Pengikut

Jumaat, 30 Oktober 2009

TOK GURU : BURUNG PUN PANDAI

Assalamualaikum.

Hebat tok guru ni.
Kemahiran dan kaedah yg digunakan mungkin boleh diguna pakai di Malaysia bagi mencari cara terbaik mengajar anak2 melayu yg dah cukup umur tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan betul.

Silap sistem pendidikan atau silap ibubapa mendidik anak atau silap masyarakat yg kurang prihatin atau apa2 lah sebab yg sesuai?
Harus diketahui bilangan ummat islam yg masih belum mampu membaca Al-Quran amat membimbangkan. Baca pun tak boleh, ini pulak nak beramal. Yg pandai baca pun ramai yg tak beramal.Iye tak?

Nak dijadikan cerita, burung pun bila sering diajar ia akan pandai. Siap boleh baca Al-quran lagi.saksikan ia:



Manusia perlu mengambil pengajaran dari setiap ciptaan Allah.
sekian, wassalam

Khamis, 29 Oktober 2009

ADIL MENGHUKUM DAN MENILAI

Assalamualaikum.

Adil lawannya zalim. Adil salah satu sifat yg harus dimiliki setiap orang demi menegakkan kebenaran. Sifat adil merupakan antara perintah Allah. Perkataan adil banyak disebut dalam Al-Quran dengan pelbagai pegertian dan konteks.
Dalam banyak espek kehidupan beragama, sifat adil seringkali ditetapkan sebagai syarat mutlak dalam sesuatu perkara. Tanpa sifat tersebut, maka perkara itu menjadi batal.macam hakim, pemerintah,saksi,perawi hadis dan lain2 lagi.
Panduan Al-Quran menjelaskan adil itu adalah tidak memilih bulu. samada kita benci atau suka tetap kena adil dalam membuat keputusan. Begitu juga musuh atau kawan.Kerna inilah jalan2 mendekatkan diri pada taqwa.



Hakikat yg sering berlaku, kita sering menghukum sesuatu bukan atas dasar keadilan pada kawan atau lawan. Bila membuat sebarang keputusan atau tindakan pada musuh,kita cenderung bertindak zalim. Ancaman bagi yg bersikap zalim pada perkataan atau perbuatan adalah siksaan yg pedih. Pastinya rugi jika kita masih gagal bersikap adil dalam menentukan sesuatu perkara. Sedarlah,sebenarnya kejahilan itu puncanya.

Sekian, wassalam

Rabu, 28 Oktober 2009

USAHLAH MENUTUP KESILAPAN DENGAN KESILAPAN

Assalamualaikum...

hari ini ada banyak persoalan akan terjawab, mudah-mudahan yg terbaik yg akan kita dengar dan dapat, harap-harap begitulah.InsyaAllah.

Setiap manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, tetapi bagi orang mukmin sebenarnya tidak akan mengulangi sesuatu kesalahan itu berulang kali. Kalau ia terlupa atau tersilap dan terlanjur ia tidak akan mengulangi buat kali kedua dan ia terus menyesal dan bertaubat kepada Allah.

"Diceritakan daripada Abi Hurairah dari Nabi SAW. Baginda bersabda : tidak disengat seseorang mukmin itu dua kali dalam satu lubang "
(Riwayat Bukhari)

Paham dari Hadis :

Didalam hadis di atas Rasulullah saw. menerangkan bahawa orang mukmin yang sebenar itu ialah mereka yang sentiasa berwaspada dan menjaga dirinya daripada terjatuh kedalam perbuatan maksiat , jika sekiranya terkeliru melakukannya, tidak diulanginya kesalahannya itu pada kali yang lain. Seperti seorang yang berjalan di sebatang jalan , tiba-tiba tampa sengaja dia terjatuh ke dalam lubang. Sudah pasti dia akan berhati-hati bagi kali kedua apabila melalui jalan tersebut. Begitulah jika seorang muslim yang terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat sudah pastinyalah ia akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesilapan dan dosa yang sama

Oleh yang demikian itu hendaklah seseorang itu berwaspada dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perbuatan supaya ia tidak terjerumus dalam melakukan maksiat dan kesilapan berulang kali .
Oleh sebab itulah kita dianjurkan agar sentiasa bertaubat kepada Allah sekiranya kita terlanjur melakukan sesilapan dan dosa.

Pengajaran Hadis

• Orang mukmin hendaklah menghindarkan diri dari melakukan kesilapan dan maksiat
• Sekiranya terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat jangan diulangi kali yang lain
• Hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan kesalahan yang dilakukan
• Orang mukmin tidak mudah tertipu beberapa kali pada kesilapan yang sama.









*keterangan gambar : Sekadar Hiasan dan iktibar.

sekian, wassalam...

Ahad, 25 Oktober 2009

GEMPAR : UBI BERDIRI SETELAH SEJADAH BEDIRI

Assalamualaikum...

Menggemparkan negera!!! Keluar didada akhbar arus perdana tentang keajaiban ini, dan peristiwa yg berlaku di Pasir Mas adalah kemuncah kegemparan ini kerna melibatkan bepuluh2 sejadah yg berdiri.Adakah ini suatu fenomena macam gempa bumi yg berlaku di Indonesia?

Bagi yg mempunyai sejadah kat rumah boleh try cuba buat. Adakah menjadi seperti gambar yg disertakan ini.



Mudah je kan nak bagi sejadah berdiri. anda buat dan anda panggil tv3 buat lapuran tentang sejadah berdiri. Glamour gitu, boleh masuk tv.

Pelik dan makin pelik, minda 1 malaysiakah ini? budak2 pun boleh buat.Benda yg boleh buat kat rumah,surau atau mana2 masjid pun nak hebohkan ke seluruh negara.Habis mufti pun kena bagi komen. Bab masjid besar tapi kosong dengan jamaah tak la pulak jadi isu utama. Bab berribu2 lemon anak tak berdosa dibuang dimerata2 tempat tak pulak berusaha sedaya mungkin untuk membendungnya berasaskan kekuasaan yg ada.. Jalan2 kearah memantapkan aqidah perlu ditingkatkan la supaya ada rasa Takwa dalam diri.

Kalu nak tengok yg pelik tapi menunjukkan kehebatan kekuasaan Allah tengoklah gambar ubi nie. Agak pelik. Tapi menawan gitu. Sedap kalu digoreng ni.





Subhanallah!!! Maha hebat ciptaan Allah dilangit dan dibumi serta apa jua yg ada diantara keduanya...

sekian, wassalam

KOMEN MENTERI BESAR PILIHAN RAMAI

Assalamualaikum.

Baca jgn tak baca ye:
Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com

ALOR SETAR 24 Okt. - Pas tidak perlu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti daripada kumpulan prokerajaan perpaduan kerana yang wujud hanya sedikit kekeliruan dan salah faham di kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, EGM yang dibuat oleh MCA dan UMNO berbeza, justeru beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk Pas juga mengadakan EGM.



"UMNO buat EGM sebab pemimpinnya nak perkasakan parti ini melalui pindaan perlembagaan parti.

"MCA buat EGM sebab masalah dalaman pemimpin mereka dan saya rasa Pas tidak ada masalah sehingga perlu ke tahap nak buat EGM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan EGM kerana mahukan Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.

Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menurut Azizan, apa yang berlaku dalam parti itu hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sedikit kekaburan mengenai sesuatu perkara.

"Perbezaan pendapat ini adalah satu rahmat dan ia tidak teruk seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak," katanya.

Komen penulis : Sebarang perbezaan pendapat atau berlaku pertelingkahan, adalah lebih baik bertemu dan mencari titik2 kesepakatan dan mencari jalan terbaik merungkai simpulan permasalahan sebenar. Taniah MB Kedah!!!

sekian. Wassalam