Pengikut

Rabu, 19 Disember 2012

BILA ISTERI SETUJU SUAMI KAWIN LAIN..

Bukan tak ramai isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lain.
Lebih ramai yang mengamuk sakan bila suaminya kahwin lain.
Tapi kebanyakan suami yang kahwin lebih, adalah tanpa minta kebenaran isterinya yang pertama.
"Bukan syarat sah" pun minta kebenaran isteri pertama, yang penting halal lagi berpahala ujar suami yang nak kawin 2,3 atau 4.
Dan amat ramai suami yang takut nak berkahwin lebih dari 1.
Ada  berbagai ketakutan :
1- Takut pada isteri  (Ramai yang macam ini )
2- Takut tidak berlaku adil.( Ada ke pertimbangan ini bila nak kahwin lebih?

Apapun, sapa yang berkemampuan, terutama yang masih bujang, agar bersegera berkahwin bagi memelihara kehormatan diri...

"Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


7 ulasan:

  1. Dalam situasi terkini....poligami sememangnya tidak lagi relevan. hakikatnya, jika seorg lelaki berkahwin dgn satu wanita, bilangan wanita seluruh dunia pun tak cukup lagi nak menampung penduduk lelaki di dunia ini. Realitinya, penduduk lelaki di dunia sudah melebihi wanita sejak beberapa tahun lalu. Kemaskinikan fakta tuan.....

    adnan M

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekaw kono check botul2 kemaskini data jumlah lelaki & wanita.

      Toksah lah ko amek satu dunio punyo fakta. Kuala Lumpur ini sahaja di katakan nisbah lelaki 1:14 wanita.

      Den setuju sangat dgn jumlah tersebut. Nisbah 1 adalah specis lelaki melayu islam terakhir. sbenor nya yg 1/2 juta lagi lelaki2 yg telah dilahirkan oleh ibu2 malang adalah berlambak2 di universiti Serenti. Itu blom lagi yg di penjara.

      Jadi Sebelom ko nak kata relevan or x relevan hukum yg allah dah tetapkan ko kena ukur dulu akan luasnya alam ciptaan Allah ini.

      Kalau ko mampu ukur keluasanya barulah ko boleh pertikaikan hukum hakam allah.

      Ambo seorg wanita. ambo sokong poligami. ambo dah suruh suami ambo menikah lagi dgn wanita solehah. Walau pun ambo muda lagi tapi ambo kesian dgn wanita2 kesunyian tanpa anak & suami. Tapi dasar lelaki. Bila kita suruh nikah lagi disorong lagi tak nak. Tapi kalu di larang lagi menggatai.

      Padam
  2. Dulu,kini dan selamanya setiap hukum atau ketetapan yang ada dlm Al-Quran ianya tetap relevan. Ketinggian akal kita tak mampu mengatasi Maha Mengetahui Allah.hinggakan tiap daun yang gugur dalam terang dan dalam gelap semuanya dalam pengetahuan Allah. Hinggakan apa yg terdetik/terlintas dalam hati kita pun dalam pengetauan Allah.
    Tapi Oleh kerna manusia sering berbuat zalim maka tiada tunduk dan patuh pd ketetapannya dan sering menganggap idea dan pandangannya lebih betul dr sesetengah ketetapan al-quran...
    mudah-mudahan kita meletakkan panduan wahyu mengatasi pandangan akal yang dicipta Allah jua...

    BalasPadam
  3. En AK. tolong sikit ya. Kenapa huraikan ayat 25 sahaja. Kenapa tak huraikan dari ayat pertama.

    Surah An-Nisa' adalah surah utk kaum wanita.

    BalasPadam
  4. Tetap relevan cuma ramai yg tak berkemampuan.

    BalasPadam
  5. Sunnah akhir zaman amat sesuai utk kemelut sosial akhir zaman....

    BalasPadam
  6. Ramai yang mampu cuma keberanian agak kurang...

    BalasPadam