Pengikut

Sabtu, 25 Jun 2011

BUKAN IDRIS AHMAD SORANG..

Malam tadi ada program rancangan "Bicara Rakyat" di tv 1 jam 10.00 hingga 11.00 malam Rancangan langsung dari UTM yang membariskan 3 ahli panel.
1- Lokman Adam (Bekas penyokong setia Anwar)
2- Dr. Dzulkiflee (wakil PAS)
3- DR. Ridwan Tee Abdullah (Bebas (dibaca pro kerajaan)

Memang Dr Dzul cuba dibelasah kiri, kanan dan depan.
Alhamdulillah, pada aku Dr Dzul dapat mematahkan segala serangan dengan membuat serangan yang lebih mengena dan tajam menikam.
Setiap hujjah yang dikemukan kadang-kadangnya tak sempat dijelaskan dengan mendalam dek kerana dipintas
moderatornya.
Apa pun tahniah pada Dr Dzul atas kejayaan anda.

Pun begitu tahniah juga kepada RTM kerana berani menjemput wakil bukan dari kalangan mereka sahaja. Lain kali boleh jemput pimpinan yang lain pulak.

Mungkin akan datang datangkan pulak
Dr Zainal Keling vs Idris Ahmad...
Cerita pasal Idris Ahmad dan
Dr Zainal Keling kat SINI

Jumaat, 24 Jun 2011

PENGHORMATAN BERHARGA..

Kemulian yang diberi oleh Allah kepadanya, kerana Allah yang telah menjalankan hambanya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa... Seterusnya dimikrajkan bagi menerima wahyu wajib solat.
Tentang hikmahnya biarlah Tuan Guru yang bagi penerangan :

Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya): "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): "Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85)

Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.

Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.

Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.

Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (A-li Imran: 102).

sumber : SINI

Khamis, 23 Jun 2011

TAK PATUT : BEKAS MENTERI DIDAKWA ROGOL PEKERJA..

Harapkan pagar, pagar tak boleh harap...
Patutnya jadi contoh terbaik pada orang bawahan.
Tapi bekas menteri ini belum didapati bersalah. Dia baru dihadapkan ke mahkamah.


PARIS: Seorang bekas menteri dan datuk bandar bagi parti yang memerintah ketika ini dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa merogol seorang pekerja wanita yang bertugas di pejabatnya di dewan bandaraya, kata pendakwa raya.

Bekas Menteri Rendah Perkhidmatan Awam, Georges Tron, dari parti UMP diketuai Presiden Nicolas Sarkozy, berdepan tuduhan rogol dan serangan seksual oleh "seorang yang berkuasa", kata Marie-Suzanne Le Queau selepas tampil di hadapan hakim di mahkamah Evry, luar Paris.
Tron dibebaskan dengan ikat jamin. Jenayah itu boleh menyebabkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. - AFP
Dicopy kat SINI

Rabu, 22 Jun 2011

PAS CUBA AUTA PENYOKONG SETIA?

Soalan ini sebenarnya dah ada jawapan bagi yang dah sebati dengan perjuangan PAS.
Bagi yang baru mengenal dan baru berjinak-jinak dengan parti PAS tentunya ada di kalangan mereka yang masih kurang jelas dan agak keliru.
Tambahan bila rajin sangat tengok TV dan surat khabar lama dan baru.
Dasar perjuangan tetap dan tidak berubah. Ubah dasar lingkuplah PAS.
Yang berubah adalah strategi, pendekatan, kaedah penyampaian.
Turut berubah adalah para pemimpin. Telah ada yang tewas dan sentiasa ada yang teruji.
Beruntunglah mereka yang tetap istiqamah hingga akhir hayat.

Apa kata Dr Harun Din?
tengok SINI

Ahad, 19 Jun 2011

PAK MERTUA AKU BUKAN MENTERI

Memang sah, pak mertua aku bukan menteri mahupun PM.
Pak mertua aku cuma orang kampung. Kadang-kadang menoreh getah, kadang-kadang buat sawah. Jarang sangat la dia solat. Maksud aku, memang jarang dia solat kat rumah. Tiap waktu dia pi solat berjemaah kat masjid.
Aku bukan nak cerita panjang lebar tentang menteri atau pak mertua aku.
Aku sekadar nak kongsi cerita kat bawah ni. Ianya tiada kaitan dengan pak mertua aku atau menteri atau PM.
Baca dengan penuh teliti ye :

"Dalam satu kampung ntahapaapanamantah tinggal suatu keluarga yang turut dihuni oleh bapak mertua dan menantu lelaki beliau. Kedua-duanya jenis berjurus dan tertib terning orangnya. Orang – orang kampung pun memang mesra dan baik hubungannya dengan mereka. Hubungan antara kedua-duanya juga sangat baik, ibarat seperti bapa dan anak kandung.

Mungkin kerana menantu tu dah kematian bapa sementara mertua pulak, itulah menantu sulung dan tunggal beliau. Walaupun hubungan mereka sangat baik tetapi masing-masing memendam rasa terhadap suatu sikap yang ada pada diri masing-masing. Yang menantu bengang kerana bapak mertua beliau jenis malas sembahyang. Selama setahun dia tinggal di rumah bapak mertuanya, tak pernah dia nampak bapak mertuanya sembahyang. Bapak mertua pulak tensen kerana menantu dia ni jenis malas bekerja. Dah setahun tinggal dengan dia tapi tak pernah berusaha nak keluar bekerja. ”Seronoklah dia duk menumpang dengan aku, tempat-tidur makan minum semua aku tanggung” beleber bapak mertua sorang-sorang.

Sudah lama mereka memendam perasaan terhadap perkara yang mereka tak suka itu. Semakin lama semakin menjengkelkan serta menyesakkan dada dan fikiran mereka bila memikirkan perkara tersebut. Kadang-kadang rasa macam setiap malam bersiponggang di dalam benak kepala time nak tidur. Nak disuarakan atau ditegur, masing-masing rasa segan dan tak tergamak. Menantu tak tergamak, maklumlah bapak mertua, gerun ada, hormat pun ada. Dahlah misai melintang macam A. Galak. Yang bapak mertua pulak tak sampai hati nak tegur, yerlah dah menantu tunggal. Ada ijazah pulak tu, kang diberi hujah orang berpendidikan seperti beliau, tak berjawab pulak dia nanti. Lagipun kalau tegur dan cakap sebarangan dibuatnya dikilas balik kena atas batang hidung, malulah dia.

Suatu petang, datanglah idea masing-masing cara nak sound atau menegur perkara buruk pada diri masing-masing tersebut. Bapak mertua pun berkata, “Nak. . jom kita main dam aji. . ayah tengah bosan tahap cipan ni. . . tak ada benda nak dibuat’. “Boleh jugak yah” jawab menantu. ”Eh macam tau-tau je bapak mertua aku ni aku nak ajak dia main dam aji”bisik menantu yang baru saja ternganga mulut nak ajak bapak mertua dia main dam. Hanya beberapa saat je terlewat daripada pelawaan bapak mertua dia.

Dipendekkan cerita, perlawanan pun berlangsunglah. Masing-masing begitu fokus dan concentrate mengatur langkah dan strategi. Di tengah permainan, tiba-tiba bapak mertua berkata, ”haha menjadi taktik ayah. . ayah dah nak naik aji dah ni. . ”. Mendengar kata-kata bapak mertua beliau, menantu pun terus spontan menjawab, “macamana nak naik aji. . sembahyang pun malas. . . ”. Gulp. . rasa macam tertelan cicak bapak mertua mendengar kata-kata menantu. Lembut tuturannya tapi menusuk ke dalam jantung dan kalbu. Adoiii kena aku, bisiknya dalam hati. Tak apalah, nanti masuk Asar aku startlah solat, tak mau tinggal-tinggal lagi dah.

Masa terus berjalan dan perlawanan terus rancak. hampir 3 suku perlawanan tiba-tiba menantu pulak berkata, “ayah ni lekalah. . ni saya nak makan tiga sekaligus ni”. Spontan itu juga, terus disambut oleh bapak mertua dengan berkata, “macamana nak makan, kalau malas nak bekerja. . ”. Merah padamlah muka menantu. Kata-kata bapak mertua beliau terasa menusuk jauh hingga ke tulang sum-sum. Memang kena atas butir. Tak boleh jadi ni, esok aku kena cari kerjalah, ngomel beliau sendirian.

Begitulah kisahnya tuan-puan. Sebenarnya kisah ini aku dengar daripada seorang ustaz. Aku tokok-tambah sedikit bagi menyedapkan cerita dan pembacaan, Tapi isinya sama dan tak lari. Mesejnya ialah bagaimana cara kita nak menegur kesilapan atau kelemahan orang lain secara berhikmah dan bijaksana. Jangan anggap kita ni bagus dan sempurna sampai nak tegur orang pun pakai belasah dan ikut sedap mulut je. Kena ada skill psikologi dan skill of negotiation. Ingat lagikan kisah cucu Baginda Rasulullah SAW Hasan dan Husin menegur seorang hamba Allah yang salah mengambil wuduk. Bijaksana dan berhikmah. Begitulah yang diajar Islam. Islam itu indah. Manusia saja yang suka merosakkan agama dan merosakkan dirinya. Ke guane gamok?"


Cerita ini aku ambik kat SINI

MAT SABU KENA BELIT?

Timbalan Presiden Pas tak jadi menyampaikan slot pidato pada Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia.
Rasanya semua dah tahun tentang pembatalan ini.
Mat Sabu pun dah turut mengesahkan pembatalan itu.
Pembatalan ini tentu ada sebab dan alasan yang boleh dijangka.
Bagi pihak PAS khususnya, dan pakatan rakyat amnya, ianya dapat menyerlahkan lagi wajah sebenar politik sempit yang memang sering diamalkan sejak dulu, kini dan ' dah lama dah'.

Kalau ada keuntungan pada pas dan pakatan rakyat mestilah dicantas dan jangan beri peluang.
Nanti yang susahnya depa jugak. Baik jangan benarkan lansung..
Cerita lanjut : sini