Pengikut

Sabtu, 8 Januari 2011

CUBA BANDINGKAN DENGAN USA DAN UK? RENDAH JE..

Harga Minuman Kopi Dan Teh Naik Di Sibu Mulai 15 Jan Ini

SIBU, 8 Jan (Bernama) -- Harga secawan teh atau kopi di bandaraya Sibu, Kanowit, Selangau dan Machan akan dinaikkan antara 10 hingga 30 sen mulai 15 Jan ini, menurut Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu hari ini.

Persatuan tersebut, yang mempunyai 360 ahli dari empat kawasan itu, telah memutuskan untuk mengurangkan kenaikan harga dari 10 hingga 50 sen pada awal tahun ini kepada 10 hingga 30 sen.

Pengerusinya Tong Ink Kon berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.

"Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan. Harga barangan itu telah naik dengan ketara sejak beberapa tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Tong berkata persatuan itu tidak mengemaskini harga minuman itu sejak lima tahun lepas walaupun semua bahan ramuan untuk membuat kopi dan teh sentiasa naik.

"Juga faktor lain seperti sewa kedai, gaji, gas dan tarif elektrik telah naik dan ini meningkatkan kos operasi kami," jelasnya.

Katanya mulai 15 Jan ini, harga secawan kopi dan teh naik 10 sen, 20 sen untuk gelas sederhana dan 30 sen untuk gelas besar.

-- BERNAMA

Jumaat, 7 Januari 2011

Akhirnya gadis kena tikam dan disimbah cuka getah meninggal dunia...

Gadis Ditikam 19 Kali Meninggal Dunia Hari Ini

JOHOR BAHARU, 7 Jan (Bernama) -- Nur Ain Ashikin Jemedi, gadis yang kritikal selepas ditikam 19 kali, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Pandan, di sini Jumaat.

Nur Ain Ashikin, 17, yang dimasukkan ke hospital itu pada 16 Dis lepas meninggal dunia kira-kira pukul 8.32 pagi di sisi tiga kakaknya.

Seorang kakaknya, Marlina, 30, ketika ditemui pemberita di hospital hari ini berkata pihak keluarga dimaklumkan mengenai keadaan Nur Ain Ashikin yang semakin kritikal, kira-kira pukul 11 malam tadi.

"Nur Ain Ashikin nazak kira-kira setengah jam selepas kami tiba di hospital. Pihak hospital memaklumkan badannya tidak lagi boleh menerima darah dan ubat-ubatan," katanya.

Marlina berkata jenazah adiknya akan dibedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Redan, Kota Tinggi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi, 16 Dis lepas, Nur Ain Ashikin ditikam dengan pisau sebanyak 19 kali oleh seorang lelaki yang dikenalinya di rumahnya, dipercayai akibat tidak membalas cinta lelaki itu.

Dia turut melecur hampir 70 peratus akibat disimbah cuka getah oleh lelaki terbabit.

Isnin lepas, Mahkamah Sesyen Kota Tinggi memerintahkan seorang lelaki, Habin Noor Sulaiman, 42, dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah mencederakan dan cuba membunuh Nur Ain Ashikin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohammad Sebot ketika dihubungi berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.



-- BERNAMA

ALAHAI...BAIK UNTUK KESIHATAN...

Santan Naik RM 2 Sekilogram


Harga santan di pasaran naik mendadak dari RM 4.50 sekilogram kepada RM 6.50 sekilogram lapor akhbar Harian Metro edisi tengah di muka surat 16 A, 4 Januari 2011. Pada pandangan penulis, kenaikan mendadak sehingga RM 2 sekilogram adalah amat tidak munasabah dan membebankan pengguna.
Dari sudut positif pula, penulis berasakan sudah tiba masanya rakyat Malaysia kurangkan makanan berlemak dan mula mengamalkan cara pemakanan sihat. Kurangkan gula dan lemak dalam makanan.
sumber sini

Begitulah adanya...

Khamis, 6 Januari 2011

NAIK LAGI!!! TAK BANYAK..SIKIT SAHAJA..

HARGA kereta di negara ini dijangka meningkat sedikit tahun ini susulan peningkatan kos buruh dan harga besi global, demikian menurut kaji-selidik Frost & Sullivan.

Ketua Bahagian Automotif dan Pengangkutannya, Kavan Mukhtyar, berkata walaupun begitu, ia dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta secara keseluruhan.
“Disebabkan aliran global itu, kita mungkin akan menyaksikan sedikit peningkatan harga kereta tahun ini. Namun ia tidak akan memberikan kesan yang terlalu dramatik kepada industri automotif secara keseluruhan memandangkan terdapat banyak persaingan di pasaran ketika ini,” katanya ketika membentangkan keputusan laporan tinjauan automotif Malaysia bagi 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Selain itu, Mukhtyar berkata, jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman bank bagi pembelian kenderaan juga tidak akan menjejaskan jualan kereta tahun ini,

“Jangkaan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada sekitar 3.25 peratus pertengahan tahun ini hanya akan memberikan impak minimum ke atas beban pinjaman pengguna dan kelulusan pinjaman,” katanya.

Mukhtyar berkata, kenaikan harga minyak juga dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta di Malaysia memandangkan kadar kenaikan harga bahan api itu masih lagi munasabah.

Bagaimanapun katanya, jika harga minyak melambung terlalu tinggi ia akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kenderaan di negara ini.
“Sebagai contoh, pada 2009 apabila kerajaan Indonesia mengurangkan subsidi minyak di negara itu, harga minyak telah meningkat sehingga 40 peratus dan ia telah menjejaskan jualan kereta.

“Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, kita menjangkakan kenaikan harga minyak akan berlaku sedikit saja, justeru ia tidak akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kereta di negara ini,” katanya.
SUMBER : SINI

Selasa, 4 Januari 2011

BUAT PENYOKONG TEGAR DACING, JANGAN PANIK!!!

Ini adalah sebuah puisi yang cuba disampaikan di Dewan orang ramai.
Puisi ini sebenarnya untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tapi lebih dikhususkan pada penyokong tegar dacing.

Dengar wahai kalian..
Setiap kenaikan harga minyak,
tak kiralah samada minyak petrol, minyak diesel, minyak masak (sedikit masa lagi ) tidak akan membebankan...

Dengar wahai kalian...
Ingat baik-baik pesanan ini..
Setiap kenaikan itu masih lagi mampu ditanggung oleh rakyat.
Setiap kenaikan akan memberi peluang kerajaan untuk menggunakan potongan subsidi itu yang akhirnya rakyat juga yang akan nikmatinya, seperti pembanggunan, naik taraf jalan yang bertol dan tidak bertolllll..

Dengar wahai kalian...
Ingat janji kami pada anda..
Rakyat selamanya akan didahulukan...
Kenaikan harga minyak masak jikalau berlaku pun, harganya masih rendah jika dibandingkan dengan negara kuasa besar China. harga minyak masak di China lebih 3 kali ganda tinggi dari Malaysia..

Dengar...Dengar...Dengar ( dengan nada separuh terharu )
Paling penting wahai penyokong yang tetap setia menyokong, dengar baik-baik...
Kita akan pantau dan akan mengambil tindakan jika ada berlaku kenaikan.
Kita sedia mendakwa sesiapa yang ingkar...

Kita pantau,
kita pantau,
kita kuntau,
kita bantai,
kita sebat,
kita balun,
kita belasah,

Ayuh!!!!
Langkah kita biar senada,
pangkahan kita biar tegar, dulu, kini dan setiap kenaikan adalah kebaikan!!!!





Begitulah adanya...

PECAH TEMBELANG ; NIK AZIZ BUAT PENDEDAHAN!!!

Isu UG yang dihebohkan...
Isu bertemu dengan PM dan TPM dan nak masuk Umno yang didendangkan..
Isu TG Nik Aziz kena perdaya pun ada jugak...

Akhirnya TG Nik Aziz dah keluarkan kenyataan...
Ada perintah mengadap dari Yang di-Pertuan Agong.

Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu.



Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :


Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.


Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.


Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.


Terima kasih. Wassalam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”


TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

nak tahu lebih lanjut baca kat SINI



Ini wajah Tun Abdullah...

Isnin, 3 Januari 2011

SENANG JE NAK TAHU APA YANG NIK AZIZ BINCANG...

Isu pertemuan TG Nik Aziz dengan PM menjadi bualan hangat.
Macam-macam yang diperkatakan.
Ada yang cakap TG Nik Aziz diperdayakan,
Ada yang cakap ada agenda nak menyatukan PAS dan Umno,
Ada yang gunakan isu ini untuk menyerang peribadi pimpinan yang mereka tidak berkenan.
Macam-macam ada...

Hari ini bila TG Nik Aziz ditanya tentang perkara tersebut, Nik Aziz mengakui adanya pertemuan tersebut.
Tapi beliau tidak mahu memberikan butiran lanjut tentang apa yang dibincangkan.
Antara jawapan yang diberikannya ialah :

Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa,” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

“Saya tidak boleh sebut (isi perbincangan) kerana ia didakan secara tertutup, kita perlu jaga peraturan jumpa orang besar, macam mana saya nak ulas,” katanya kepada pemberita selepas meraikan penjaga kebangsaan kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut menyentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ia tertutup,” ujarnya.

Ditanya adakah pertemuan itu menyentuh mengenai isu petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri, Nik Aziz berkata, “tentu ada benda, mana boleh seorang rakyat jumpa dengan pemerintahnya tidak ada apa-apa, cuma ia dibuat tertutup, saya tidak boleh sebut.”

Bila TG Nik Aziz sebut :“Saya tidak boleh sebut (isi perbincangan) kerana ia didakan secara tertutup, kita perlu jaga peraturan jumpa orang besar, macam mana saya nak ulas"....

Benda ini yang ramai tak tahu. Rupanya ada peraturan dalam setiap pertemuan. Bukannya boleh dedahkan semuanya..
Ada benda yang tak boleh bagitau kat semua, termasuklah ahli pas.
Sebab ramai yang tak tahu peraturan yang menyebabkan semua perkara mereka nak pemimpin laporkan atau bagitau kat mereka.
Mereka bercakap macam paling tahu dari tuan punya badan.
Akhirnya menyusahkan diri dan turut menyusahkan orang lain.

Tak puas hati juga?
Masih nak tahu apa yang dibincangkan TG Nik Aziz dengan Orang atasan?
Paling tidak dapat tahu warna baju pun ok jugak tu...
Pakat-pakat tanya Menerusi laman Facebook, kat sapa lagi kalau bukan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron!!!

Begitulah adanya...

Ahad, 2 Januari 2011

DOKTOR PELATIH JILAT MAYAT....

Manusia yang tidak berhati-hati menerima sesuatu berita lantas bertindak terburu-buru akan menyebabkan tidak berlaku adil terhadap diri dan orang lain.

Bagi pelajar yang nak berjaya, tumpuan dan teliti dalam menuntut ilmu amatlah penting.
Kena bersedia berhadapan dengan kesulitan dalam tempoh tersebut.

Ikuti kisah ini.
Ada sesuatu yang penting pada penghujung cerita ini.



Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN...JANGAN BUAT PERKARA YANG BUKAN-BUKAN ..PAHAM!!! !!

Begitulah adanya...