kepada Allah dijauhi daripadanya.



Pengajaran Hadis
• Perasaan lemah dan malas bekerja serta kedekut adalah sifat buruk yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.
• Hendak hindarkan diri daripada terus berada dalam sifat buruk tersebut.
• Disamping berusaha kita juga perlu berdoa kepada Allah.
• Wajib percaya bahawa adanya azab kubur selepas mati
• Islam adalah agama yang paling agung lagi tinggi sekali.

Sekian, wassalam

Khamis, 5 November 2009

BERPELUK DALAM CERAH !!!

Assalamualaikum.

Barangkali kita pernah mendengar ayat ini:-

Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah...
Bila kita melihat gambar2 ini tentu kita teringat pada hadis ini.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

1. Pemimpin yang adil.
2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
3. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
6. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
7. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.






Gambar ini dicopy dari : http://trgkini.blogspot.com
Mudah-mudahan kita tergolong dalam 7 golongan yg mendapat perlindungan Arasy Allah pada hari yg tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah.

Sekian, Wassalam.

Selasa, 3 November 2009

PENYAKIT TAK SEMBUH : UBAT HARAM?

Assalamualaikum.

Benda yg haram bila dah jadi darah daging, payah la nak bersihkan hati nurani,tubuh badan dari sifat2 mazmumah. Malahan penyakit pun tak sembuh2.

Nabi telah sebut,setiap penyakit ada ubatnya.kecuali tua @ mati. Soalnya adakah ubat yg sering kita dapatkan di hospital kerajaan, hospital swasta, klinik kerajaan, klinik swasta atau syarikat2 yg menjual ubat menyediakan ubat yg bebas 100% dari unsur yg haram?
Terutamanya kapsul yg diperbuat dari geletin BABI.
Itu sahajakah yg haram? tidak!!!bukan babi semata2, bahkan jika geletin dari binatang yg diharamkan kepada ummat islam dan juga yg binatang yg halal dimakan tapi tidak disembelih dengan kaedah syarak yg betul.maka hukumnya tetap sama.

Kerana nak mudah dan murah kita sering terlalai dalam masalah ini.Bagi sebahagian dari kita kesembuhan itu penting walau apa cara dan kaedah yg kita gunakan. Tolak tepi soal halal dan haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Itu belum sebut soal barakah dalam kita berubat. Adakah ubat yg kita guna atau makan itu dibuat oleh tangan2 yg sering berwuduk atau tangan2 yg penuh dengan dosa dan noda?

Ada baiknya dan menjadi kewajipan kepada kita Ummat Islam supaya kembali kepada perawatan yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan ubat2 yg dibuat oleh tangan2 mereka yg tunduk pada Tuhan semesta Alam.

cuba baca berita ini : dipetik dari malaysiakini.com

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.



Bagi yg ada kesedaran dan keinginan untuk melihat ruang Ummat Islam mendapatkan Ubat2 yg halal lagi baik,bolehlah menghubungi saya melalui email untk mendapatkan maklumat dan pendedahan tentang kehebatan perawatan Nabi Junjungan kita.Rawatan terbaik zaman berzaman. Boleh menjadi ahli seumur hidup. Sama2lah kita membantu saudara2 kita yg masih belum sedar dengan hal ini.

Email saya : wanzs12@yahoo.com


sekian. Wassalam

Jumaat, 30 Oktober 2009

TOK GURU : BURUNG PUN PANDAI

Assalamualaikum.

Hebat tok guru ni.
Kemahiran dan kaedah yg digunakan mungkin boleh diguna pakai di Malaysia bagi mencari cara terbaik mengajar anak2 melayu yg dah cukup umur tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan betul.

Silap sistem pendidikan atau silap ibubapa mendidik anak atau silap masyarakat yg kurang prihatin atau apa2 lah sebab yg sesuai?
Harus diketahui bilangan ummat islam yg masih belum mampu membaca Al-Quran amat membimbangkan. Baca pun tak boleh, ini pulak nak beramal. Yg pandai baca pun ramai yg tak beramal.Iye tak?

Nak dijadikan cerita, burung pun bila sering diajar ia akan pandai. Siap boleh baca Al-quran lagi.saksikan ia:

video

Manusia perlu mengambil pengajaran dari setiap ciptaan Allah.
sekian, wassalam

Khamis, 29 Oktober 2009

ADIL MENGHUKUM DAN MENILAI

Assalamualaikum.

Adil lawannya zalim. Adil salah satu sifat yg harus dimiliki setiap orang demi menegakkan kebenaran. Sifat adil merupakan antara perintah Allah. Perkataan adil banyak disebut dalam Al-Quran dengan pelbagai pegertian dan konteks.
Dalam banyak espek kehidupan beragama, sifat adil seringkali ditetapkan sebagai syarat mutlak dalam sesuatu perkara. Tanpa sifat tersebut, maka perkara itu menjadi batal.macam hakim, pemerintah,saksi,perawi hadis dan lain2 lagi.
Panduan Al-Quran menjelaskan adil itu adalah tidak memilih bulu. samada kita benci atau suka tetap kena adil dalam membuat keputusan. Begitu juga musuh atau kawan.Kerna inilah jalan2 mendekatkan diri pada taqwa.



Hakikat yg sering berlaku, kita sering menghukum sesuatu bukan atas dasar keadilan pada kawan atau lawan. Bila membuat sebarang keputusan atau tindakan pada musuh,kita cenderung bertindak zalim. Ancaman bagi yg bersikap zalim pada perkataan atau perbuatan adalah siksaan yg pedih. Pastinya rugi jika kita masih gagal bersikap adil dalam menentukan sesuatu perkara. Sedarlah,sebenarnya kejahilan itu puncanya.

Sekian, wassalam

Rabu, 28 Oktober 2009

USAHLAH MENUTUP KESILAPAN DENGAN KESILAPAN

Assalamualaikum...

hari ini ada banyak persoalan akan terjawab, mudah-mudahan yg terbaik yg akan kita dengar dan dapat, harap-harap begitulah.InsyaAllah.

Setiap manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, tetapi bagi orang mukmin sebenarnya tidak akan mengulangi sesuatu kesalahan itu berulang kali. Kalau ia terlupa atau tersilap dan terlanjur ia tidak akan mengulangi buat kali kedua dan ia terus menyesal dan bertaubat kepada Allah.

"Diceritakan daripada Abi Hurairah dari Nabi SAW. Baginda bersabda : tidak disengat seseorang mukmin itu dua kali dalam satu lubang "
(Riwayat Bukhari)

Paham dari Hadis :

Didalam hadis di atas Rasulullah saw. menerangkan bahawa orang mukmin yang sebenar itu ialah mereka yang sentiasa berwaspada dan menjaga dirinya daripada terjatuh kedalam perbuatan maksiat , jika sekiranya terkeliru melakukannya, tidak diulanginya kesalahannya itu pada kali yang lain. Seperti seorang yang berjalan di sebatang jalan , tiba-tiba tampa sengaja dia terjatuh ke dalam lubang. Sudah pasti dia akan berhati-hati bagi kali kedua apabila melalui jalan tersebut. Begitulah jika seorang muslim yang terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat sudah pastinyalah ia akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesilapan dan dosa yang sama

Oleh yang demikian itu hendaklah seseorang itu berwaspada dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perbuatan supaya ia tidak terjerumus dalam melakukan maksiat dan kesilapan berulang kali .
Oleh sebab itulah kita dianjurkan agar sentiasa bertaubat kepada Allah sekiranya kita terlanjur melakukan sesilapan dan dosa.

Pengajaran Hadis

• Orang mukmin hendaklah menghindarkan diri dari melakukan kesilapan dan maksiat
• Sekiranya terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat jangan diulangi kali yang lain
• Hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan kesalahan yang dilakukan
• Orang mukmin tidak mudah tertipu beberapa kali pada kesilapan yang sama.









*keterangan gambar : Sekadar Hiasan dan iktibar.

sekian, wassalam...

Ahad, 25 Oktober 2009

GEMPAR : UBI BERDIRI SETELAH SEJADAH BEDIRI

Assalamualaikum...

Menggemparkan negera!!! Keluar didada akhbar arus perdana tentang keajaiban ini, dan peristiwa yg berlaku di Pasir Mas adalah kemuncah kegemparan ini kerna melibatkan bepuluh2 sejadah yg berdiri.Adakah ini suatu fenomena macam gempa bumi yg berlaku di Indonesia?

Bagi yg mempunyai sejadah kat rumah boleh try cuba buat. Adakah menjadi seperti gambar yg disertakan ini.



Mudah je kan nak bagi sejadah berdiri. anda buat dan anda panggil tv3 buat lapuran tentang sejadah berdiri. Glamour gitu, boleh masuk tv.

Pelik dan makin pelik, minda 1 malaysiakah ini? budak2 pun boleh buat.Benda yg boleh buat kat rumah,surau atau mana2 masjid pun nak hebohkan ke seluruh negara.Habis mufti pun kena bagi komen. Bab masjid besar tapi kosong dengan jamaah tak la pulak jadi isu utama. Bab berribu2 lemon anak tak berdosa dibuang dimerata2 tempat tak pulak berusaha sedaya mungkin untuk membendungnya berasaskan kekuasaan yg ada.. Jalan2 kearah memantapkan aqidah perlu ditingkatkan la supaya ada rasa Takwa dalam diri.

Kalu nak tengok yg pelik tapi menunjukkan kehebatan kekuasaan Allah tengoklah gambar ubi nie. Agak pelik. Tapi menawan gitu. Sedap kalu digoreng ni.





Subhanallah!!! Maha hebat ciptaan Allah dilangit dan dibumi serta apa jua yg ada diantara keduanya...

sekian, wassalam